Pengorbanan dalam larian Pt 2

Ok sambung. Sorry la potong stim. Agar tak potong stim lagi, saya bagitau awal-awal. Sebab layer pengorbanan dalam larian ini ada 4, so dia akan makan 4 posting semuanya. 😀

Now, second level, TRANSFORM. Kita tengok balik rajah dia. RITUAL kita dah discuss, baca sini.

TRANSFORM adalah layer dimana ada  threshold, atau ada fasa awal ke akhir, atau, ada duality antara dua, atau lebih tepat lagi, ada result. Layer awal RITUAL adalah variables yang kita kena spend, keluarkan, manakala layer TRANSFORM, adalah dimana evaluation dia atau assessment “So, apa hasil dia?”.

Variable kat sini pun macam-macam juga, tapi yang paling asas adalah kesihatan atau HEALTH. Of course, larian adalah satu senaman dan senaman adalah untuk kesihatan. Ini benda basic tapi tak semestinya orang faham, tapi kalau orang faham, maksud dia, orang tu takkan lari sampai jadi sakit bagai. What for? Kenapa ko lari sampai ko masuk hospital? Bukan ke lari ni sebab nak sihat ke? Maka, setelah ber-RITUAL tadi, in term of HEALTH, kita makin sihat sepatutnya sebab kita bersenam.

HEALTH atau kesihatan ada dua. Pertama physical health. Itu adalah untuk anggota badan kita bagai. Jasad. Manakala kesihatan kedua adalah mental health. Mana lagi penting antara physical dengan mental? Kalau tanya saya mental lagi penting. Kalau mereng, takut bunuh orang kat water station dalam race. So berlari, ada memberi effect kepada mental health. Paling simple gini la. Serabut ngan kerja ofis kena maki bagai dengan boss ke client, petang amik kasut pergi run. Insyaallah tobat tak tipu, memang ada rasa lega dan tenang sikit. Macam mana larian menyebabkan mental kita OK? Tu panjang cite, lenkali sembang.

Variable kedua, selain HEALTH. Biasa kalau runner, apa benda dia nak capai? Kenapa dia nak beria training gila-gila, buat research, cari coach? Jawapan dia PB.

PB adalah Personal Best. Atau lagi senang nak faham, kira rekod la. Catatan masa kita lari. PB adalah kayu ukuran untuk runner nak tengok sama ada usaha dia dalam larian ada improvement atau tidak. Contohnya first time lari 10K catatan masa 1 jam 15 minit. Training lagi, 2nd time lari 10K catatan masa 59 minit. Ini adalah PB. Dapat lari 10K dengan lebih cepat, itu adalah PB.

Namun kita jangan kecikkan skop PB. Macam mana pula pada runner yang memang dah lari 800 kali 10K tapi masa tetap sama. Tak teruk, tak juga improve? So apa PB dia? Maybe PB dia instead of catatan masa, dia dapat pulak pecah barrier 10K dengan cuba lari 21K atau Half Marathon. Itu pun dikira PB juga (secara am ya, bukan specific). Dari 21K pergi 42K, PB jugak. Ingat senang ke nak lari FM? Kawan saya dulu yang mula-mula ajak join lari sampai hari ni tak pernah lari FM. Kalau tanya saya, semua orang boleh lari FM tapi tak semua orang “sanggup” lari FM sebenarnya. Selain dari pertambahan KM dalam larian, mencapai impian lari di World Major Marathon juga adalah satu PB bagi saya. Contohnya lari di Tokyo Marathon. Selama ni dok lari di Kampung Budu.

PB atau Personal Best, adalah something yang menjadi perbualan antara runner untuk nak inspire memasing. Namun begitu, dalam larian, bukan sekadar PB yang menjadi kayu ukuran. PB ni apa yang kita nampak kat Strava kita sahaja tetapi ada benda lain lagi yang lebih penting dari PB atau faktor kepada PB tersebut. Apa dia?


Bukit Jalil, September 2014

Variable ketiga yang paling besar dalam layer TRANSFORM adalah, BECOMING THE BEST VERSION OF ONESELF. Ayat ni nampak cam alamak, berianya. Hakikatnya tidak. Memang betul dan tak tipu. Saya dah lari dari depan rumah sampai ke Tokyo, macam-macam saya belajar tentang larian yang telah transform hidup saya. Saya bukan nak bangga atau riak sebab semua benda adalah pinjaman dari tuhan semata, so tuhan boleh tarik anytime bila-bila dia suka. Namun mencebur diri dalam bidang larian, memang telah TRANSFORM saya menjadikan saya versi yang lebih baik daripada saya beberapa tahun sebelum larian.

Apa contoh dia? Dulu sebelum lari saya memang seorang yang kurang disiplin contohnya dari segi ketepatan masa. Misal nak jumpa member, memang selalu lambat. Tapi bila saya start lari, saya baru faham betapa masa itu sangat penting dan kita kena take care masa betul-betul. Kalau kita treat masa cam cibai, masa akan mencibaikan kita. Sekarang saya bukanlah berkira masa, tetapi kalau janji pukul 3, pukul 3 saya sampai. Effect tentang masa ini, dia punya spillover terkesan kepada business saya. Bila saya faham tentang masa, banyak benda yang boleh dicapai bersama. So business saya memang ranum.

Sebelum saya lari dulu, saya buat business 10 tahun lamanya. Tak cukup tanah bang terkejar sana terkejar sini, tak jugak dapat pakai BMW ke Mecedes ke. Asal hujung bulan menggigil nak bayar gaji budak. Tapi lepas saya lari makan tahun, alhamdulilah business saya OK. Website business saya dalam Malaysia top 500. Website je la bukan top 500 fortune company lagi tapi OK la tu rahmat tuhan.

Macam mana boleh jadi macam ni? Takkan hanya sebab larian sahaja terus jadi huntung muka ada senyum? Panjang ceritanya tapi saya share satu benda yang saya kira kunci kepada semua. Dulu saya lari depan rumah 1 km je dah semput. Bertahun training itu ini bagai, lepas 3-4 tahun, saya lari 42KM di Tokyo. Apa yang mengubah saya? PERCEPTION.

“Tidak ada yang mustahil kecuali minda kita yang menghadkan segala”

Basically BECOMING THE BEST VERSION OF ONESELF adalah terlalu luas. Banyak intangible element atau value yang duduk bawah ni. Misal, sebelum lari kita ni mentaliti suka duk kutuk orang atau being judgemental. Tapi bila kita join lari, kita bersikap lebih terbuka dan berhenti menghukum orang bila kita baru sedar dan tengok semua orang mempunyai kelebihan dan kekurangan tersendiri. Itu juga BECOMING THE BEST VERSION OF ONESELF. Kesimpulan dia, anda boleh tentukan sendiri apa variable dia.

The idea of TRANSFORM secara hakikatnya adalah, “berubah menjadi lebih baik” atau dari negatif, menjadi lebih positif.

Cuma yang penting di sini adalah TRANSFORM bukanlah untuk kita compare atau berlumba dengan orang lain. Sebab seperti yang saya katakan tadi, setiap orang ada kelebihan dan kekurangan tersendiri. So kita sentiasa challenge diri kita yang semalam. Bukan kita challenge kawan kita. Kita adalah runner. Kita bukan atlit mewakili negara.


Tokyo Marathon 2017

Now. Connection antara RITUAL dengan TRANSFORM adalah, setelah kita berkorban DUIT, TENAGA dan MASA, sudah semestinya ia manghasilkan satu result yang baik, TRANSFORM diri kita untuk menjadi lebih baik di dalam HEALTH (physical & mental), PB dan BECOMING THE BEST VERSION OF ONESELF.

Eh tapi saya tak peduli la abiang, saya just nak lari je fun-fun. OK. Suka hati hang la tu hang punya pasai. Next ni adalah TRUTH sini kita bincang apa layer seterusnya ini.

Bersambung nanti untuk episod seterusnya.

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *