Nike Breaking 2 : Pt 5 – Realiti vs Fantasi

Projek Breaking 2 ini pertama kali diumumkan pada bulan Disember 2016. Dari Disember hingga ke May 2017, ada 6 bulan persiapan. Tapi basically depa dah plan benda ni 2 tahun lamanya. Begitu juga dengan 3 trio runners. Persiapan adalah dari segi mental, fizikal, nutrisi, yang melibatkan para genius dan expert dunia dari bidang biomechanics, coaching, design, engineering, materials development, nutrition & sports psychology dan physiology. Pendek kata Projek Breaking 2 ni bukan setakat Hype nak jual kasut semata.

CATATAN MASA

Basically, realitinya, hakikatnya, tidak ada lagi manusia yang break SUB 2 atau buat bawah 2 jam untuk FM. Paling hampir adalah Dennis Kimetto, dengan catatan masa 2:02:57. Maknanya terlebih 2 minit 58 saat untuk buat 1:59:59. Rekod ini adalah pada tahun 2014 di Berlin Marathon.

infograph7

So kalau team Nike, Eliud kena buang 3 minit 6 saat, Zersenay kena buang 10 minit 42 saat, dan Lelisa kena buang 4 minit 46 saat untuk break SUB 2. Dari tiga orang ni nampaknya Eliud adalah tonggak utama atau ayam tambatan untuk break SUB 2 berbanding 2 orang lagi dimana sorang masih muda dan sorang lagi juara HM.

Untuk pecah rekod, depa kena lari 3% laju dari rekod dunia. Maksudnya memang betul. Bukan setakat guna kaki, tapi memang kena guna hati.

IMPIAN
“Jika mereka tidak ada keboleh dalaman untuk fokus semua emosi dan usaha ke arah ini, mereka tidak akan berjaya”

Manusia yang memulakan impian Breaking 2 ini adalah VP Nike Special Project’s, Sandy Bodecker. Encik ni siap ada tatoo 1:59:59 pada belah dalam pergelangan tangan dia, memang obses dengan “melampaui had” sejak kecik lagi. beliau percaya yang dia dilahirkan untuk memecah halangan, paling tidak, menjadi seorang yang memulakan memecah halangan.

Sandy_Bodecker1

Pengalaman bergelut dengan kanser memberikan beliau satu minda dan fikiran positif bahawa “Tidak ada tempat kedua. Maka, seluruh fokus adalah untuk menang dan melakukan segalanya secara fizikal dan emosi untuk tidak terjatuh nombor dua”. Beliau survive kanser akhirnya.

Pada Sandy, Breaking 2, jika berjaya bukan sekadar mencipta rekod baru tetapi membuat transformasi kepada sukan marathon itu sendiri. Ia adalah halangan satu generasi buat umat manusia selepas 2 halangan larian lain yang mendefinisikan larian, berjaya ditewaskan, pertama “Four minute mile” 1954 dan “10 second barrier” 1968.

“What separates the great from the good is the mental side of the equation,” kata beliau dengan penuh yakin.

LOKASI
Pertama adalah lokasi larian. Depa merempit di Monza, trek lumba kereta di Milan, Italy. Kenapa depa pilih sini?

1. Flat – tak ada bukit bermaksud minimum perubahan aras ketinggian jalan so tenaga kurang pakai nak lawan bukit
2. Altitude Rendah – 162 M, yang ni sebab nak bagi oksigen lebih banyak masuk ke dalam otot dan risiko dehidrasi kurang air kurang.
3. Suhu rendah – 12 Celcius, kalau panas nanti banyak peluh, banyak peluh means banyak air keluar so tak bagus sebab badan kurang air
4. Angin – 4km/j so tiupan angin rendah agar runner tak belah angin banyak so lebih laju sebab tak lari menentang angin kuat sangat.

Screen Shot 2017-05-07 at 8.31.11 PM

So basically, nak break SUB 2, environment atau persekitaran tu mesti support runner untuk cemerlang gila-gila. Instead of lari satu stretch panjang 42KM, depa lari loop 2.4KM x 17.5 lap. Ini ada lagi info tambahan tentang track Monza.

Screen Shot 2017-05-07 at 8.39.06 PM

Ini video detail kenapa merempit di Monza.

STRATEGI
Untuk Breaking 2, ini adalah strategi yang depa pakai agar 3 trio runner berjaya menewaskan limit manusia.

1. Agar tidak lalai
Sebuah kereta elektrik yang mempunyai board masa berada di depan, sejauh 6 meter jarak dari  runner. Pada kereta elektrik ini, data yang ditunjukkan adalah :

– pace larian
– jumlah masa yang telah berlalu
– masa anggaran untuk tamat

Semua masa ini akan diupdate setiap 200 meter berbanding 5K pada race biasa.

2. Formasi Pacer
Seramai 29 orang pacer daripada pelbagai negara akan turut serta dalam usaha memecah SUB 2 ini. Kesemua mereka adalah world level marathoner, dan paling penting mempunyai kebolehan untuk lari dalam pace yang sama berulangkali.

Screen Shot 2017-05-07 at 9.30.20 PM

Ini adalah kerana, pacer ini akan bergilir didalam track bagi mengelakkan pacer menjadi barai lalu memberi effect kepada 3 trio. Dalam satu masa, hanya 6 orang pacer akan lead 3 trio. Setiap pacer akan lari 2 laps sebelum diganti dengan pacer berikutnya dan setiap kali ganti melibatkan 3 orang pacer baru. Tujuannya adalah untuk memastikan yang 1 saat pun tak terbuang sebab kalau ganti serentak 6 orang, takut angin masuk kacau 3 trio.

Selain daripada guide semasa lari untuk make sure yang 3 trio maintain speed pace, pacer ini membuat satu formasi segitiga untuk membelah angin, bagi memastikan yang 3 trio kurang melawan angin. Keseluruhan formasi ini membentuk satu anak panah yang menuju kedepan.

Screen Shot 2017-05-07 at 9.33.52 PM

3. Air sendirian berhad
Setiap 3 trio ini ada air tersendiri untuk diminum. Maksudnya masing-masing minum air yang berlainan. Mereka minum air setiap lap (setiap 2.4KM) dimana ada 17 botol yang mengandungi 60 – 100 ml liquid yang dikategorikan kepada 2. Pertama (12 – 14 botol) adalah air standard mereka sendiri, kedua (3-4 botol) adalah air special mixture. Kandungan air juga adalah berbeza sama ada pior gula, atau campuran gula yang berbeza, dan campuran gula dan kafien.

Bersambung next untuk persediaan depa macam mana.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *