Nike Breaking 2 : Pt 7 – Hari larian

Screen Shot 2017-05-07 at 11.15.06 PMDulu masa kat sekolah, kitorang nak bawak walkman kena sorok-sorok. In fact, saya hanya ada walkman selepas habis SPM. So kaset pertama yang saya beli adalah (rahsia tak boleh cakap) manakala kaset kedua yang saya beli adalah kaset MLTR.

Di dalam kaset ini, ada satu lagu yang sangat menyayat hati. Kisah dimana seorang balak yang menyesal kerana asyik ponteng pergi church hari ahad, menyebabkan dia tidak mencari aweknya yang sedang nak kahwin dengan lelaki lain. Akhirnya bila balak ini teringat yang cuma tinggal church saja lagi yang dia tak pegi cari dalam bandar tu, ketika dia menjumpai aweknya yang sedang happy memakai gaun wedding disana, dia mendengar aweknya berkata sambil menangis,

“though you travel so far, boy i’m sorry you are 25 minutes to late….”

Nak layan video jiwang ni boleh tengok sini.

***

6 May 2017. 63 tahun yang lepas, pada tahun 1954, Roger Bannister telah pecah rekod 4 minute mile. Hari ini, 6 May 2017, Eliud Kipchoge hampir mengulangi victory yang seakan sama. Malangnya beliau, terlewat 25 saat. Untuk lebih specific, 26 saat untuk Breaking 2.

Screen Shot 2017-05-07 at 10.51.27 PM

Nike Breaking 2 gagal tapi untuk usaha ke arah itu, ia adalah satu inspirasi paling ohsem bagi saya sebagai seorang runner yang hidup dalam abad ini. Ketika orang lain cuba memecah rekod dunia, mereka berfikir lebih sedikit dari itu dengan cubaan memecah masa 2 jam bagi Full Marathon. Ini yang membezakan antara good, dan great.

Screen Shot 2017-05-07 at 11.16.51 PM

Ia bukanlah kerana kasut atau brand atau siapa lebih laju atau siapa lebih hebat. Bagi saya, ia adalah bagaimana manusia menggunakan hati untuk pergi lebih jauh, disamping menggunakan akal untuk mereliasasikan apa yang terbit di hati. Apalah sangat 25 – 26 saat sampai lewat berbanding telah berfikir dan berusaha selama 2 tahun ke arah itu.

Tahniah kepada En. Eliud, dan seluruh team Nike.

Untuk event penuh, boleh layan bawah ini. 3 jam, 4 minit.

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *