Online Store : Online payment gateway by senangPay Pt 2

Satu hal tentang payment gateway ni yang paling risau adalah adakah mereka bayar duit itu kepada kita? Yelah, kita penat jual barang, sekali duit kita masuk ke depa dan depa tak transfer pun kepada kita. Tak ke lega?

Kalau macam iPay88 atau Molpay semua orang pun tahu depa ni memang dah lama dalam game payment gateway tapi senangPay ni baru lagi. So adakah senangPay reliable?

Setakat yang saya guna, senangPay bayar duit kepada saya seminggu 2 kali iaitu pada hari Rabu dan Jumaat. So far tak pernah miss lagi dan payment dibuat secara online. Dulu depa pakai cheque kena tunggu lagi 2 – 3 hari, tapi sekarang dah transfer terus online. Biasanya malam tengok duit dah masuk.

Satu lagi minimum payout adalah RM100. Maksudnya, duit dalam akaun senangPay kena cecah RM100 baru depa bayar ke kita. Logiklah tu. Kalau baru RM 5 dalam account jadahnya nak buat payment ke kita. Saya rasa ini standard bagi semua payment gateway even Google pun apply hal yang sama.

Ini contoh screenshot 2 minggu lepas payout dari senangPay ke account saya. So depa memang bayar, toksah nak kalut duit ilang bagai. Kalau ada sesiapa yang pakai senangPay tapi claim senangPay tak bayar pada mereka bagitau saya. Sebab saya kenal sangat owner senangPay ni boleh saya sekeh kepala dia.

Screen Shot 2016-01-14 at 4.07.06 PM

Kongsi di :