Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 1 – Registration

Last week rasanya saya dah sign up race ni. Kiranya tahun ni saya cuma tinggal lagi 2 race. First bulan 11 Larian birthday Sultan Nazrin, dan kedua race ini bulan 12.

Race ni adalah pada 17 Disember 2016. Lokasi adalah di Putrajaya. To be more specific, di Kompleks Sukan Air Precint 6. Dulu macam pernah pergi sini Race Natura rasanya. Anyway, race adalah malam hari start pukul 8 malam.

Tiket untuk race ni agak laham sikit iaitu RM105. Tapi untuk HM, apa yang dapat adalah :

2XU High Fil Running Singlet (Worth RM169)
2XU High Fil Finisher Tee (Worth RM229)
Exclusive Finisher Medal

First time saya ukur badan untuk pilih size t-shirt sebab harga t-shirt dua-dua tu dah hampir RM400. Terima kasih kepada orang rumah saya yang tolong ukur sebab kalau saya nak ukur sendiri saya tak sure nak ukur kat mana.

homepage_slideshow

OK. Matlamat race ini adalah untuk saya dapatkan SUB2 yang dah 3 kali saya cuba namun gagal.  Kalau ikut matematik larian saya, ada lagi 12 minggu 5 hari.

So esok saya akan mula merangka training plan baru untuk SUB 2 ini, dimana semua plan SUB 2 yang saya buat sebelum ni agak tak berapa nak memberangsangkan. Harap cubaan kali keempat ini berjaya so saya melangkah 2017 dengan senyum lebih sikit.

Dan satu lagi, sebab saya masuk race ini adalah sebab saya dah lama tak pakai seluar burung saya tu so kali ni saya kena pakai la sebab race seluar burung.

Kajian : Seluar Burung Pt 2 – 2XU Compression Tight

Oh ya.. saya lupa. Saya ada stokin burung jugak rupanya tak pernah pakai. Beli sesaja. Nasib baik orang rumah saya ingatkan. Hmmm…. baru dapat idea.

Race Seluar Burung
Stokin Burung
Semangat Burung
Burung buat SUB2
Burung-burung….

Ya…… saya akan mendalami ilmu burung jugak untuk race ni sebagai salah satu faktor SUB2.

https://www.2xucompressionrun.my


Langkah seterusnya

Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 1 – Registration
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 2 – Burung apa yang paling laju dalam dunia?
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 3 – Aku Adalah Aku
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 4 – Tanya sama itu hud hud
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 5 – Kiraan Tajul Muluk
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 6 – Burung dan Tajul Olok
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 7 – Teori Takat Sayur

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *