Puasa hari Arafah

Saya sebenarnya di Kedah, balik kampung untuk raya haji. Berada di Kedah, untuk sambung training lari memang mencabar sebab cuaca kedah ni tersangatlah panas (bagi saya yang berasal dari Kuala Lipis yang banyak hutan dan sejuk). Waktu untuk training bagi saya sama ada awal subuh magghik atau lepas pukul 8 malam.

Semasa makan tengahhari tadi, saya tanya isteri saya. “Mama tak makan sekali ke?” Isteri saya kata tak. Sebab Mama (mak mertua saya) puasa sempena hari Arafah. Saya lalu menambah lagi lauk kari daging yang sedap tu ke nasi.

Isteri saya kemudian bertanya lagi.

“Ha ni kita nak tanya. Alang-alang. Kenapa sunat puasa hari Arafah ni ya? Apa signifikan dia? Yang buat haji dan duduk kat arafah tu orang lain yang tengah pergi mekah tu tapi kenapa kita yang tak pergi mekah ni sunat puasa? Apa kaitan dia? Plis jangan jawab dengan jawapan pahala berlipat ganda ganjaran bagai ye”

Bila isteri saya tanya bab agama ni saya mula nak escape. Yelah. Dulu sekolah agama saya cuma sampai darjah 3 sahaja. Namun agar kita ni nampak tak jahil sangat, kita mesti mau tau jawab dengan jawapan yang ada kebenarannya dan menampakkan agama yang kita anuti tu make sense sepanjang zaman. Barulah dinamakan suami yang mithali. Mendidik isteri ke jannah githcew. Jawapan semua ibadat dapat ganjaran pahala banyak ni dah standard cam tak yah jawap pun semua orang dah tau.

Sebelum jawab, sedikit info pasal Hari Arafah. (Ini bukan nak berdakwah ye, ni pengetahuan am sahaja). Pertama sekali, orang islam buat haji di Mekah. Orang bukan islam, ada juga buat haji namun bukan di Mekah. Sebagai contoh, zaman dulu ada orang buat Haji ke Mt. Kailash.

Jam : Suunto Kailash Pt 2 – Gunung Daik bercabang 3

Proses haji orang islam, ada 6 fasa. 6 Fasa ni kena buat. Kalau tak buat, Haji dikira tak valid. Daripada 6 fasa ni (atau rukun), 1 dinamakan wukuf. Wukuf adalah presence orang yang membuat haji di Padang Arafah. Matlamat dia adalah untuk retrospective / awareness balik diri masing-masing agar tidak lagi buat benda negatif dan  proceed dengan benda-benda positif dalam hidup.

So, semua orang yang buat haji, akan ke Padang Arafah dalam masa 2 hari ini. Ramai-ramai semua berkumpul disana dan buatlah apa yang patut untuk mencapai matlamat yang saya tulis tadi. Siapa yang pergi sana tidur, saya kira ada sedikit kerugian. Kalau ustadz kat sekolah dulu cerita, kat Padang Arafah ini adalah refleksi Padang Masyar masa akhirat esok. Ustadz cakapla. Basically kalau kita dah berada dalam kelompok yang orang ramai gila, mesti ada macam-macam pemandangan kita tengok. Dan dalam pemandangan tu, mesti ada yang mengingatkan kita tentang diri kita. Mestilah ada yang timbulkan kesyukuran pada kita. Mestilah ada yang ingatkan kita nasib baik aku tak macam ni.

Alah, macam kita masuk race. Ramai-ramai kumpul sebelum start lari. Mesti kita ada tengok runner lain kan? Kalau kita tengok runner yang nak rekod larian dia pakai telefon sedangkan kita pakai jam, mestilah kita cam bersyukur. Nasib baik aku ada jam larian. Kalau tak satu keja nak usung handphone. Bila tengok runner lain pakai kasut rega RM699 sedangkan kita pakai kasut RM399, mestilah kita cam ada motivation. Satu hari nanti, aku akan pakai kasut RM699 yang tapak dia lagi tebal dan mengurangkan daya hentakan dan sakit lutut aku ni kelak. Cenggitu la.

Hari Arafah adalah hari kedua musim haji, dan selepas hari Arafah, adalah Hari Raya Haji atau Aidiladha.

Itu adalah Arafah dan Keagamaan, ini pula, secara Geografi, dan Sejarah.

