Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 4 – Tanya sama itu hud hud

Ada satu lagu tu. Lagu M.Nasir. Kejap saya cuba ingat. Saya nak buka spotify dan cari. OK. Dah dapat. Tanya sama itu hud hud.

screen-shot-2016-09-19-at-12-20-52-pm

Lagu ini menceritakan tentang burung hud hud yang hendak disembelih, tapi dalam keadaan last minit meminta tuannya agar rilek dulu sebab dia ada info baik punya untuk dikongsi bersama. Hakikatnya, lagu ini adalah berdasarkan cerita Sulaiman dan Balqis.

Melalui cerita Sulaiman dan Balqis, Hud hud ini sebenarnya sudah terbang jauh dengan misi mencari air. Instead of jumpa air, dia jumpa awek cun iaitu Balqis, dari kerajaan air / maritim. Lalu apabila roll call burung-burung, Hud hud ini sampai last sekali sebab dia travel jauh. Dan apabila dia share info pasal awek ni dengan Sulaiman, Sulaiman rasa something dan ada connection lalu mengarah agar proceed investigation dan sebagainya. Dipendekkan cerita, Balqis datang mengadap Sulaiman dan akhirnya mereka bercinta.

Sebaliknya di dalam lagu Hud hud, info yang hendak dishare itu bukanlah tentang awek cun Balqis. Info yang Hud hud nak bagitau adalah : dalam berjuta orang mencari tuhan, hanya sedikit yang menjumpai tuhan yang sebenar. Yang menjumpai ini berjaya kerana berpegang pada yang sejati. Yang sejati ini yang ramai tidak tahu.

Kesejatian sesuatu, bukan kerana ia telah mempunyai label atau branding, tapi adalah apabila ia sesuatu essence yang paling asli, yang boleh berada di mana-mana, hatta dalam apa jua label atau branding sekalipun. Nama pun sejati. Asli. Maka kalau asli, itu yang asal. Bila ada yang asal, mesti ada yang lahir dari yang asal itu. Yang baru. Dan yang baru ini, macam – macam.

***

Untuk race seluar burung nanti saya akan masukkan lagu ini dalam playlist spotify saya. Saya harap saat akhir struggle nak sampai finishing line itu lagu ini akan “menerbangkan” saya lebih pantas dan lebih cepat.

Hud Hud atau Peregrine Falcon, keduanya ada essence sejati itu. Bezanya mereka cuma ada naluri dan kurang akal untuk mengetahui dan menanggung rahsia tentang yang “Sejati” itu tadi.

SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2SUB2!!!!!!!!


Langkah seterusnya

Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 1 – Registration
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 2 – Burung apa yang paling laju dalam dunia?
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 3 – Aku Adalah Aku
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 4 – Tanya sama itu hud hud
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 5 – Kiraan Tajul Muluk
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 6 – Burung dan Tajul Olok
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 7 – Teori Takat Sayur

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *