Project Gantung Bib

IMG_0311

Projek ni sebenarnya dah lama nak buat. Tapi asyik tunda, last-last makan setahun dah dia punya timeline.

Kisah dia saya memang bercita-cita nak simpan semua bib race yang saya pernah masuk dalam frame. Frame tu beli kat IKEA. Harga dia berapa ntah tak ingat tapi nama dia FISKBO saiz 21×30 cm. Eh. Online kan ada. Jap meh pi chekidaud.

Screen Shot 2017-07-17 at 12.16.49 AM

Ok. Tu. RM9.90.

Saya ingat saya beli ni macam dah setahun. Cita-cita nak drill dinding dan gantung. Tapi bila fikir nak drill tu macam bercinta, end up semua frame ni saya susun atas tangga sahaja. Tapi bila dah lama-lama tu saya dapati yang frame ni dah jadi tempat perangkap habuk. Bila sapu sampah tak angkat frame ni, so abuk dan sawang berkumpul belakang dia.

So weekend baru ni saya bertekad nak gantung semua ni manalah tahu tiba-tiba terasa nak buat open house, tak adalah nampak malas sangat dak?

Ok. Ramuan untuk projek ini adalah seperti berikut :

1. Frame – seperti yang ditulis tadi, FRAME IKEA, RM9.90. Beli la berapa yang boleh. Kalau 10 dah RM99.90. 20 kira sendiri.

2. Tackit – ni plastesin hijau yang melekat tu. Satu paket RM5.50. Sebab malas nak drill atau guna paku, saya guna menatang ni untuk lekatkan frame ke dinding.

3. Kain buruk – Kain buruk ni pertama fungsi dia nak lap frame yang dah lama bersawang. Kedua, sebagai pengalas masa nak ketuk frame tu ke dinding agar lekatan frame yang ditempel Tackit, melekat kuat.

4. Pembaris Keseimbangan Dunia – Pembaris ni nak ukur Frame agar tak senget. Ada air dalam dia so boleh tengok balance ke tidak Frame tu means jangan sampai senget bila melekat.

5. Wet Tissue – Yang ni sebab cermin frame tu kadang-kadang berhabuk dan habuk tu dah jadi kotoran degil melekat kat cermin. So lap pakai kain buruk tak ilang. Kena pakai wet tissue cepat sikit ilang. Wet tissue ni saya pau EL punya.

6. Bib – Of course lah, Bib yang nak letak dalam frame.

7. Kertas Hitam A4 – yang ni nak buat base belakang Bib agar Bib tu stand out.

8. Salotep – ni nak salotep belakang Bib agar lekat pada kertas hitam A4

9. Pisau – nak potong-potong

t01

t08
Abaikan tangan makhluk kecil yang curi salotep

Nasib saya baik sebab semua Bib larian yang saya masuk, saya simpan. Kecuali 3 race terawal iaitu race kidney, padang merbok alam sekitar dan chariofare semua tahun 2013. Waktu tu tak tau pun yang nak lari sampai ke Jepun. So ntah kemana ilang. Sayang betul.

Ok, seterusnya, cara-cara.

1. Pertama, Bib tu kita kena bersihkan. Maksudnya, belakang Bib tu biasa ada timing cip. Timing chip ni span. So boleh kopek pelan-pelan sebab dia sticket je melekat belakang Bib.

t02

2. Kemudian amik salotep, tapekan belakang bib dan lekatkan Bib pada kertas hitam A4. Make sure center. Kalau instinct tak power, pakai pembaris. Kalau mata helang, ok.

3. Amik Frame Ikea tu, amik pisau, potong plastik dia dan keluarkan Frame dari plastik balut. Buka lock belakang Frame, keluarkan kertas iklan dari dalam Frame dan keluarkan plastik ala kaca Frame tu. Ada sticker pada plastik ni depan belakang dan tanggalkan.

4. Masukkan plastik ala kaca ni balik, dan masukkan Bib yang dah dilekatkan pada kertas hitam A4. Lock balik belakang Frame dan kerja anda memasukkan Bib dalam Frame dah sempurna.

Ini kalau Bib tak masuk dalam Frame lagi tapi kalau Bib dah masuk dalam Frame dan dah terbiar selama setahun, so anda kena bersihkan sawang dia dulu. Bab ni gunala kain buruk dan wet tissue tadi.

Phase seterusnya adalah menggantung Frame ke dinding.

5. Amik Tackit hijau tu. Tackit ni dia dah siap-siap divide ikut size kecik 4 segi so senang nak putuskan.

faber-castell-gyurmaragaszto-tack-it-ujra-hasznalhato-ragaszto-500x500

6. Lekatkan Tackit ni kat bucu belakang Frame. Ulang step ni 4 kali pada 4 bucu belakang Frame. Tak payah buat banyak sangat sebab 4 bucu ni dah melekat kuat.

7. Seterusnya bersedia dengan kain buruk, tukul dan pembaris keseimbangan dunia. Yang ni anda kena ada skill sikit sebab kita ada 2 tangan tapi nak pegang 4 benda termasuk Frame.

8. Letak Frame di dinding tapi jangan tekan kuat sangat agar Tackit tu tak melekat lagi. Amik Pembaris keseimbangan dunia dan letak atas Frame, tengok jangan senget. Bubble air dalam pembaris tu adalah indicator keseimbangan. Guna pembaris ni senang sikit so tak payah nak ukur pembaris panjang dari lantai nak tengok lurus atau senget.

t03

9. Bila dah confirm lurus, amik kain buruk tadi dan letak atas bucu pertama. Amik tukul dan ketuk atas kain ni dengan tekanan dari sederhana ke kuat tapi jangan kuat sangat. Ulang step ni 4 kali pada semua bucu.

10. Lepas dah settle, tekan balik dengan tangan anda dan niat dalam hati “Aku arahkan kau tak jatuh dan melekat ke dinding sampai hari kiamat”.

11. Kemudian, repeat pada semua Frame balance sampai habis.

Tips lain-lain

1. Untuk nak make sure space antara Frame semua konsisten dan sama, guna balik pembaris keseimbangan dunia tu sebagai panduan jarak antara space. Rujuk gambar.

t04

2. Kadang-kadang walaupun pakai pembaris keseimbangan dunia, ada ketika dimana Frame yang dilekat tu terasa macam senget. So boleh gerakkan manual atau tolak manual dengan tangan sebab Tackit tu dia masih lembut. Dah confirm baru tukul bucu.

3. Bila nak menukul tu jangan kuat gila babeng. Nanti pecah Frame tu. So apply perfect pressure.

4. Jangan deploy semua sekaligus nak lekat Frame ni. Seeloknya, dah siap satu row, berenti jap isap rokok dan tengok dari jauh. Then baru sambung. Sebab dia kadang kita tak tau buatnya kita deploy semua tanpa tengok dari jauh sekali bila kita tengok dari jauh kita tak berkenan. Lega.

t05

5. Kalau nak cepat, pecah-pecahkan proses tu kepada 3 fasa. Pertama, fasa masukkan semua Bib dalam Frame. Kedua Fasa lap dan pembersihan sawang. Ketiga fasa melekat pada dinding. Buat macam ni lagi bagus dan efficient daripada buat satu-satu dari masukkan Bib sampai lekat ke dinding dan repeat sampai habis.

6. Cara susunan. Yang ni terpulang pada anda nak susun macam mana. Sama ada nak susun Bib mengikut :

  • dari race paling awal hingga ke race akhir / terkini
  • dari Bib race PB ke race bib PW ( tapi anda akan ada masalah nak tampal cabut sebab kalau buat PB baru nak kena rearrange balik )
  • dari Bib paling kacak ke Bib paling hodoh mengikut design
  • dari Bib oversea ke Bib lokal
  • takda susunan yang betul, ikut suka hati

Macam saya saya susun Bib oversea paling awal kemudian diikuti dengan Bib lokal dari race paling awal hingga race paling terkini.

Now, ini adalah hasilnya, so kalau anda nak cuba, boleh cuba dan good luck. Idea nak buat cenggini dari filem Twilight drakula tisu tu yang ada lagu 1000 years waiting for you. Dalam filem tu dia susun topi ijazah, bukan Bib la.

t06

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *