Online Store : Online payment gateway by senangPay

Since saya dah mula buka online store dalam blog ini, so saya fikir kena ada integration dengan payment gateway. Sebabnya saya malas nak double check dengan Maybank bila ada sales masuk, dan juga saya malas nak manage receipt-receipt payment dan juga paling saya malas nak  ulang 100 kali pasal no account bank bila customer mintak.

Emm… sebenarnya saya bukan la malas, cuma saya tak cukup masa. Saya ni rajin orangnya 😀

Anyway, saya telah apply payment gateway dengan senangPay. So saya dah integrate dengan online store saya, dan sekarang semua purchase item dari online store saya masuk terus kedalam dashboard senangPay.

Unknown-2

So malam-malam saya login dashboard, kemudian saya tengok list of buyer dan terus process item untuk delivery. Kiranya agak banyak masa saya jimat dan masa nak manage barang tadi saya boleh guna untuk benda lain misalnya tidur. Well… tidurkan is a part of recovery process untuk runner 😀

Setakat saya guna senangPay, so far memang ok dan sangat senang. Kalau ada masa nanti saya tulis baliklah. Tapi khas untuk posting ini, saya dah update Payment Form untuk customer order item dalam Online Store saya tu sebab senangPay dah update features baru dalam order form itu.

Kalau dulu, saya kena pecahkan Payment Form saya kepada dua bahagian dimana satu untuk customer dari Malaysia, dan satu lagi customer luar Malaysia. Kenapa saya kena buat macam ni? Sebab delivery charges tak sama.

So Payment Form senangPay dulu hanya allow satu delivery charges dan tak boleh set untuk multiple bila kuantiti order lebih dari satu. Sebagai contoh, kalau orang beli 1 poster delivery dia RM10, dan kalau orang beli 10 poster pun, delivery dia RM10. Agak tak make sense.

Oleh kerana itu, kena buat banyak Payment Form atau terus kira maximum delivery untuk 10 item.

Tapi bila senangPay dah update Payment Form depa, sekarang ni kita boleh set 1 item berapa delivery charge dia dan kalau 2 item, berapa delivery charge dia. Pulak tu, kita boleh setkan berapa delivery item untuk lokasi yang berbeza. Setakat ini, boleh setkan delivery price yang berbeza untuk Semenanjung, Sabah, Sarawak, Singapore, Brunei dan Lain-lain.

Kira oklah tu.

So saya dah update Payment Form saya. Instead of 2 Payment Form untuk Malaysia dan bukan Malaysia, sekarang saya hanya pakai 1 Payment Form untuk semua. Memang senang.

Screen Shot 2016-01-08 at 2.37.05 PM
Dulu…

Screen Shot 2016-01-08 at 2.38.18 PM
Sekarang….

Sebenarnya senangPay support Shopping Cart jugak tapi sebab saya jual cuma dua barang, so kenapa nak ada shopping cart?

Anyway, actually hari tu ada runner yang terbayar RM40 untuk delivery poster sebab dia tersalah klik masa nak buat payment tu. Bila dia email tanya saya reply balik dan refund kepada dia RM30.

Oh ya satu lagi, maksimum poster boleh digulung untuk satu tube adalah 5 keping. Sebab bila tebal sangat nanti bahagian hujung gulung tu dia macam boleh rosak sebab gulung tebal. So kalau anda beli lebih dari 5, saya akan hantar melalui 2 poster tube.

Kongsi di :