Panduan makan & minum semasa marathon Pt 2

Rupanya ada teknik kalau nak minum air dari cup, tapi masih juga boleh berlari. Sebab biasanya bila kita minum air dari cup, kita akan automatically slow, dan minum sambil jalan. Ini kalau ustadz saya kat sekolah nampak ni dulu mau kena besit semua orang. Minum kena duduk. Ustadz cakap la. Kalau camgitu orang islam takleh masuk marathon tu.

But anyway, teknik untuk minum dari cup dengan effisien dan tak tumpah sambil lari adalah dengan memenyekkan cup tu jadi tajam dan minum ikut penyekan tajam tu. Bila cup dah penyek, air tak keluar sangat dan beri lebih control pada kita.

Video di bawah ini akan beri idea dengan lebih lanjut.

Manakala lepas tengok video di bawah ini, baru saya tahu yang setiap water station ada asas setup dia dari segi susunan air. Mua-mula air, then iso, then air. Cawan untuk air dan iso juga berbeza bakhang. Biasanya cawan air mesti putih, kecil dan iso ada warna-warna atau brand dan besar sikit. Akak dalam video ni pun akan tunjuk cara nak minum paling mudah.

Satu lagi hal nasihat akak kat atas ni adalah masa sampai kat water station tu kita kena aware yang runner akan ramai di situ. So lain runner lain speed dia. Jangan sampai accident. Kalau nak jalan make sure pergi lane paling kiri supaya tak halang runner lain untuk lari lebih laju. Ini keselamatan di water station.

Ini ada satu lagi video yang dibuat khas untuk tunjuk cara merembat cup lalu minum. Ini kalau orang tak ramai boleh la buat. Kalau orang ramai lega kau. But anyway ini buat saya terfikir. Mat Salleh nak amik cup minum air pun siap training. Gila.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *