Prakata

Berbanding dengan kawan aku yang sudah mempunyai total distance 2904 KM dalam profile runkeepernya, aku cuma baru 371 KM jarak larian, itupun termasuk jalan dan hiking. Nyata, dia lebih bersungguh dan lebih serius dalam arena pelariannya, berbanding aku, atau, dia mula awal lebih dulu dari aku.

Tetapi apalah guna jarak larian yang jauh tanpa ada sebarang pelajaran dalam setiap larian? Aku pasti, kawan akuaku yang telah lari sejauh 2904 KM itu mempunyai pelbagai pengalaman, pengajaran dan pembelajaran dalam setiap lariannya.

Lain orang, lain jalan hidupnya, mungkin bertemu di persimpangan, mungkin lari bersama, atau mungkin lari bersendirian.

BAB 2

Pertama kali aku menyertai larian semasa tua ini adalah pada tahun biru aku, 2013. Larian itu, disertai oleh ramai lagi atlit syarikat dan ia merupakan antara larian yang tidak dapat aku lupakan. Larian 5K ini adalah sempena Hari Kidney sedunia, dimana isteri aku merupakan salah satu insan istimewa yang sedang berjuang dengan kidneynya. Lalu, pada larian pertama itu, aku lari sebelah menyebelah dengan isteri aku sebagai tanda sokongan dan semoga kidneynya sihat seperti sediakala.

Itu pertama kali aku lari dan baru-baru ini, aku melakukan yang pertama kali lagi iaitu dengan berlari seorang diri sejauh 10K di Putrajaya sehari sebelum merdeka. Walaupun catatan masa aku tidak sebaik mana, tetapi, menghabiskan sejauh itu, membahagiakan aku.

Juga, ia adalah pertama kali bagi aku membuat submission route kepada Strava. Dan kerana ia adalah pertama kali, maka aku menjadi orang yang pertama didalam ranking itu pada segment itu. Boleh rujuk disini untuk lihat segmen tersebut dan boleh guna route yang sama untuk training 10K.

Screen Shot 2014-09-02 at 2.07.36 AM

Boleh download route yang sama dari runkeeper in case kalau tak mahu sesat semasa larian.

BAB 3

Aku berpendapat, badan manusia mempunyai daya tahan yang boleh dibina, melalui masa. Ini kerana, semasa aku lari 5K dulu, aku macam nak pengsan menghabiskannya malah menolak mentah-mentah ajakan pelari kental lain untuk masuk larian 7K. Namun, setelah hampir setahun lebih, aku berupaya untuk lari 10K akibat dari latihan yang berterusan serta disiplin juang yang kental. Maka aku meramalkan, suatu hari nanti, pasti tidak menjadi masalah bagi aku untuk lari lebih jauh lagi seperti larian 21K atau 42K.

Siapa tahu, mungkin satu hari nanti, aku diberi upaya untuk lari Ultra?

Kesimpulan

Aku telah banyak berubah sejak larian 5K yang pertama dulu, hingga larian 10K baru-baru ini. Jika dulu aku melihat larian hanya sebagai senaman jasmani, namun hari ini, aku beranggapan : Larian juga membentuk rohani.

Larian, adalah satu kemestian untuk kejayaan. Kerana hanya melalui larian, kita secara fizikalnya dapat melalui jalan lurus yang panjang walaupun secara rohaninya kita masih lagi mencari jalan pulang.

Jika aku ada anak kelak, aku akan mewajibkan mereka lari bersama aku setiap hari. Dan jika mereka malas dan memberi banyak alasan, aku akan membela anjing dan menyuruh anjing ini kejar mereka dari belakang.

Begitulah penting untuk memahami, dan mempelajari tentang diri, melalui larian.



Kongsi di :