Race: 15K Lipis Hill Challenge Pt 1 – Tersign Up

Ada satu race yang tahun ini saya tak plan nak pergi. Tapi bila saya tengok medal dia ada macam connection dengan saya, saya terus sign up tanpa berfikir panjang. Race ini dah pun lepas last week, dan ini adalah catatan tentang race tersebut.

Prolog

Arwah Aki saya adalah seorang polis. Semasa menganggotai polis, Arwah Aki saya menetap di Pekan bersama keluarga. Bila pencen, Arwah Aki beli tanah di Kuala Lipis dan buat rumah. Arwah Aki kemudian membawa teksi untuk mengisi masa lapang sebelum dipanggil illahi akibat barah otak. Kalau zaman sekarang, Arwah Aki adalah pemandu Grab atau Uber. Seingat saya, tangan saya pernah luka masa kecik dulu sebab saya cuba tangkap pusingan kipas size kecil di dalam teksi beliau. Kereta zaman itu, tidak ada air cond.

Saya lahir di Kuala Lipis. Walaupun tidak duduk dan membesar lama di Kuala Lipis, namun, ada period dalam hidup saya dimana keluarga saya menetap di sana. Ketika ayah saya mengambil keputusan untuk melanjutkan pelajaran di Indonesia, kami adik beradik dan mak pindah duduk balik kampung. 4 tahun kami di sana. Waktu itu saya baru masuk darjah enam. Berbanding dengan adik saya, saya tinggal di Kuala Lipis tak lama sebab bila naik tingkatan 1, saya masuk sekolah asrama di Pekan. Ketika saya tingkatan 3, ayah saya pulang dengan kejayaan dan kami pindah semula ke rumah lama kami di Johor Bahru.

Sekarang rumah di Kuala Lipis telah ditinggalkan. Bila ayah dan mak saya pencen, ayah saya mengambil keputusan untuk beli rumah di Raub. Sekarang, bila balik kampung, saya balik Raub, instead of Kuala Lipis.

#misibanjiro

Hakikatnya, walaupun lahir di Kuala Lipis, namun untuk mengatakan saya deep dengan Kuala Lipis, tidaklah deep mana berbanding saya deep dengan Pekan. Namun ada moment lain di Kuala Lipis yang menyebabkan saya merasa ada connection walaupun samar-samar.

07. ground zero : Kuala Lipis #misibanjiro

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Pada hujung tahun 2014 misalnya, saya dan kawan saya Ikhwan Fadzli telah membuat misi menghantar bantuan untuk mangsa banjir di sana. Oleh kerana di bandar Kuala Lipis telah banyak bantuan dihantar, kami mengambil keputusan untuk masuk lagi dalam menghantar makanan ke daerah yang bantuan tidak sampai. Waktu itu saya baru beli Ford Ranger yang saya namakan #matfordy.  Memandu masuk ke kawasan banjir, sangat mengujakan rupanya. Kami siap bawak khemah untuk tidur di waktu malam. Banyak pengalaman baru saya belajar ketika itu. Antaranya adalah mempercayai naluri hati apabila berdepan dengan bahaya yang tidak nampak. Saya bersyukur kerana tidak meredah air banjir di waktu malam dan decide untuk datang semula esoknya. Rupanya kalau kami redah juga, kami meredah masuk ke dalam sungai dan pasti bakal terjadi satu tragedi tambahan malam itu.

Saya namakan misi ini #misibanjiro (rujuk catatan di instagram). Bantuan ke Kuala Lipis adalah kali kedua selepas kali pertama #misibanjiro ke Kuantan dan Pekan tahun sebelumnya.

Batu 0

Kuala Lipis terkenal dengan Batu Jalan 0. Batu ini adalah batu yang pertama di dalam Malaysia, dimana, semua kiraan batu bermula dari sini. Masih menjadi misteri kepada saya, kenapa “jalan” bermula dari Kuala Lipis. Kenapa “jalan” tidak dari hujung Malaysia sama ada di Perlis atau di Johor sebelah Singapura.

77. Ground Zero #misibanjiro 2014

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Jika anda ke Kuala Lipis, jangan lupa singgah Batu ini. Kalau tidak tahu dimana, kawasan batu ini adalah bersebelahan dengan Post Office.

Mula

Apabila saya sedang browse acara-acara larian beberapa minggu lepas, saya mendapati ada race Lipis Hill Challenge. Apabila saya lihat gambar medalnya, terus sahaja saya sign up, tanpa berfikir panjang lagi.

Orang menandakan batu sebagai mula sesuatu jalan. Dan Kuala Lipis, adalah segala permulaan, bagi saya.

Dari kosong kepada ada. Dan daripada ada, kembali 0.

Screen Shot 2017-10-06 at 8.41.58 PM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *