Pengorbanan dalam larian pt 4

Larian, menuntut pengorbanan. Tanpa pengorbanan, kita tidak akan dapat achive apa yang kita target. 

Ada orang lari suka-suka. Ada orang lari sebab suka. Ada yang lari, seriously. Ada yang mula-mula sebab suka-suka, lama-lama jatuh cinta. Yang jatuh cinta biasanya sanggup berkorban. Itulah cinta yang asli. Yang tidak sanggup berkorban, namanya cinta cipap atau cinta kote. Kejap je, dah puas, challo. Nak sembang pasal pengorbanan? Sorry la, lain chapter ok.

WISDOM adalah layer terdalam dalam spektrum Pengorbanan dalam larian, paling susah nak capai atau nak nampak, namun bila dah nampak, minimal rupanya. Kadang-kadang boleh nampak dengan sendiri atau kadang-kala perlu kawan untuk bagitau sebab kawan duduk luar dari kotak. Namun walaupun minimal, ia tersangat padu dan signifikan. Kemanisannya kekal lama, tidak pernah pudar malah jauh sekali untuk hilang. WISDOM, atau dalam bahasa arab adalah HIKMAH dan dalam bahasa melayu adalah KEBIJAKSANAAN. Kita jangan jadi orang yang setelah berlaku sesuatu sekadar berkata “mungkin ada hikmahnya” sebaliknya jadilah orang yang mencari apakah hikmah tersebut, mohon bantuan kepada Tuhan agar ditunjukkan.

2: 269 Whoever is granted wisdom has indeed been granted abundant wealth

Abundant beb. Atau Abundance. Definisi melayu dia yang normal sekali imbas banyak, tapi definisi yang lebih tepat adalah melimpah ruah. Apa beza banyak dengan melimpah ruah? Banyak tak semestinya cukup sebab mungkin habis. Tapi kalau melimpah ruah, fehhhhhh…. 7 keturunan tuan-tuan dan puan-puan. Rahsia melimpah ruah ni ada pada surah 108. Tobat tak tipu.

OK. RITUAL adalah hal basic yang diperlukan untuk TRANSFORM. Manakala TRUTH adalah faktor utama yang menentukan sama ada TRANSFORM itu, berjaya atau tidak. RITUAL boleh dikatakan pencetus manakala TRUTH adalah sesuatu yang membuatkan makan tak kenyang, tidur tak lena, mandi tak basah dan sebagainya. Macam orang dilamun….. haa… ingat tak masa muda-muda dulu sedang dilamun….. indah sungguh. Kentut pun wangi tau tak. Yang busuk itu mereka, tidak kamu.

Manakala WISDOM, adalah hasil simbolik atau tersirat dari penzahiran RITUAL, TRANSFORM dan TRUTH tadi. WISDOM, adalah hikmah atau buah yang manis yang dapat dirasakan setelah seseorang melalui fasa RITUAL, TRANSFORM dan TRUTH, secara jujur.

Your heart knows the way. Run in that direction. – Rumi

WISDOM adalah unique dan specific pada seseorang itu tersendiri, kerana TRUTH seseorang tidak sama dengan yang lain. Oleh kerana itu, WISDOM berbeza.

Boleh jadikah terdapat banyak WISDOM? Boleh jadi. Kerana WISDOM dilihat melalui mata hati, maka jarak penglihatan adalah tidak terhad. Selagi seseorang mahu melihat, selagi itu ia nampak. Boleh jadi juga ada satu WISDOM yang paling superior antara semua. Pokok pangkalnya, anda sendiri yang tahu kerana setelah anda melaluinya semua, anda yang akan merasainya. Itupun kalau anda decide mahu melihatnya. WISDOM ni pun cam awek gak sebenarnya. Kalau kita tak kejar dia tak simply datang. Bila kita tengah down gila lonely nak mampus, dia muncul tiba-tiba senyum sikit je…. kejap je dalam 3 saat, tapi kita punya bahagia mak aaiiiiiiii……

Apakah contoh WISDOM dalam episod pengembaraan larian saya? Saya dah bagi hint masa tulis pasal TRANFORM. Ini ulangannya.

Saya telah lari selama 4 tahun (baru) lamannya. Daripada 1 KM depan rumah, hingga ke 42 KM di Tokyo. Banyak pengorbanan yang telah saya lakukan kearah mencapai target saya ini. Duit tak payah ceritalah tapi paling utama adalah MASA. Duit boleh dicari, MASA sebaliknya, tidak boleh diganti. MASA saya gunakan bukan sekadar untuk training larian tapi juga untuk menulis hal-hal larian. Maksudnya, walaupun tak lari, MASA dihabiskan untuk menulis tentang larian. Esp. malam hari. Kalau orang lain lari petang mungkin 1 jam, saya pulak tambah lagi pada malamnya boleh jadi lagi 2 jam study & research. Kalau bini saya seorang yang hangin, fehhhh…. kawin ngan laptop saya #pornhub.

Namun nasib menyebelahi saya, MASA yang saya gunakan membuahkan hasil bukan sahaja di dalam pengembaraan larian, malah dalam pengembaraan hidup saya sendiri. Nasib baik ia tidak sia-sia.

Larian telah mengubah atau TRANSFORM PERCEPTION saya. Dan kerana itu, ekonomi kehidupan kami sekeluarga lebih baik dari sebelumnya. Sebelum ini mental block saya adalah mustahil bagi diri saya untuk lari sejauh 42KM, tapi rupanya dengan training yang cukup, ilmu perkongsian dari kawan-kawan serta teknik yang betul, manusia boleh melakukan apa sahaja. Dan jika kita boleh melakukan sesuatu dalam larian, kita boleh melakukan sesuatu dalam kehidupan. Ini antara WISDOM terbesar dalam pengembaraan saya, yang saya perasan. Asalnya elemen di TRANSFORM, tapi bila dilihat secara tersirat, ada WISDOM disebaliknya.

Mental block untuk lari FM pecah, rupanya translate kepada mental block dalam kehidupan. Dan kerana saya ini orang meniaga, so banyak yang saya praktikkan dalam business saya.

Namun bukanlah PERCEPTION semata yang membawa saya hingga ke hari ini. Ada satu lagi kemanisan buah yang dapat dirasai hingga ke hari ini.

Isteri saya.

Yang mengurus baju dan seluar, stokin, kasut lari saya.
Yang mengingatkan saya, untuk turun training.
Yang menyediakan makanan carbo loading, yang membancuh air vitamin c serta madu untuk saya.
Yang packingkan barang-barang flatlay untuk race saya.
Yang tolong urut kaki dan pinggang saya bila lenguh semacam.
Yang tolong chargekan jam suunto ambit 2 (yang dah lama macam nak rosak tu) dan fitbit saya.
Dan yang bukan sekadar mengingatkan saya untuk update blog, malah kadang kala memberi idea dan perspective untuk saya menulis.

Hakikatnya, Pengorbanan dalam larian, bukanlah dari saya seorang tetapi juga dari isteri saya. Sampai satu tahap, mungkin anak-anak saya sendiri. Kalau isteri saya tak support hobi larian ini, barangkali hari ini blog ini tidak terzahir pun. Barangkali tidak akan ada 1000 posting tentang larian dalam blog lariansebuahkitab ini. Dan barangkali, teori layer bulatan biru ini pun tidak wujud. Ada beberapa teori lain lagi harapnya yang itu akan berjaya ditulis dalam novel kelak.

Rasanya, isteri saya yang lagi banyak berkorban berbanding saya yang lari ini. Dan pengorbanan dia adalah melangkaui hobi larian saya. Maksudnya dia berkorban bukan sekadar untuk hal-hal larian tapi lebih dari itu.

Dem! Saya kena bawak isteri saya pergi bercuti banyak lagi nanti esp. lepas covid19 ni. Kalau pergi travel, dia memang suka. Ini bukan rasuah bini tapi ini adalah tanda terima kasih kita atas apa yang dia dah beri. Bila bini kita support minat kita, so kita kena support minat dia. NASIB BAIK DIA TAK MINAT SANGAT EMAS INTAN PERMATA BERLIAN BAGAI NI…..

Tapi apakah WISDOM terbesar selain dari perception, dan sacrifice sendiri dan isteri?

Larian, menuntut pengorbanan. Tanpa pengorbanan, kita tidak akan dapat achive apa yang kita target. Larian, adalah bergerak ke hadapan meninggalkan yang belakang pada asasnya namun hakikatnya ia adalah pengembaraan mencari diri, kita bukan ke depan tapi makin ke dalam. Replicate ini dalam kehidupan untuk menemui diri sebenar diri, itulah kalung (medal) kejayaan yang sebenar.

Kita adalah cermin, begitu juga wajah didalamnya – RUMI

Semoga pengorbanan anda dalam larian membuahkan hasil yang meng-elevate jiwa anda. Dan semoga 4 posting pasal pengorbanan ini (lama saya simpan….) memberi perspective baru dalam larian untuk anda (dan saya).

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Comments 2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *