Race : 100 Plus Outrunner 2016

Asalnya dan sepatutnya larian ini menjadi larian support untuk Internship Running Programme Cycle 2, dimana, tenaga satu ofis akan dikerahkan untuk bersatu padu lari bersama. MALANGNYA lambat register, hanya sempat register untuk 4 orang sahaja dari 8 orang di ofis itu. Mujur juga, 2 orang student internship ini sempat diregisterkan. Selebihnya adalah saya dan Cik Alya, designer saya.

Lalu, saya memberikan bib saya kepada admin saya Cik Amalina Admin dengan harapan agar tersemai juga semangat larian dihati beliau.

SO.

Malam itu saya pergi Precint 2 Putrajaya. 4 runners female ini semua bersiap bersemangat berkobar. Saya sempat juga berstrecthing bersama walaupun saya tak lari. Bila race start, saya lepak dengan Wolverine, BF Cik Alya dan kami pegi makan Black Pepper Stick sementara menunggu depa balik.

Processed with VSCO with f2 preset

Dari kiri Cik Han, Cik Yam, penulis, Cik Amalina Admin dan Cik Alya 

Dalam 1 jam lebih, salah seorang dari runner ofis saya iaitu Cik Amalina Admin dah pun sampai balik, diikuti dengan Cik Alya (GF Wolverine) dan last sekali 2 orang student internship Cik Yam dan Cik Han.

Nyata antara mereka semua saya dapati ada yang matanya bercahaya untuk lari lagi dan tidak kurang juga ada yang pada matanya terus sahaja berkata “Ini yang pertama dan ini adalah yang terakhir”

***

Di dalam hidup ini, sebagai orang yang semakin tua, saya rasa fungsi saya di dalam dunia adalah untuk menjadikan ia satu tempat yang lebih baik. Fungsi saya, sebagai seorang bapa pula, adalah untuk menjadikan dunia satu tempat yang baik untuk kehidupan, bukan hanya untuk anak saya malah untuk anak-anak orang lain juga.

Menjadikan dunia tempat yang lebih baik, adalah mengikut kapasiti dan kebolehan seseorang individu tersebut. Itu bermakna, usaha seseorang dengan seseorang yang lain, adalah berbeza, walaupun niatnya sama. Dan untuk usaha seseorang itu “termanifest” dengan baik, seseorang itu perlukan “platform”.

Paling asas, “platform” yang dipilih oleh seseorang itu, biasanya adalah apa yang paling dia minat dan paling menjadi “passion” untuknya seumur hidup. Sekiranya seseorang itu, memilih “platform” yang salah, boleh jadi ia seperti menanam benih di dalam habuk simen.

Memilih “platform” yang sesuai boleh jadi satu dilema dan boleh jadi untuk mencari “platform” ini, seseorang boleh tersilap sebelum menjumpai “platform” yang benar.

Saat ini, saya sangat menggalakan sesiapa sahaja untuk “lari”. Kerana, pada kepercayaan saya, apabila seseorang itu “lari”, atau menjadi pelari, sedikit sebanyak selain daripada belajar tentang satu persekitaran yang baru, dia, sedikit sebanyak akan belajar mengenal akan tentang dirinya. Dia, didalam segala kepayahan dan kesakitan, akan membuka satu pintu baru di dalam hatinya untuk terus mencari, mengenal, bagaimana untuk terus mara ke hadapan.

Untuk dunia ini lebih baik, ia harus didiami oleh manusia-manusia yang baik. Dan manusia-manusia baik ini harus lebih ramai lagi berbanding dengan manusia yang bukanlah saya kata tidak baik, tetapi sebaliknya manusia-manusia yang menolak kebaikan.

Saya sekadar boleh berkongsi apa yang saya tahu. Sebaiknya, selepas seseorang mengalami dan berpengalaman “larian”, saya harapkan mereka menemui platform mereka tersendiri lalu menjadikan ia sebuah kisah hidup terbaik untuk mereka terus perjuangkan sendiri.

10K adalah satu laluan yang sangat panjang bagi yang tidak pernah lari seumur hidup. Saya harap dalam sela masa 1 jam lebih itu, ada satu saat dimana ada spark yang berjaya menjadikan mereka lebih baik dari mereka yang sebelum mula melangkah di starting line malam itu.

P/S Siapa yang berjaya malam itu akan mendapat 100 plus markah 😀

Processed with VSCO with f2 preset

Kongsi di :