Persiapan untuk lari, semula

Setelah berhenti lari akibat puasa, eh silap. Akibat malas, maka sekarang tiba untuk mula lari semula. Apabila saya melihat rekod strava saya, saya dapati saya telah berhenti lari selama 7 minggu. DEM!

Berikut adalah persiapan yang saya fikir saya kena buat untuk saya mula lari semula.

1. Mental
Mental kalau dah 7 minggu memang dah makin lemah. So kena kuatkan balik mental. Macam mana nak kuatkan balik mental? Barangkali kena ingat semula kenapa saya lari. Apa sebab asal saya lari. Kenapa aku angkat kaki? Itu point yang paling punca saya kira. Bila dah ingat semula punca, next adalah untuk support mental itu agar kuat. Saya tidak tahu orang lain macam mana tapi bagi saya cara yang paling cepat adalah dengan menonton clip-clip larian di youtube. Boleh layan clip marathon oversea atau paling malas sekali layan review kasut.

2. Fizikal
Jangan ingat kepala yang ada otak sahaja ada memori tetapi kaki juga ada memori. Bila dah 7 minggu berhenti lari, boleh jadi kaki pun dah lupa macam mana nak lari. Ini yang Remin beritahu saya dalam telefon masa bulan puasa hari itu. Saya kira kaki saya sudah lupa untuk bekerja keras dan sudah pasti apabila tiba-tiba start semula lari, kaki ini akan memberontak. Ibarat mengejutkan beruang yang sedang tidur mungkin, so persediaan untuk fizikal saya bukan kepada nak mengerah badan agar mula “bekerja” tetapi lebih kepada persediaan “jangan over use” sebab takut cedera. Instead of lari jauh, mungkin saya boleh mula dengan 3KM sudah cukup dan perlahan-lahan naik semula ke 5KM dan seterusnya setiap hari.

3. Alatan Larian
Kalau dah lama rehat boleh jadi barang bersepah dan ntah kemana. Tapi saya tidak begitu. Sejak ada rak larian, semua barang saya sudah terkumpul dan saya ingat ini tak jadi masalah sangat bagi saya.

4. Route Larian
Yang ni agak penting. Nak buat comeback la katanya. So kena pilih route yang less challenging, senang, mudah dan mempunyai pemandangan yang indah. Ikutlah, pemandangan indah ni boleh jadi banyak hutan hijau kalau suka layan pokok. Saya suka layan errr emm. Tapi saya dah decide untuk start lari di Taman Bukit Jalil yang indah.

5. Race 
Tersign-up dengan race akan datang juga boleh membantu untuk menaikkan semangat untuk start lari semula. Misalnya next coming ini saya sudah sign up untuk 2 race. SCKLM dan BALI Marathon. So dua-dua ni penting bagi saya sebab SCKLM ini adalah yang pertama kali saya masuk manakala BALI Marathon adalah yang pertama 42K saya masuk. Saya kena ingatkan diri saya yang saya dah tersign up race so nak tanak kena start training.

6. Expectation
Mesti mau ada expectation so expectation ada, tapi jangan tinggi melambung. Nanti kecewa, menangis sendirian. So expectation adalah “agar dapat tambah KM dari masa ke semasa dan bila dah cukup KM, mula improve time”. Saya kira saya letak expectation level sederhana cukup. Tahun ni saya dah achieve a few things dalam bidang larian so lek lek lu sak kok lu (rilek rilek dahulu hisap rokok dulu).

7. Menulis tentang larian
Berhenti lari ni rupanya sekali harung terberhenti menulis tentang larian. Ada kesan psikologi dan perkaitan minat rupanya. Kalau dulu saya menulis hampir setiap hari di blog ni tapi sejak berehat rupanya blog ini juga turut berehat. So saya fikir, bila saya start lari semula, saya kena start tulis pasal larian semula. Gila banyak benda nak kena tulis pasal larian. Betul punya minat.

8. Just enjoy the show
Saya ingat ini adalah antara yang terpenting. Memulakan latihan dengan kegembiraan dan enjoy adalah perlu sebab saya bukan atlit negara. So saya akan mulakan latihan larian dengan tenang dan gembira. Just enjoy the show.

starting

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *