Personal Coach atau Training Plan?

11288067_1429267240730133_405485063_n

Abiang rasa abiang kena ada coach la macam ni… Kalau main lari je sampai penat agak sia2 usaha tangga tak berapa nak berjaya ni… Next race lagi 113 hari. 21k yg ke 3 abiang. Abiang target race tu sub 2. Ate kalau begini performance abiang makan sayur race tu esok


Next race saya adalah pada SCKLM iaitu 113 hari lagi (sewaktu saya menulis ini, sebab kebanyakkan post saya scheduled sebenarnya). 113 hari ni dalam 3.7 bulan lagi. Matlamat saya untuk 21K yang ke-3 ini moga saya dapat buat SUB 2, bawah 2 jam. Kalau saya dapat achieve ni baru senang hati nak lari FM next year. Dulu masa naik dari 10K ke 21K pun saya buat SUB 1 baru saya naik.

So far the best 21K yang saya buat #werunkl hari tu. 2 jam 18 minit. Maksudnya saya kena hilangkan 18 minit ni. Saya tak pasti saya boleh buat atau tak tapi saya akan cuba untuk buat sebaik mungkin.

Lalu ini membawa kepada dilema saya sama ada untuk dapatkan personal coach untuk train saya, atau cukup sekadar subscribe pada mana-mana plan half marathon SUB 2.

So far dari bacaan saya, saya listkan pro & cons antara dua ni.

1. Budget
Personal Coach lebih costly dari Training Plan. Ini sudah tentu. Takkan dapat personal coach for free tapi Training Plan berlambak free. Of course kalau ada personal coach, kita kena bayar time dia. Saya tak jumpa lagi pricing untuk Malaysia tapi di US, per session adalah USD36 atau RM134 sekali jumpa. Satu session dalam sejam ke sejam lebih.

2. Custom Made
Personal Coach boleh tailor sessi latihan dengan keperluan kita. Misalnya kita ni seorang yang busy so training plan boleh custom ikut schedule kita. Training Plan pulak kena follow as it is. Betul training plan ada yang boleh custom tapi bila kita dah miss untuk follow 2 – 3 kali, macam mana nak make sure kita on par balik?

3. Local Availability
Di Malaysia saya tak sure kat mana coach-coach running berkumpul. Di atas gunung? Jauh di dalam hutan? Kena berenang sampai ke pulau? Mungkin demand kurang so nak cari payah. Setakat saya google, masih tak jumpa lagi.

Screen Shot 2015-06-13 at 9.27.35 PM

Tapi training plan berlambak. Kat web ada, kat apps pun ada. Paling cikai, kat Runkeeper pun ada.

4. Effectiveness
Kalau ada coach side by side, of course personal monitoring yang eksklusif bagai ni akan beri effectiveness yang lebih tinggi daripada training plan. Satu hal for sure, personal coach boleh bagi nasihat real time yang ada kena mengena dengan training kita. Training plan kita kena ikut semata.

5. Injury Free
Yang ni penting juga. Personal Coach boleh bantu untuk make sure yang kita bebas injured sebabnya dia monitor kita dari mula sampai akhir. Manakala training plan, kalau dah boleh cakap ke kita hal injury saya rasa dah mula cuak. Macam cite AI la pulak.

6. Motivation
Kalau dah ada personal coach, of course bonding-bonding akan buat kita lebih motivate. Hello, kita ada coach ok. Kalau hati kecik dan lemah semangat, coach boleh bantu dari segi ceramah motivasi. Training Plan tidak.

7. Add value
Personal coach boleh share knowledge dan experience dia lagi banyak. Mungkin bukan terhad pada larian saja tapi lebih daripada itu. So bayar lebih, dapat lebih. Training Plan tade mulut.

8. Discipline
Training Plan menuntut displin yang lebih tinggi dari personal coach. Kalau tak ikut training plan betul-betul, tempo sudah lari dan dikhuatiri akan menyebabkan kegagalan mencapai matlamat. Dengan coach boleh kaw tim sikit sebab coach tau nak give and take.

9. Responsiveness
Coach of course lebih responsive. So coach boleh bagi advice on the spot in case kita menghadapi masalah. Training Plan kalau sapa cakap dia responsive alamat tak dan berapa jumaatlah.

10. Strength vs weakness
Coach boleh enhance strength yang kita ada. Coach boleh bantu kita mengatasi kelemahan kita dan mengeluarkan kekuatan kita. Coach boleh nampak kat mana kita nak kena improve dan kat mana kita nak kena dibetulkan.

11. Uniqueness
Coach ajar kita based on uniqueness kita. Sedangkan training plan dicipta untuk average semua.

So, daripada 11 yang saya list down nampaknya mempunyai coach personal lebih baik daripada ikut training plan. Tapi masalahnya mana nak cari coach dan juga nak kena spend duit banyak sikit la pulak. Haisssshhh…



Kongsi di :