Pilih 3

Screen Shot 2017-04-27 at 4.23.28 PM

Saya ada terbaca satu artikel ini. Selepas saya baca, saya rasa ada kebenarannya dan saya agak struggle untuk balancekan life saya. Seperti selepas balik dari Tokyo 2 bulan lepas, Arif Rahman, sepupu saya yang datang kerumah untuk buat photoshoot mainan yang saya beli dari Jepun, dia berkata begini :

“Saya tak boleh imagine macam mana abang manage semua time abang. Tengok kat Tokyo dah cukup. Ada masa pergi lari. Ada masa dengan Kak Ina ngan EL. Ada masa tengok mainan. Ada masa jalan-jalan. Ada masa lagi pulak jadi samurai. Kalau saya mau semua masa habis tengok mainan je.”

Selepas Arif Rahman kata begitu, saya baru ter-refleks hidup saya sekarang.

A. Saya adalah entrepreneur yang sedang mengusahakan 3 company, satu dah remaja 12 tahun, satu baru 2 tahun lebih dah pandai jalan sendiri manakala satu lagi masih dalam kandungan yang siang malam pagi petang nak kena tengok. Kerana ekonomi gawat, ada yang tengak nazak, ada yang steady dan ada yang hari-hari saya doa agar ada funder dari Silicon Valley beli company ini dengan meng-invest 10 Million USD (sebabkan senang nak tulis, alang-alang kita tulis 10 Million USD).

B. Dalam masa yang sama, saya decide untuk “lari” dan masuk tahun ini dah tahun ke 5 dimana saya sedang berfikir untuk meneruskan agar sampai ironman atau meneruskan sampai ultra trail. Dan kalau saya teruskan niat gila ini makanya banyak masa saya kena korbankan sebab nak training bagai.

C. Saya baru dapat anak yang dah nak masuk 2 tahun – terrible 2 ( dah 10 – 11 tahun kahwin biasa duduk berdua sekarang sedang adjust life menjadi parent). Anak lelaki saya EL semakin hari semakin buas dan makin nak kena tengok sebab makin lama makin manja. Makanya yang ni pun kena spend masa juga sebab takkan nak biar dia duduk ngan ibu dia je nanti bila saya dah tua karang dia jaga ibu dia sorang je saya dia hantar ke rumah orang tua.

D. Dalam masa yang sama, saya maintain beberapa blog, salah satu adalah yang anda baca ini dan ada 2 – 3 yang lain dimana ada yang dah ditutup ada yang pegun macam tu saja. Maknanya menulis juga memerlukan masa untuk mengadap dan bukan main tulis saja sebab kadang-kadang ada hari di mana tak ada idea nak tulis apa pun last-last tidur. Saya juga sedang menulis satu novel seram + cinta antara ahli sihir wanita yang sebenarnya hantu dengan lelaki tua yang perasan muda.

E. Dan seminggu sekali saya masuk class untuk long life learning dimana class ni dah 13 tahun saya attend tak grad-grad lagi.

Antara semua ini, saya beruntung sebab company yang saya buat adalah dengan kawan-kawan. Lari pun dengan kawan-kawan esp time race walaupun biasanya training sorang je. Pergi kelas pun dengan kawan-kawan. So bab kawan-kawan ni kadang-kadang orang boleh tuduh gay sebab kawan-kawan saya sejak dari sekolah menengah. Budak asrama memang macam gini.

But anyway, saya masih lagi struggle untuk balance semua benda ni. Banyak yang saya belajar dan cuba terap dalam hidup agar semua yang saya hadap ini berjaya seadanya. Tipulah kalau kata semua ok, mesti ada yang tak ok jugakkan. Misalnya blog ni dulu hari-hari update, sekarang seminggu sekali pun mujur.

Saya rasa anda yang runner pun mungkin ada ke-struggle-lan yang sama. Anda pun mesti mencari masa dan cuba untuk balance life sebagai runner. Kadang-kadang bila fikir balik rasa macam ada yang nak kena dikorbankan semata-mata untuk yang lain itu excel dan berjaya. Tapi kadang-kadang dalam hidup ini, kita tak tahu yang mana satu yang akan naik sampai berjaya cemerlang maka kita cuba buat semua serentak dan berharap salah satu itu pasti akan tuhan bagi jackpot. Sedang saya mengalamun dan cuba cari penutup untuk ditulis dalam kesimpulan posting ini, tiba-tiba dalaman saya memberitahu ini :

“Maksimum seorang manusia boleh hadap dalam satu masa adalah 7. Sama ada dia boleh handle 7 project at one time, atau dia boleh handle 7 company at one time, atau dia boleh handle 7 benda yang berbeza misalnya Family, Friends, Work / Business, Fitness, Hobby, Passion dan terakhir, Spiritual. ”

Macam mana saya nak pilih 3, kalau sebenarnya BUKAN SAYA yang pilih apa-apa pun at the first place? BUKAN SAYA yang gatal-gatal cipta dan reka semua benda ni. GILA!

But anyway, so…….Apa 7 benda yang anda handle sekarang? Dalam erti kata lain, kalau tak cukup 7, rilek la…. boleh tambah lagi tu kah kah kah kah.

***

Screen Shot 2017-04-27 at 4.55.18 PM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *