Plug Charger USB

Hari tu masa lari di Ranau, saya bawak Go Pro + iPhone. Masalahnya saya cuma bawak satu charger. So bila malam tu sebelum tidur, elok-elok boleh tidur awal, terpaksa tunggu iPhone fully charge kejap then charge pulak Go Pro.

Punyalah buang masa.

Sekali tengok-tengok Ubai ada plug USB yang 2 soket. Ntah dia beli mana tapi agak genius jugaklah sebab plug tu cucuk je boleh letak 2 USB.

thecoopidea-jelly-4-port-usb-charge-station-blue-256px-256px

Hari ni saya pergi Machine KLCC saya beli terus yang ada 4 soket. So lain tahun kalau pergi travel dah ada siap 4 lubang USB. Boleh cucuk iPhone, iPod, Go Pro + Jam Suunto sekali gus. Senang tak yah gaduh tak cukup plug.

Menatang yang saya beli ni harga dia dalam RM159. Nama dia thecoopedia. Design dia oklah not bad.

898d1d_ca083172063c4c57b8598285510a3695

Boleh cucuk sampai 4 serentak.

Thecoopedia_jelly_2

Boleh dibogelkan. Tanggal sarung dia.

898d1d_4ef6fb2b934c485b9479ee491964c093

Tujuan pembogelan adalah untuk travel. Sarung tinggal kat rumah. Size dia ni besar tapak tangan.

898d1d_a6609f4e142e4324bb3d94065cbf3ae0

Ini contoh warna yang ada. Kalau kat tapak dia tu boleh sorok wayar kabel yang panjang. Nice.

Thecoopedia_jelly_6

Ni info apebendantah. 😀

Screen Shot 2015-12-23 at 2.05.59 AM

Harapnya dengan kehadiran menatang ni di rumah saya so takde masalah lagi nak charge iPhone dan lain-lain barang yang memerlukan kasih sayang elektrik untuk hidup.

Langkah seterusnya
http://www.thecoopidea.com

Kongsi di :