PTD – Post Travel Depression : Bagaimana nak stop PTD.

Dalam post lepas saya menulis tentang PTD. Sesuatu yang “wajib rasa” bagi yang “mengembara”. Now, semua masalah mesti kena potong segera supaya ia tidak tumbuh menjalar menjadi kanser dalam hidup, so now adalah cara-cara bagaimana nak hentikan semua nonsense PTD ini.

Melalui bacaan saya, berikut adalah teknik-tenik menghapuskan PTD dengan kadar segera.

1. Arkib
Arkib ni maksud dia segala memori, gambar, tulisan, lukisan apa bala semua tu yang berlaku hasil dari travel tu dinasihatkan diolah, dan direpurpose agar menjadi content baru dalam hidup seperti menulis catatan di dalam blog, atau IG, atau juga dibukukan, atau diframekan dan sebagainya. Semua ini kemudian menjadi bahan kongsi sama ada online, atau display di rumah atau sesuatu bahan untuk berborak dengan kawan atau jiran.

Kenapa ini membantu?

Bila kita kongsi benda yang menyeronokkan, makanya keseronokann itu akan berpindah kepada orang yang kita kongsi dan kemudian, ia akan berpindah semula kepada kita lalu kita pun seronok jugalah.

Paling tidak, pasti ada sesuatu yang bermanfaat untuk apa yang kita dah kongsi itu kepada orang lain atau orang lain pulak boleh kongsi pengalaman depa untuk kebaikan kita di masa depan pula.

So untuk saya, first saya ingat saya akan tulis (kalau rajin la kalau malas akan jadi macam kitabkeviktor dan siri bali) posting-posting tu di blog ini. Semoga kuasa dewa shrine di Jepun akan memberi darjah kerajinan tinggi kepada saya untuk ini dan agar ia dapat bertahan lama.

Kedua, segala postcard menatang kain bagai dari jepun akan saya tepek kat dinding rumah ni. Paling penting, pedang samurai yang saya baru beli akan saya gantung kat rumah ni dan lilit medal Tokyo Marathon pada pedang tersebut.

Lain-lain saya tak fikir lagi tapi mungkin isteri saya lagi sang kancil dalam bidang ini.

2. Adaptasi
Adaptasi culture-culture atau benda-benda yang disaksikan semasa travel itu berfaedah dan bermanfaat ke dalam hidup seharian.

Kenapa ini membantu?

Bila kita travel kita belajar benda baru. Benda baru ini kita rasa lebih bagus dan baik daripada benda yang biasa kita buat. So kita seronok, dan kita terpesona. So kekalkan momentum itu dengan mengadaptasi benda baru ini dalam hidup seharian kita.

Contohnya masa di Jepun, isteri saya dapati yang di dalam sinki rumah di jepun, depa ada letak kain net dalam lubang sinki tu so ini bertindak sebagai penapis pertama sebelum bahan-bahan kotor masuk kedalam penapis utama di bawah lubang sinki. Dalam erti kata lain, hayat untuk servis penapis utama bawah lubang sinki tu dipanjangkan sebab bahan buangan besar dah terperangkap awal-awal. Lagi satu, bila dah basuh pinggan bagai lagi senang nak handle process selepas tu. Angkat je net tu dan buang bahan asing terus dalam tong sampah.

$_1

3. Semakan Hidup
Ada cadangan untuk membuat semakan hidup atau reassess life. Saya ingat ini memang betul dan sesuai. Sebab dia period antara kita pergi travel dan nak sambung semula kehidupan normal ini adalah period dimana kita akan banyak berfikir panjang.

Seperti saya sendiri, balik Malaysia hari tu hari Rabu. Saya cuti Khamis dan Jumaat. Sabtu, ahad dan isnin baru masuk kerja. Apa yang saya buat adalah pertama saya update financial keluarga dan secara tak langsung saya ada buat modifikasi sikit dalam perbelanjaan keluarga agar di masa hadapan kami boleh travel lagi. Semangat untuk kumpul duit sangat tinggi lepas balik Jepun.

Kedua, masa saya pergi Jepun tu saya ada pergi satu tempat. Lepas balik dari tempat tu buat saya fikir panjang dengan apa yang saya sedang buat untuk hidup masa sekarang. So basically 4 hari di rumah lepas balik travel betul-betul buat saya deep dengan diri sendiri sebelum saya nak deep-deep dengan orang lain.

En. Remin juga membuat semakan hidup. Silap-silap En. Remin akan mengumumkan sesuatu yang baru selepas dia pulang dari Jepun 😀

4. Anjakan Paradigma
Biasa corak pemikiran kita macam level arnab. Mungkin balik dari travel ada baik juga upgrade RAM agar naik sikit level kucing. So bila kita travel tu kita tengok cara hidup orang. Kita tengok cara orang fikir. Kita tengok apa yang inspired hidup mereka sampai mereka jadi macam tu.

Jepun memang maju berbanding kita. Banyak yang saya belajar. Antaranya adalah bagaimana nak deal dengan gempa bumi. Makanya Jepun mempunyai tahap pre-amp bencana yang tinggi dalam hidup mereka. Dalam erti kata lain, security threshold depa tinggi.

Sebagai contoh, kebanyakkan bangunan di Jepun ada slider kat luar dimana kalau gempa bumi berlaku, depa boleh slide keluar dengan cepat. Kalau apartment tu, dekat balkoni ada lubang. Lubang ini berselang-selang dengan balkoni bawah. So kalau gempa bumi, since apartment tidak ada slider, so depa akan lompat masuk dalam lubang ni dan landing bawah balkoni jiran bawah. Kemudian depa akan lompat pulak dalam lubang di balkoni jiran itu untu ke balkoni bawah lagi dan seterusnya sampai ke tanah.

Memang negara kita tidak ada gempa bumi dan kalau kita start buat lubang dalam balkoni rumah kita orang akan kata gila. The point is, kita kena start tingkatkan security threshold dalam hidup kita. Misalnya sesampainya saya di KLIA minggu sudah, saya dapati di KLIA banyak line tutup dan banyak polis. Bila saya masuk kereta untuk pulang, adik saya kata yang silap hari bulan Malaysia nak berperang dengan Korea Utara. Saya katakan kepada dia patutlah security kat KLIA gila ketat.

Now, threshold security kita dirumah boleh ditingkatkan lebih dari biasa. Mungkin kalau rumah kita tak pernah nak ada First Aid Kit, so kita dah start pergi beli First Aid Kit. Itu yang paling basic. Kalau extreme lagi mungkin kita tebuk rumah kita untuk buat laluan tikus keluar rumah kalau ada emergency macam rumah samurai yang saya lawat di Kyoto.

5. Mula merancang next trip
Ini biasa orang buat. Balik je travel dah start nak rancang next travel. So sebagai marathoner, (chewah), balik je Tokyo Marathon saya tengah fikir apa next marathon yang saya nak pergi tahun depan. Ummmm… sorry saya tipu. Saya dah fikir next marathon saya masa saya amik racekit di Tokyo hari tu sebelum race bermula lagi sebenarnya.

IMG_2462
Bersama Conquer Running Team En. Remin dan Amrud semasa hari collect racekit.

SO itu semua yang saya baca dari internet dan tulis semula serta tokok tambah mana yang patut. Ini pula adalah cadangan saya sendiri bagaimana nak hadapi PTD.

1. Terima hakikat
Kita kena terima hakikat yang percutian kita telah tamat. Kita kena terima hakikat yang kita sekarang dah kembali ke Malaysia yang suam-suam ni dan kita kena terima hakikat, instead of bangun pagi dan bergembira nak keluar rumah pergi jalan, kita akan bangun pagi dan pergi kerja.

2. Bersyukur
Kita kena bersyukur yang dalam hidup ni tuhan bagi kita peluang untuk mengembara dan belajar banyak benda. Kita kena bersyukur sebab kita dapat travel jauh. Orang Rohingya pun dapat travel juga tapi depa travel ke Malaysia dalam keadaan sengsara dan serba kekurangan. Kita kena bersyukur sebab tak semua orang dapat peluang macam apa yang kita pernah dapat.

3. Sedar, Usaha, berdoa dan Have Faith
So untuk next trip, kita bukan sahaja dah kena start plan atau dah start berusaha dan berdoa agar ia makbul tapi apa yang paling penting atas semua adalah Have Faith.

Have Faith ini tak semua orang ada dalam diri sebab nak percaya pada benda yang tak nampak bukan senang. Kalau semua orang dalam dunia Have Faith, peperangan tidak akan berlaku. Peperangan dalam diri juga takkan sesekali terbit dari hati.

***
So PTD dah tamat. Sekarang back to normal. Menulis, Berlari dan hidup dengan orang tersayang.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *