Pain : Knee Pain atau sakit lutut Pt 5 – Ubat sakit lutut

924622_907534292624463_638476218_n

Mungkin saya terlalu stress untuk menghadapi #werunkl hujung minggu ini. Lalu, kecederaan lutut ini sangat menggangu saya. Sehingga hari ini, saya sudah berhenti lari selama 2 hari berturut-turut. Saya akan cuba lari petang ini dengan keadaan yang paling selamat, dan ingin melihat sejauh mana lutut saya recover.

Kelmarin saya ke farmasi dan saya telah membeli ubat sakit lutut secara rambang. Saya tak sempat nak buat research tapi cuma tanya tuan farmas di kaunter brand mana yang paling baik. Sebelum ini saya pernah ambil ubat serbuk yang campur dengan air selama satu bulan. Kesannya not bad.

Kali ini saya beli kapsul. Ada 200 biji dan makan 2 biji satu hari. Satu siang, satu malam. Harga ubat ini RM289. Agak mahal. Namun, kerana tuan farmas syorkan ini yang paling baik dan respond dari customer lain bagus, saya terus saja beli tanpa banyak soal. Cuma masalahnya saya bukan yang type makan ubat. So ubat ni bijian dia sangat besar dan tekak saya sangat kecil. Hari pertama makan saya ambil masa hampir 1/2 jam untuk telan dan beberapa gelas air digunakan untuk make sure ubat masuk dalam perut. Sangat menyiksakan.

Hari kedua pula saya gigit potong kasi jadi separuh. Masih lagi sukar dan pada malam harinya, isteri saya bantu potong ubat ini jadi 4 dengan alat pemotong ubat (yang saya tak tau bila dia beli). Walaupun sukar, namun boleh juga ditelan sebab dah jadi sangat kecil.

Anyway, saya dah cuba secara luaran untuk make sure lutut saya pulih cepat iaitu dengan memakai pattela tendon strap. Selain daripada itu saya sapu minyak susu kambing tiap-tiap malam untuk legakan kawasan bengkak. Saya telah mengambil ubat lutut untuk kurangkan lagi sakit dan ini pula kategori usaha dalaman. Saya juga telah mula membuat senaman lutut setiap pagi untuk menghindarkan sakit lutut ini dari terus teruk.

Untuk seorang yang berumur dan telah lari almost 500 km, saya rasa ini normal. Dan bagi mencapai matlamat 999 km tahun ini, saya harus lebih lagi berdisiplin.

Dari semua usaha-usaha yang saya buat ini, saya rasa ada satu lagi usaha yang paling efektif dan akan membantu saya untuk lari #werunkl dengan senang hati.

Will Power.

Kekuatan ini yang sukar ada bagi semua orang. Dan untuk race #werunkl ini, saya diuji sama ada Will Power saya boleh melangkaui segala kecederaan lutut ini.

Maklumat Tambahan :
Nama Ubat – Osteo Bi-Flex Joint Health
Harga – RM289
Jumlah Biji – 200
Harga sebiji – RM1.45
Cost sehari – RM2.89

Kongsi di :