PTD – Post Travel Depression

Sudah 11 hari saya balik dari Tokyo. Seperti percutian-larian yang lepas, kali ini saya mengalami hal yang sama. PTD. Atau panjangnya, Post Travel Depression.

Kali pertama saya kena PTD secara serius adalah lepas balik dari Australia untuk siri KitabkeViktor. Bila saya pelik dengan apa yang saya rasa selepas pulang, saya mencari jawapan dan ia membawa saya kepada PTD.
Screen Shot 2017-03-19 at 4.02.20 PM
Ayat lain yang lebih epik untuk menggambarkan PTD adalah begini. “Lebih sukar untuk pulang daripada pergi”.

Bacaan lanjut saya tentang PTD membuatkan saya merumus begini.

Apakah sebab seseorang itu terkena PTD?

1. Kesedihan 
Sama ada sedih kerana terpaksa berpisah dengan tempat yang dilawati, atau terpaksa berpisah dengan orang-orang yang dijumpai semasa travel itu, kalau dalam kes saya, saya rasa sedih kerana episod Jepun saya tidak berapa nak sempat untuk saya khatam tentang jepun secara culture dan behaviour. Benar, kedatangan saya ke Jepun buat pertama kali ini adalah ibarat cinta pandang pertama. Bukan kerana tempat itu, tetapi ada sesuatu yang belum dapat saya rumuskan secara elok kenapa Jepun, menangkap hati saya dengan begitu dalam sekali.

Apabila kita telah “connected” dengan sesuatu itu dan tiba-tiba “connection” itu telah putus, adakah ia sesuatu hal yang menggembirakan?

2. Nostalgia
Semua yang berlaku di Jepun memang menjadi memori dan antara kenangan yang terindah dalam hidup saya dan isteri. Jika kami sempat tua bangka bersama kelak, memori di Jepun ini pasti adalah antara yang paling banyak kami akan bercerita bersama, lebih-lebih lagi ia merupakan antara kemuncak career larian saya. Tokyo Marathon.

Pasti kita terfikir. Ada tak lagi rezeki di masa depan di mana kita boleh kembali lagi?

3. Balik Asal
Jika kita pergi mengembara atau paling tidak melancong, kita meninggalkan segala masalah hidup di belakang. Kita keluar dari rutin atau jadual kita yang sama dan explore untuk buat dan belajar benda-benda baru. Dan bila kita menjejak kaki ke airport untuk naik kapal terbang dan pulang ke tanah air, ia bagaikan kita melangkah keluar dari keadaan yang gembira ultra kepada keadaan normal yang sediakala. Siapa dalam dunia ni yang nak kerja macam orang gila?

Bangun pagi. Pergi kerja. Pergi meeting. Jumpa client. Client nak itu ini. Buat kerja bukan untuk kebaikan dunia pun tapi untuk memuaskan hati client yang syaitan. But at the end of the days, client who pays the cheque. Boleh la. Ada satu dua client yang malaikat tapi dalam kehidupan dunia hari ini, kebanyakkan malaikat dah pencen dan duduk di syurga.

Realitinya hidup kita memang tak seindah pergi travel. Unless kita decide, untuk jadi “pengembara” sepenuh masa.

4. Reverse Culture Shock
Biasanya bila kita keluar negara, kita akan culture shock kerana kita berinteraksi dengan hal-hal baru yang tidak pernah kita rasakan dalam hidup kita. Dan bila kita pulang, kita akan sekali lagi culture shock dalam bentuk yang bertentangan diamana kita akan berinteraksi semula dengan hal-hal yang sama yang kita sudah masak dalam hidup kita.

5. Kejutan Kewangan
Dan ini memang biasa. Bila kita pulang, kita sebenarnya pulang ke dalam realiti. Bila balik dari mengembara atau melancong, kita pasti akan dikejutkan dengan “financial shock”. Of course, bila kita keluar berjalan ke negara orang, kita akan banyak belanja. Sama ada kita belanja sebaik mungkin mengikut apa yang telah kita bajet, atau (biasanya) kita belanja lebih daripada yang kita jangka, kedua-dua hal ini memang telah banyak makan duit. Jumlah hari di Jepun adalah 14 hari. Semua hari-hari itu indah belaka. Perbelanjaan dia pun tak kurang indah juga.

Katakanlah satu hari RM1000, 14 hari dah RM14,000. Itu kalau sehari seribu. RM1000 di Jepun macam RM250 di Malaysia. Tu baru belanja keluar jalan dan makan. Tiket flight? Airbnb? Shopping?

Tetapi adatlah. PTD memang semua orang yang keluar negara akan kena. Unless dia keluar negara tu tak berapa nak enjoy dan bernasib malang. Dalam post seterusnya saya akan tulis bagaimana untuk menghadapi PTD agar hidup yang normal dan rutin, menjadi bahagia.

***

PTD juga buat saya blog-stuck. Saya tak boleh nak mula menulis. Entah kenapa, terkenang-kenang vacation ni bahaya juga rupanya. But anyway, travel 14 hari, la ni dah hari ke 11 lepas travel. Elok juga nak kena endkan PTD ni segera sebab tak sikit posting yang nak kena updat nih!

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *