Kisah seorang pelari Malaysia

Ketika saya sedang menulis ini, saya baru hendak masuk tidur. Selepas berbual dengan isteri saya melalui telefon, saya kira sempat juga saya menulis sedikit hal untuk hari ini.

Tadi, kami makan malam di rumah bapak mertua adik ipar saya. Selepas makan, abah saya dan abah jitra duduk berbual di ruang tamu. Dan apabila dua orang yang sudah pencen bertemu, jangan fikir hendak balik awal kerana orang pencen memang kebiasaannya sunyi. Lalu, macam-macam cerita keluar dan saya tabah mendengar apa jua cerita.

Namun begitu, baru saya tahu yang ayah saya dahulu semasa mudanya pernah melatih seorang anak tempatan dari Cameron Highlands hingga berjaya menjadi atlit pelari negara. Student abah ini, asalnya tidak berapa pandai sangat dalam bidang akademik dan waktu itu abah saya beranggapan yang student ini tidak akan mempunyai masa hadapan yang cerah. Walau bagaimanapun, abah saya sebagai seorang guru sukan yang sangat aktif, melatih student ini dalam olahraga dan akhirnya student ini mewakili Malaysia dalam bidang larian.

Saya lupa nama dia nanti esok saya tanya abah saya dengan detail lagi.

The point is, kadang kala belajar pandai-pandai pun tidak ada gunanya. Yang penting di dalam hidup ini adalah kita tahu apa yang kita buat, dan kita tahu apa yang kita mahu. Kebanyakkan kawan saya yang pandai-pandai (tidak termasuk saya sebab saya average sahaja) tidak berjaya sangat dalam hidup dan kerjaya. Saya tidak tahu apa punca yang sebenar kerana ini masih menjadi misteri bagi saya.

Kebanyakan kawan saya yang gila dan terjal semasa sekolah dululah yang hari ini berjaya dan hidup bahagia. Minta maaf saya cakap begini. Kebanyakan student yang pandai dan genius, akhirnya end up dengan masalah kerjaya ataupun masalah rumahtangga. Mereka cuma book-smart, tetapi tidak street-smart.

Boleh jadi terlalu genius menyebabkan terlalu banyak berfikir. Bila banyak sangat berfikir, banyak sangat consideration. Bila banyak sangat consideration, akhir sekali buat apa pun tak jadi. Kejap buat itu, kejap buat ini. Akhirnya bakat yang ada dipersia-sia. Saya rasa ini antara faktor yang boleh saya kongsi melalui pemerhatian saya yang tak seberapa ini.

Terlalu banyak sangat reasoning akhirnya terperangkap dalam reason yang ntah apa-apa. Kasihan.

Anyway, itu yang ayah saya cerita tadi sampai kami balik ke rumah mak mertua saya jam 12 malam. Student ayah saya berjaya bukan kerana dia pandai. Dia berjaya kerana sama ada dia fokus dan hanya buat apa yang dia tahu sampai berjaya atau dia sanggup mengambil risiko untuk teruskan buat apa yang dia minat. Keimanan dia pada tuhan, sangat tinggi.
Itu yang buat saya kagum.



Kongsi di :