Padang Arafah adalah satu kawasan di Mekah. Di sini ada Mt. Arafah yang lokasi dia 21KM (Half Marathon) dari Kaabah atau Masjidil Haram. Point paling penting di Padang Arafah adalah Jabbal Rahmah atau Bukit Rahmat (dalam bahasa melayu).

Screen Shot 2017-08-31 at 6.22.22 PM

Dari segi sejarah, Jabbal Rahmah ini adalah meetup point bagi Adam dan Hawa setelah terpisah 40 tahun lepas drop out dari syurga. Hari ini, kalau anda ada peluang ke sana, anda akan dapati satu batu putih berbentuk tiang didirikan sebagai tanda peringatan. Batu ini bahagian bawah dia warna hitam. Dulu masa saya sampai sini isteri saya tanya saya, kenapa ada batu tiang tinggi kat sini?

images

Saya masa tu cam susah nak jawab sebab takkan saya nak bagitau yang orang Arab ni ada yang sinikal. Tapi saya bagitau isteri saya macam gini. Kalau kita 40 hari tak jumpa anda, then tiba-tiba kita jumpa anda, anda rasa apa aktiviti kita? Isteri saya cam.. emmmmm…. so apa kaitan dengan batu putih? Saya cakap, batu, tegak, batu…. u get what i mean? Isteri saya terus memukul saya. Sejujurnya saya tak tahu kenapa ada batu tegak disini kerana saya cuma sekolah agama sampai darjah 3, tapi yang saya tahu, masa saya pergi sini ada orang sembah batu putih ni dan saya hanya memerhati dari jauh. Patutlah ustadz kata haram bagi orang yang tidak berilmu datang ke Mekah. Dikhuatiri, salah sembah.

Satu lagi point penting sejarah adalah khutbah atau ceramah terakhir Prophet Muhammad, disampaikan di Jabal Rahmah. Seingat saya, tak lama lepas tu Prophet Muhammad pun meninggal dunia. Ayat Quran 5:3 juga turun pada ketika ini sebagai tanda completion knowledge agama islam itu sendiri.

Now, chapter terakhir tentang Arafah, sebelum saya tulis apa jawapan kepada persoalan isteri saya tadi. Arafah, maksud dia mengetahui atau mengenal. Arafah terbit dari perkataan Arif. Arif ni kira bijak la. Pandai. So hari Arafah, adalah Hari Arif. Hari mengenal. Hari mengetahui. Apa kaitan hari mengenal ini dengan Haji yang menjadi rukun islam terakhir atau sebagai completion of pillars, yang tu panjang gila kalau saya nak tulis. Tapi idea dia adalah, sepatutnya, bagi kita yang pilih untuk pursue spiritual kita melalui jalan islam, haji sepatutnya menjadi last stage untuk kita complete spiritual journey kita dan akhirnya kita “mengenal” tuhan yang sebenar tuhan, lepas kita tengok Ka’abah yang dibuat dari batu itu. Duduk di Arafah, memberi idea kepada kita, betapa kita ini kecil dan tidak ada apa-apa pun sebenarnya dalam dunia ini.

OK.  Dah panjang sangat pasal agama ni, ini bukan blog agama. Ini blog larian.

Berbalik pada persoalan isteri saya tadi.

Basically, yang disarankan puasa hari arafah ini adalah kita yang tak pergi haji. Manakala orang yang pergi haji dan duduk kat padang arafah, sebaliknya tidak disaran pun untuk berpuasa.

Saya cakap pada isteri saya begini. Ingat tak dulu kita ada cubaan nak masuk race Berlin tapi tak dapat? Ingat. Jawab isteri saya.

Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 1

Ingat tak sebabkan tak dapat masuk race tu, kita ada masuk virtual race Berlin dalam Strava tapi kita DNF tu? Ingat. Jawab isteri saya.

Race : BMW Berlin Marathon 43rd Pt 6 – DNF

OK. So basically puasa kat sini tu cam kita masuk virtual race la. Nak pergi race kat Berlin tak dapat. Tapi nak dapatkan feel jugak macam mana race kat sana, nak bagi mental prepare, nak feel good bagai. Walaupun aku tak dapat pegi race yang sebenar kat German, at least aku masuk jugak virtual race yang sama, walaupun aku lari kat Malaysia je.

***

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha buat semua umat islam yang menyambut Raya Haji ini. Bagi saya, Raya adalah kemenangan manakala Haji adalah Completion. So menang + complete, erti dia sepatutnya sangat mendalam buat kita semua.

Level dia cam podium la agakanya. Dah la habis race, menang pulak tu.

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *