Race: 15K Lipis Hill Challenge Pt 2 – Menjelang hari race

Minggu sebelum balik Raub untuk race Lipis, ayah dan mak saya ada di rumah saya. Seperti biasa, bila mereka ada dirumah, adik beradik saya yang lain akan turut berkumpul di rumah saya. Isteri saya akan memasak dan kami akan makan bersama. Dan macam biasa, kami akan bersembang di meja makan sambil mengutuk sesama sendiri sampai pagi.

Tetapi baru-baru ini waktu mengutuk adik beradik terpaksa dipendekkan. Mak saya bagitau yang ayah saya nak buat meeting keluarga. Kali terakhir kami meeting keluarga adalah untuk majlis perkahwinan adik saya. So bila tiba-tiba ada meeting keluarga secara tiba-tiba, pelbagai speko keluar sebab tak aleh-aleh ada meeting. Apa pulak isu yang nak dibincangkan? Biasa sebelum meeting keluarga dah dapat hint. Tapi kali ni haram takde petunjuk langsung.

Bila semua dah berkumpul dengan perut yang kenyang, ayah saya memulakan meeting. Dengan muka yang serius, dia memulakan bicara. Rupanya dia nak bertanya bila waktu semua orang free sebab nak buat akikah untuk anak adik saya – Eva Leisha (anak Oppajelly dan Faezah, bekas setiausaha sulit saya) yang baru lahir 3 bulan lepas.

So ini yang kelakar.

Bila ayah saya tanya minggu sekian-sekian free tak, bila check, tarikh tu saya ada race. Bila check tarikh lain, dia pulak ada tournament golf. Bila check tarikh lain lagi, saya ada race. Bila check tarikh lain pulak, dia pulak ada tournament golf. Hal ini berulang-ulang sampai 3 – 4 kali. Adik beradik saya sampai satu tahap fedup dan mencadangkan tak payah buat majlis akikah kalau macam gini gayanya.

Saya lalu mencelah, “Apa nak buat. Anak beranak sportman”. Ayah saya cuma tersenyum.

Akhirnya bila dah buntu sangat tidak ada tarikh yang sesuai, saya mencadangkan agar majlis akikah itu dibuat hujung minggu ini juga (minggu lepas). Walaupun saya ada race, tapi race lipis tu hari ahad. So hari sabtu boleh buat akikah.

Akhirnya semua orang bersetuju dan memberi komitment. Oleh kerana anda Oppajelly yang nak akikah, so Oppajelly kena balik hari khamis dan uruskan pengambilan daging kambing dari temerloh oleh bapak mertua adik perempuan saya Yana.

Screen Shot 2017-10-07 at 1.02.14 AM

Bila meeting dah tamat, saya baru perasan. Hari Sabtu tu nak amik racekit. Lipis Hill Challenge tak ada delivery. Raub ke Kuala Lipis paling cepat driving adalah 45 minit. So kalau pagi tu saya pergi Kuala Lipis, mau menyirap adik beradik saya yang lain sebab saya skip kerja buruh kasar nak prepare rumah untuk majlis. Akikah dijangkakan pukul 1030 pagi bermula. Paling lega saya la. Dah la bakal ponteng, hari Ahad nak drive lagi sekali ke Lipis. Itu belum hari jumaat nak drive balik raub dan hari ahad petang nak kena drive balik semula ke KL sebab pagi isnin ada meeting.

Dianggarkan jumlah KM perjalanan adalah hampir 470 KM untuk hujung minggu in sahaja. Kinrara – Raub – Kuala Lipis – Raub – Kuala Lipis – Raub – Kinrara. Tua dalam kereta gini.

Terbaik.

Terbaik dari ladang.

200px-Botón_Me_gusta.svg

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *