Pengorbanan dalam larian

Sorry lama tak update blog. Last week memang sibuk betul. Training pun hampir-hampir barai tapi okla so far cuma 2 kali ponteng. Anyway, saya balik kedah masa raya haji kemudian dari kedah terus ke JB sebab ada kerja. Alang-alang ke JB saya bawa anak semua cuti di Legoland.

Now sempena raya haji ini saya macam ada terfikir something (sebenarnya dah lama tapi kali ni cam clear sikit), iaitu, erti pengorbanan yang sebenar. Dan sebab ini blog larian, saya akan tulis dalam skop itu.

Umum mengetahui bahawa apabila raya haji maka ritual yang kita akan buat adalah sembelih lembu. Ini adalah sempena peristiwa sembelih antara Prophet Ibrahim dan anaknya Prophet Ismail. Kalau ikut christianity view, ia adalah antara Prophet Abraham dan anaknya seorang lagi, Prophet Issac (Ishak). Ini adalah hal keagamaan tapi yang saya nak tulis ini, dalam konteks larian.

Basically jika anda seorang runner anda pun tahu akan hal ini. Larian, menuntut pengorbanan. Tanpa pengorbanan, kita tidak akan dapat achive apa yang kita target. 

Tapi spektrum pengorbanan dalam larian ini banyak, atau boleh saya gambarkan ia bagaikan satu corong yang besar yang mengecil di hujung. Atau, berlapis-lapis seperti bawang. Dikopek layer by layer hingga tinggal apa yang paling dalam. Atau macam buah. Contohnya oren. Ada kulit, ada isi. Dan ada biji yang manfaatnya untuk survival akan datang.

So apa level pengorbanan dalam larian? Ini yang saya fikirkan. Take note ini masih raw meaning boleh bawak bincang kalau kita jumpa kat mana2 bersembang dan final dia akan saya tulis dalam novel larian saya kelak (echeh!).

Layer paling luar adalah ritual. Which mean, apa benda yang kita korban demi larian kita. Ini termasuk untuk training dan untuk race. So basically ada 3 item yang paling besar. Kita mulakan dengan yang paling kecil iaitu, DUIT.

DUIT ini perlu untuk beli kasut, baju, jam, beli tiket race etc. Basically sebabkan larian adalah satu aktiviti yang tak perlu banyak gadjet sangat, so boleh kita katakan bahawa spending duit untuk larian seseorang dengan seseorang yang lain beza dia tak besar. Kalau kasut NIKE PEGASUS 37 kat mana-mana pun harga dia tetap sama. Jam pun gitu. Cumanya bajet lebih boleh beli yang high end ala model instafamous, tapi dengan budget yang kurang, tetap kita boleh berlari. After all bak kata orang, “To run you just need a pair of shoes”.

Kedua adalah TENAGA. Ini kira macam minyak atau fuel untuk terus kita berlari. Dia ada short term dan long term. Short term adalah energi fizikal kita untuk nak keluar training hari ni. Kalau semalam tak cukup tidur, so hari ni nak keluar lari macam bintang-bintang dalam mata esp. bagi yang dah veteran. Long term pula adalah energi yang lebih bersifat bukan fizikal tapi lebih kepada mental. Mampu tak kita subscribe atau beri commitment untuk training selama 8 minggu? Larat tak nak go through session by session every day? Energi short term adalah dari apa yang kita makan cam carbo loading tu manakala energi mental adalah dari apa ruh kita makan……………. ruh makan apa? Ni baru cerita pasal training plan. Yang runner lari dari 1KM sampai boleh lari 42KM makan 3 – 4 tahun? Atau runner yang dari dulu sampai sekarang maintain lari berbelas tahun? Itu sebab jangan main-main dengan runner yang dah buat 100K atau yang dah level lari kat Mt. Blanc. Mental tak koyak tak perlu plasterlah.

Manakala elemen terbesar dalam ritual saya kira adalah MASA. Ini kerana MASA adalah benda yang paling banyak kita guna untuk berlari. Satu hari ada 24 jam. Bahagi 3, 8 jam tidur, 8 jam kerja, 8 jam family / me time. So dari kategori mana hours running untuk kita training tu kita ambil? Sama ada kita korbankan masa tidur, atau kita korbankan masa family kita. Untuk yang bujang tak ada masalah sangat sebab 8 jam dia tu level me time. Ikut suka dia apa nak buat. Tapi untuk yang dah kahwin ada bini, atau ada anak, kita kena ingat masa training kita tu kita amik dari bahagian masa family kita. Memang betul dalam 8 jam tu of course ada masa me time kita tapi kalau kita fikir balik-balik, kalau dah jadi parents, me time celah mana yang kita nak sembang ni?

Itu bab mana datang hours of training tu manakala ini pula value of hours tersebut. Kita ni semua dikurniakan 24 jam sehari. Tapi berapa value 24 jam ini? Of course, berbeza dan tidak sama. Kenapa? Pertama kita kena faham dulu kenapa 1 jam seseorang bernilai lebih dari 1 jam orang lain. Tak yah amik calculation yang detail, kita ambil yang standard iaitu gaji. Ada orang sebulan gaji dia RM5 K. Ada orang lain yang lebih senior, skill full, experience lebih, gaji mungkin dah RM10 K sebulan. Ada orang lain pulak lagi yang pengang responsible lebih besar bawak satu kapal penuh dengan anak kapal (staff2) mungkin gaji dia sebulan RM50K. To make it simple, beza value 1 jam Tengku Zafrul dengan value 1 jam kita, memang tak sama beb. Gaji menteri dah dekat RM70K. Gaji kita? Menteri kerja berapa jam sehari, kita? So sekarang kita dah ada idea berapa nilai satu jam kita. Gaji sebulan kita, bahagi dengan 30 hari (atau 20 pun boleh), then bahagi dengan 24 jam. So sejam kita tahu value kita berapa. Ini kalau kita ambil method gaji sebagai nak kira value satu jam kita. Ada method lain lagi tapi saya tak tulis disini sebab complex. Tak semestinya orang yang gaji besar sejam dia mahal, abih apa ingat orang yang gaji rendah masa dia tak mahal jugak ke? Maksud dia, tak semestinya nak value satu jam kita pakai gaji. Tapi pakai gaji paling senang faham.

Now, bila kita dah tahu sejam value kita berapa, barulah masa kita training lari tu kita tau berapa value dia. Lagi besar value sejam kita, lagi kita tak buang masa dengan hal-hal sia-sia dan tak berfaedah. Wasting time is wasting money. Barulah time is precious.

So, kesimpulan dia, untuk jalankan RITUAL larian, pengorbanan kita atau variables yang menyumbang ke arah ini adalah MASA, TENAGA dan DUIT. Lain-lain ada tapi ini yang major lah.

Now, second layer. TRANSFORM.

Yang ni sambung esoklah.

 

 

 

 

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *