Pisang Wearable Dole

Screen Shot 2015-04-18 at 10.25.43 PM

Saya masih confuse ini sama ada ini adalah gimmik markekting ataupun hakikat yang sebenar. Dikatakan pisang ini mempunyai kuasa ajaib boleh memaparkan masa larian anda, heart rate, bersosial media, dan akhir sekali recharge tenaga anda (salah satu fungsi asal pisang ini.)



Pisang ini adalah edible wearable atau bahasa melayunya, sesuatu yang dipakai dan sesuatu yang boleh dimakan. Pisang ini merupakan tokoh pisang berteknologi tinggi yang digunakan di Tokyo Marathon 2015. Sekarang saya nak google pasal ini.

Screen Shot 2015-04-18 at 10.32.08 PM

Mungkin Pisang ini masih lagi dalam peringkat pengujian. Walaupun ia satu perspektif positif yang sangat mengujakan, namun, mempunyai pisang yang memberi tahu kadar degupan jantung kita sangat menakutkan. Bayangkan makanan lebih bijak dari kita walhal untuk mengetahui kadar heart rate kita cuma perlu guna masa 15 saat dari 24 jam masa yang kita ada.

Boleh jadi masa depan sama ada sangat cemerlang atau sangat bangang. Apabila semua yang ada disekitar kita mula bercakapa tentang kita, kita sendiri akan lupa untuk bercakap dengan diri kita sendiri.

Anyway, nampaknya bukan Apple sahaja yang ada apps nowadays.

Bacaan Lanjut
http://www.dole.co.jp/wearablebanana/en/



_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 42K bagi mencapai SUB5 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_