Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 3 – Aku Adalah Aku

Pagi ini saya bangun dah pagi. Ini satu kejayaan yang jarang-jarang berlaku dalam hidup saya. Saya memang mengaku, saya liat nak bangun pagi. Tetapi apabila akhir-akhir ini, kehidupan ofis saya dah mula nak sibuk, ia menyebabkan saya kadangkala terpaksa stayback di ofis sampai pukul 8 malam. Di mana, ia akan menyebabkan saya terpaksa lari pada malam hari, dan di mana, ia telah mengambil masa kualiti saya dengan isteri dan anak saya.

Saya tidak mahu tiba-tiba di masa hadapan saya menjadi menyesal, apabila sedar-sedar, anak saya dah pun besar.

So saya berfikir panjang. Saya harus mengubah keadaan. Lantaran itu, saya mesti jadualkan latihan larian saya pada waktu pagi. Ini kerana, waktu pagi, anak dan isteri saya masih tidur. Maka, keluar lari, tidak menjadi “kesalahan kekeluargaan” sangat.

Dan saya telah berjaya buat larian pagi saya pertama pada hari Sabtu lepas. Saya keluar rumah jam 6:30 dan mula lari sejauh 12 KM.

Lari di waktu subuh ini kereta pun kurang. Asap tidak ada. Suasana seperti “pending”. Tetapi ini mungkin sebab hari Sabtu. Hari lain, mesti sibuk sebab orang hantar anak ke sekolah.

screen-shot-2016-09-19-at-11-57-07-am

OK. Itu mukadimah. Sekarang kepada posting ini.

Apabila semalam, saya mendapat ilham, tentang larian seluar burung, yang membawa kepada burung-burung, barulah saya terperasan. Dan teringat semula.

Sewaktu balik ke Raub untuk Aidiladha tempoh minggu, saya telah keluar dating bersama isteri saya dan kami ronda bandar Raub. Kami tinggalkan El Lukh dengan aki dia, sebab dah lama aboh ngan ibu dia tak keluar dating berdua.

Ketika pusing – pusing itu saya ternampak macam ada banyak booth jualan di padang depan masjid. Kami berhenti dan tinjau apa yang ada.

Ada orang jual kuih muih. Ada orang jual kasut. Jual baju. Dan ada satu booth, jual buku dengan harga seringgit.

Processed with VSCO with f2 preset

Kalaulah kau tahu yang buku yang kau jual itu nilainya bukan RM1…..

Saya dan isteri memang pantang kalau jumpa kedai atau booth yang berunsurkan buku. Lalu, kami singgah.

Sejurus saya sampai, saya berkata di dalam hati.

“Kalau kau suruh aku datang sini hari ini, kau tunjukkan kepada aku, buku apa yang aku kena beli”

Seketika, saya ternampak, buku ini.

Processed with VSCO with f2 preset

Kau memang juara JOHAN

Buku ini adalah tulisan-tulisan pendek tentang “Aku adalah Aku”. Saya beli dengan harga RM1. Di dalamnya, kata-kata disulam dengan gambar-gambar burung. Ada macam-macam burung. Dalam setengah jam, saya sudah habis baca buku ini.

Ketika saya habis baca buku itu, saya tidak tahu apa kaitan buku burung ini dengan saya walaupun saya tahu kaitannya yang lain adalah tentang “Aku”.

***

Dunia ini berjalan dengan penuh tanda tanya dan penuh misteri. Rupanya buku yang penuh dengan pelbagai gambar burung ini adalah salah satu elemen racepisod untuk saya SUB 2 dalam race seluar burung bulan Disember ini.

Kita tidak tahu kenapa sesuatu itu terjadi dalam hidup kita. Kita cuma tahu pada kemudian hari, setelah melihat titik-titik itu tersambung.

unnamed-2


Langkah seterusnya

Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 1 – Registration
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 2 – Burung apa yang paling laju dalam dunia?
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 3 – Aku Adalah Aku
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 4 – Tanya sama itu hud hud
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 5 – Kiraan Tajul Muluk
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 6 – Burung dan Tajul Olok
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 7 – Teori Takat Sayur

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *