Pain : Knee Pain atau sakit lutut

10932220_1533237566956635_344092477_nUntuk rekod, setakat dua tahun ini saya dah lari almost 500 KM. Padalah sakit lutut…

Dah lama saya tak sakit lutut, tapi pagi tadi, sakit ini datang lagi. Mungkin kerana saya cuba pumping satu tangan ala Bruce Lee, akibatnya lutut yang mendapat faedah. Saya tidak tahu.

Sepatutnya pagi tadi saya lari 10k, tapi pada KM ke 6, lutut saya terasa sangat sakit. Saya cuba gagahkan juga untuk habiskan larian namun nyata kesakitannya menguji ketabahan saya. Dalam beberapa hari lagi nak lari 21k ini, saya kira usah terburu-buru dan bagus untuk saya mengurangkan segala risiko kecederaan. Lalu, saya berhenti pada KM ke 8.

Apabila tiba di rumah, selepas mandi, saya cepat-cepat sapu Minyak Susu Kambing untuk melegakan kesakitan. Selain daripada itu, kawan IG saya mengsyorkan agar mengambil Habatusssauda Arabia itu. Demi 21k, saya kena makan.

Dan saya sedang cuba mempelajari, kenapa lutut boleh sakit ketika berlari. Selain dari faktor larian heel strike (yang mana saya dah tukar kepada forefoot strike), pasti ada sebab lain yang menyebabkan kecederaan ini berulang. Saya harus tahu dengan segera.

Knee-tendon-diagram

Menurut abang dalam utube ni :

1. Patela dan femur tak sepatutnya bersentuhan atau bergesel.
2. Masalahnya, patela tendon longgar atau meregang menyebabkan Patela tidak berada di kedudukan yang betul.
3. So menyebabkan Patela berlanggar dengan tulang femur lalu menyebabkan sakit lutut.
4. Maka, kita kena ikat Patela Tendon (yang menyambung Patela kepada Tibia) supaya ia berada di kedudukan yang betul dan suggestion abang ni adalah Patela Tendon Strap.

Di bawah ini ada detail lagi video En. Doktor.

Di bawah ini pula video yang menunjukkan punca kecederaan jika lari kaki tak berapa nak straight mungkin akibat mengelak sesuatu.

Di bawah ini adalah cara tercepat nak recover dari sakit lutut.

Kongsi di :

Comment 1

  1. Pingback: Persediaan untuk larian yang lebih pantas | Asia Fitness Today

Comments are closed.