One Punch Man

saitama3

Mungkin anda sudah habis 12 episod “One Punch Man”. Mungkin juga anda belum pernah dengar pun pasal “One Punch Man”. Namun, Saitama, hero utama “One Punch Man” memang sekarang menjadi trending, bukan setakat di Jepun, malah hampir seluruh dunia. Buktinya, 9GAG sudah beberapa kali upload hal-hal kelakar tentang hero botak ini.

43da568956ab29820fb6541038066f751427106878_full

One Punch Man adalah sebuah kartun jepun yang baru habis 12 episod. Ia mengisahkan Saitama, seorang hero yang menang dengan semua orang jahat, dengan hanya menumbuk sekali sahaja. Sebab itu dia digelar “One Punch Man”.

maxresdefault

Setting kartun ini adalah di Jepun dimana menjadi superhero adalah salah satu pekerjaan yang mulia. Semua superhero dikelaskan mengikut kategori tertentu oleh Hero Association. Setiap hero juga wajib mengambil exam kecerdasan dan kecergasan maka result exam ini menentukan kelas atau kategori hero itu sendiri sama ada C, B, A atau paling power, Class S. Setiap hero yang berdaftar akan menerima donation dari orang ramai dan sekiranya ada ancaman kepada bandar atau rakyat, hero akan dipanggil untuk menyelamatkan keadaan.

Uniknya Saitama adalah kerana dia hero yang paling kuat sebenarnya, namun sifat rendah diri dan biasa-biasa aje membuatkan musuh-musuh Saitama tension dan pelik, dari mana asal kekuatan Saitama yang sebenar? Ini juga menjadi tanda tanya Genos, seorang cyborg Hero Class S yang memeperhambakan dirinya kepada Saitama semata-mata untuk belajar menjadi kuat seperti gurunya itu walaupun Saitama hanya hero Class C. (Saitama fail ujian kecerdasan walaupun score penuh ujian kecergasan).

tumblr_nop3xxxqQG1uuhruso1_1280
Sekarang kalau anda google One Punch Man Training Regime, anda akan dapati ramai peminat sedang berusaha keras untuk menjayakan resepi atau rahsia kekuatan Saitama. Menurut beliau, usaha training bersungguh-sungguh selama 3 tahun menyebabkan beliau menjadi kuat. Dan yang kelakarnya, training Saitama hanyalah seperti berikut :

tumblr_nhw00zkbIH1tilmtqo3_1280

Well… ada berani nak sahut cabaran ini? Challenge Accepted?

ra,unisex_tshirt,x1350,black,front-c,30,60,940,730-bg,f8f8f8.u1

Anyway, kartun ini pada saya sangat kelakar. Dan menghiburkan. Worth watching dan in fact, dari stat IMDB, One Punch Man adalah ranking ke #15 Top Ranking Voted TV Show. Untuk mencari kartun ini sama ada anda search Online atau layan di Hulu.

Screen Shot 2015-12-29 at 1.25.41 AM

Ini video tentang training Saitama kalau anda nak cuba. Rahsia kekuatan sebenar Sensei Saitama. Siapa tahu kalau anda buat training ini anda mungkin menang dalam race mengalahkan pelari-pelari Kenya!

Kongsi di :