Nike Breaking 2 : Pt 4 – Runner, Eliud Kipchoge

eliud-kipchoge_0

“Marathon adalah kehidupan. Dan kehidupan, adalah dimana anda menjadi lebih maju. Dengan latihan yang baik, saya tak nampak yang saya tidak boleh lari bawah 2 jam. Ini adalah peluang. Tidak ada manusia yang terhad. Itu mesej saya. Ia bukan tentang kaki. Ia adalah tentang hati dan minda. Dengan hati yang kuat dan minda yang baik, anda boleh. Jika anda tidak boleh mengusai minda, minda anda akan menguasai anda. Di dalam perjalanan ini, saya mahu menjadi yang pertama melintasi garis yang lari bawah 2 jam. Hanya ada seorang pemenang. Dan itu sangat jelas – Eliud Kipchoge”

Pelari Kenya ini podium no satu 2 kali dalam London Marathon 2015, 2016 manakala Berlin sekali 2015, dan Chicago 2016. PB Marathon beliau adalah 2:03:05 di London 2016.

Eliud Kipchoge, seorang runner yang sangat deep cintanya dengan Marathon. Bila tentang training, beliau siap ada buku sendiri yang beliau catat progress dan performance beliau dari masa ke semasa. Kira kalau nak tengok 6 bulan lepas punya timing, beliau tidak ada masalah. Dan bukan setakat timing, data yang ada didalam melampaui catatan masa hingga ke badan dan jantung.

Terbaru, beliau merangkul pingat emas di Rio. Apabila ditanya tentang bila nak buat rekod dunia (kerana rekod dunia marathon sekarang dipegang oleh Dennis Kimetto, 2:02:57 ), beliau kata begini :

“Ya, rekod dunia telah ada didalam minda saya. Saya tak boleh bagitau bila, tapi saya tahu saya boleh buat”

DOB 5 November 1984
Coach: Patrick Sang

Catatan masa marathon,
2:03:05 (2016)

Langkah seterusnya
https://www.iaaf.org/athletes/kenya/eliud-kipchoge-188307

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *