Polis Evo Pt 2

Season_2_promo_pic_4

Jiran saya keluar dari rumah dan membuka pintu gate. Didapati, polis-polis ini dengan segera menahan jiran saya. Kemudian polis menjerit dan berkata, “Passport, passport”

Anak perempuan jiran saya lari masuk ke dalam rumah dan seketika keluar bersama ibunya dan membawa passport. Dari jauh saya dengar namanya (dan baru saya tahu namanya). Nyata, identiti lelaki didalam passport itu adalah dia.

Polis-polis ini kemudian membawa jiran saya masuk ke rumah. Dari sebelah saya melihat dalam hampir sepuluh orang polis semuanya memakai vest biru dan pakaian biasa. Ada diantara mereka yang mukanya tak gaya polis pun tapi lebih kepada gaya lanun. Mungkin mereka ini dalam misi penyamaran.

Dari luar saya lihat polis sedang memeriksa rumah jiran saya. Saya lihat jiran-jiran lain pun turut dalam terkejut rupanya. Misalnya Uncle Lim depan rumah, berpura-pura pergi buang sampah sambile memerhati dan meninjau apa yang sedang berlaku. Jiran sebelah rumah Uncle Lim, hanya mengintai dari dalam rumah.

Security guard mula datang dengan motor. Mereka juga berada dalam kebingungan. Salah seorang daripada polis yang tunggu di luar sedang meninjau-nijau keadaan sekeliling. Apabila dia ternampak saya, lalu dia datang menghampiri saya lalu berkata,

“Sorry boss, kalau nak keluar bagitau ya”

Saya kata pada dia, “Eh… ok-ok, takde hal… tak keluar dah kalau macam ni”

Saya kemudian lantas mengambil peluang untuk bertanyakan apa yang sedang berlaku. Pada mulanya polis ini enggan memberitahu apa-apa maklumat. Dia hanya kata sedang dalam siasatan. Saya cuba mendesak kerana ingin tahu apa lalu saya teka adakah ini hal money-laundering. Dia kata adalah. Saya kemudian meneka lagi, dadah ke?

Dia kata lebih kurang. Melalui perbualan saya, rupanya polis ini cawangan Bukit Aman. Mereka dah lama monitor warga iran ini dan siap tahu jadual harian warga iran ini. Saya sendiri pun tak tahu jiran ini balik pukul berapa atau keluar rumah pukul berapa.

Perbualan saya panjang lagi tapi saya rasa tidak perlu diceritakan disini.

Anyway, setelah hampir 2 jam polis menggeledah rumah jiran saya, mereka membawa jiran saya keluar dan masuk kedalam kereta polis. Saya lihat tangannya bergari. Polis juga membawa kedua-dua kereta jiran saya pergi. Dari sebelah saya lihat anak-anak perempuan jiran ini menangis kerana bapanya dibawa pergi. Ibunya juga menangis menahan sayu.

Isteri saya juga menangis kesedihan. Mungkin sedih sebab Juju kena tembak agaknya.

Trauma Polis Evo nampaknya menggangu fikiran saya malam itu. Siapa sangka yang disebelah rumah saya ada “Walter White”. Namun saya bersyukur kerana tidak ada apa-apa yang ganas berlaku. Tidak ada tembak menembak kecuali Juju yang kena tembak.

Walaupun tidak dapat menonton Polis Evo malam itu, sekurang-kurangnya untuk pertama kali dalam hidup, saya menonton Polis Preve, datang menyerbu jiran saya. Ini membuatkan saya memutuskan untuk tidak keluar jogging dan berehat di rumah sambil menonoton Breaking Bad.



Bacaan Lanjut
http://www.bernama.com/bernama/v8/bm/ge/newsgeneral.php?id=1183921
http://www.hmetro.com.my/node/88615



Kongsi di :