Pengorbanan dalam larian Pt 3

Kita sudah masuk dalam layer 3 dalam catatan atau bab Pengorbanan dalam larian. Sebelum kita mulakan tazkirah kita hari ini mari kita sama-sama membaca umul kitab. Al Fatihah.

Fuh, rasa cam kat sekolah beb. Terkinang zaman dulu. Ok. Now terus ke perbincangan. Sebelum itu, mari kita ulang papar gambarajah bulatan biru kelmarin.

Layer yang ketiga atau yang lebih dalam adalah layer yang dinamakan TRUTH. Bahasa Jepun, SHINJITSU. Bahasa German adalah WAHRHEIT manakala bahasa sanskrit, TATHYA. Semua bahasa ni bukan saya tahu pun tapi saya check kat google translate. 😀

Apa jua bahasa, ia memberi satu maksud yang sama. Yang ini saya tahu. Bahasa Arab, ia dipanggil HAKIKAT. Bahasa melayu adalah KEBENARAN.

Ok. Macam mana kita nak mencapai HAKIKAT atau macam mana kita nak mengetahui KEBENARAN? Kita tanya. What, When, Where, How, dan yang paling penting, WHY?

Dalam konteks larian, kita tanya diri kita. Kenapa aku lari?

Kenapa aku capai sepasang kasut, pakai, setting jam, dan keluar lari?

Kenapa? WHY? WHY? WHY? WHY? WHY???? x infinity stones.

Aku nak jadi kurus sebab rasa gems? Aku bosan tade kerja nak buat? Aku nak cari awek melentiks yang berstamina tinggi untuk dijadikan teman hidup? Aku mahu turut serta dalam satu kumpulan larian yang cool gila? Aku perlukan satu sense of belonging? Aku mahu buktikan yang rakyat malaysia juga bersifat Kenyan? Atau sebab semua orang dah start lari so ini trend terkini kalau Aku tak lari nanti Aku ni tak hipster la?

Atau Aku lari sebab nak melupakan kisah silam tragedi hooktober?

Now. Ada 1001 sebab kenapa seseorang itu lari. Macam-macam. Setiap orang ada sebabnya tersendiri, dan kerana itu, kita kena respect decision mereka. Sebab seseorang buat something tak sama dengan sebab orang lain. So tak kisah la sebab apa dia nak lari pun tapi yang penting adalah, dia yang lari itu (sosok tubuh tersebut) TAHU kenapa dia lari.

Itulah layer TRUTH. Tak penting WTF orang cakap ke kita, tapi yang penting kita tahu sebab apa kita buat. Kenapa? Sebab kalau kita buat satu benda yang kita tak tahu kenapa kita buat, kita takkan lama buat benda tu. Kita tak akan dapat apa-apa hasil yang baik dari benda tu. Kita tak akan merasai nikmat manisnya apa yang kita buat tu.

Senang cite, kalau buat benda tapi tak tau sebab apa buat baik takyah buang masa, kata Hamka, “Kalau hidup sekadar hidup, babi di hutan juga hidup. Kalau bekerja sekadar bekerja, kera juga bekerja.” Kita ini, manusia.

Apa kepentingan tahu sebab apa kita lari? Well, untuk permulaan, ini adalah sebenarnya will power yang paling asli yang akan menentukan sejauh mana kita terjebak dalam bidang larian ini. Inilah trigger dan juga puller, yang akan tarik kita bangun dari katil waktu subuh untuk bersiap nak pergi race. Kalau sebab kita berlari tu tak kuat mana, maka hasilnya pun tak kuat mana. Kalau sebab kita lari tu memang deep, maka insyaallah, jauh perginya.

Mengetahui sebab asbab atas sesuatu bukan sahaja menyebabkan kita sanggup buat benda tu tak kira apa halangan, malah, ia adalah penyebab segala reaction emotion kita. Orang kata ada “feel” dalam buat something. Baru benda jadi. Barulah turun lari tu semangat dia len maciam. Barulah dalam hati kotak larian semakin hari semakin membesar.

Bila kita tahu sebab asbab, kita ready untuk accept changes yang bakal berlaku kepada kita bila kita buat benda tu. Maksudnya perubahan-perubahan yang bakal berlaku kepada kita kelak. Kita malah bukan sahaja berubah dengan lebih mudah dan cepat, tapi kita embrace, perubahan yang berlaku ini.

Mengetahui sebab atau WHY membantu kita untuk mencapai matlamat atau target kita dengan lebih mudah. Contoh katakan kita lari sebab kita nak cari jodoh. So setiap kali kita turun keluar lari radar carian jodoh kita on automatik. Instead of pulun training lari siang malam pagi petang, kita mungkin memilih untuk training pikap line berbentuk larian……

OK. Itu basic thing tentang TRUTH, now kita akan naik atau masuk kedalam lagi tentang TRUTH.

Ini ada cerita lama. Dulu sekali semasa saya pertama kali mengembara ke Bali ketika baru berkahwin (bukan masa FM saya yang pertama tu), saya ada berbual dengan seseorang di sana. Beliau tanya saya begini.

“Wan… (Tuan), saya mau tanya wan… apa yang dikatakan SATU?”

Yang tanya saya ini bukan muslim, tetapi seorang Hindu. Hindu di Bali tidak sama sangat di Malaysia. Mendengar soalan sebegini membuatkan saya terfikir dan berfikir untuk menjawab. Kalau tak jawab, nampak kita ini macam bangang. Tapi kalau salah jawab, lagi bangang nampaknya kita ini. Saya ketika itu baru berumur 25 tahun, lalu saya memilih untuk tidak menjawab dan mengaku bangang. Kata orang, biar orang ingat kita bodoh so kita sentiasa selamat. Tapi dalam kes ini, saya memang bodoh pun.

“SATU itu wan…. bila yang apa yang muncul terfikir di dalam kepala (sambil menunjukkan kepalanya dengan jari telunjuk) dengan apa yang keluar dari mulut (sambil menadah tangan seperti meniup) dari apa yang dirasa dalam hati (sambil menepuk dada), tersusun sebaris (sambil merapatkan dua tapak tangan 🙏 ) menjadi SATU.”

Apa kaitannya cerita ini dengan posting ini?

Apabila kita mengetahui TRUTH kenapa (WHY) kita lari, yang di minda, di mulut, dan di hati, akan menjadi align, sebaris, mengadap satu arah / kiblat. Dan kerana semuanya sync dalam satu arah, segala penterjemahan dari dalam diri ke luar diri akan menjadi lebih padu. Dalam konteks larian, ia akan memberi lebih erti yang mendalam. Arah atau kiblat yang saya maksudkan ini bukan kiblat kita sembahyang tu tetapi kita sebagai runner nampak jelas apa yang beyond pandangan mata kita. Mana asal dan mana arah tuju larian kita ini ?

Alah…. dia macam ni la. Orang kata kompas hati. Tapi kompas hati tu cuma satu point. Manakala yang kawan saya di Bali explain ni pula ada 3 point. 3 ni nak kena seimbang dulu baru boleh pergi mendadak dangdut. Boleh imagine tak? Ni saya illustratekan.

Bila kita tidak tahu WHY, otak kita akan fikir benda lain, hati pula akan merasakan tidak kena, lalu kata-kata kita menjadi tidak bermakna. Bila semua ini tidak sync, maka apa yang kita buat atau yang akan translate dari diri kita, tidak akan menjadi, atau sia-sia. Arah atau kiblat dalam diri tak selari. Ibarat anak panah yang tidak akan pergi tepat kerana tali busur tidak ditarik dengan cukup kuat oleh tangan yang tidak mempunyai “rasa”. Of course bila dilepaskan, anak panah ini sama ada tidak tepat kena target, atau tidak sampai pada target. Samalah dengan berlari. Kenapa kita berlari? Kemana kita nak pergi? Dari mana asalnya kita berlari ini?

That which is false troubles the heart, but TRUTH brings joyous tranquility – RUMI

Apa yang pening sangat pasal SATU ini? Hmmmm….. penting bak hang. Betul saya tak tipu. Dari SATU, dia jadi banyak dan macam-macam. Kalau SATU ni tak betul, yang macam-macam dan banyak tu lagi tak betul. Contoh kita tanam benih tomato. SATU benih je. Tapi sebab betul jagaannya, cukup air baja bagai, berapa ratus tomato keluar? Tapi kalau SATU benih dari kecik ni tanam tak berapa feel, menjadi tak pokok tu at the end?

Itu kalau kita sentuh pasal origin. Ini kita sentuh pasal ending. Kalau ending dia SATU, senang tak nak achieve berbanding ending dia dua ke tiga ke 8 ratus ke? Mana lagi jelas kita nampak? SATU, atau 8 ratus?

Itu pasal SATU punya hal jangan buat main. SATU ini yang menentukan segala. OK. SO, GIVE YOURSELF ONE BIG REASON ON WHY YOU RUN.

The truth is not out there, but it is in you – Jon Zulazri 

RITUAL adalah hal basic yang diperlukan untuk TRANSFORM. Manakala TRUTH adalah faktor utama yang menentukan sama ada TRANSFORM itu, berjaya atau tidak.

Kita akan masuk ke layer paling dalam iaitu WISDOM. Semoga perbincangan layer ini akan memberi conclusion keseluruhan dalam bab Pengorbanan dalam larian.

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *