Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 5 – Kiraan Tajul Muluk

Sabtu lepas dah pergi amik Racekit. Sedar tak sedar race adalah hujung minggu ini. Harapan nak dapat SUB 2, hancur berkecai sebab tak training apa pun. Andai manusia boleh kembali ke zaman dahulu………

Apa nak buat. Manusia hanya mampu merancang dan melakar impian. Namun akhirnya ketentuan adalah bukan milik kita.

OK. Oleh kerana tak training haram apa pun untuk race ini, so saya nak buat kiraan Tajul Muluk. Hari tu dah kira untuk LHKSNS. Ini untuk race seluar burung pula. Tengok dulu rumus dia.

1. Timing terakhir lari – Timing PB = X
2. Cerakinkan tarikh event =  Y
3. X-Y  = Z
4. Z + event yang keberapa saya masuk = K

So, Timing terakhir lari – K = Timing ramalan catatan race akan datang.

OK. Now, last saya lari adalah SCKLM dan masalahnya pulak SCKLM itu PB. So kiraan dia :

1. Timing terakhir lari – Timing PB = SCKLM – SCKLM = 02:15:26 – 02:15:26 = 0 = X
2. Cerakinkan tarikh event = 17.12.2016 = 1+7+1+2+2+0+1+ 6 = 2 = Y
3. X-Y = 0 – 2 = -2 = Z
4. Z + event yang keberapa saya masuk = -2 + 1 = -1 = K

So, Timing terakhir lari – K = Timing ramalan catatan race ini

= 02:15:26 – (-1 )
= 02:16:26

//

Aishhh. Rasa macam tak logik je. Lama berehat takkan laju macam tu. Takkan tak training lari lebih kurang sama nak PB. Ada masalah sikit ni sebabnya Timing terakhir lari dengan Timing PB tu sama, dua dua race SCKLM. Saya ingat saya try amik timing last 21K saya sebelum SCKLM iaitu Great Ocean punya timing. Kira balik.

1. Timing terakhir lari – Timing PB = Great Ocean – SCKLM =  02:42:28 – 02:15:26 = 0:27:02 = X
2. Cerakinkan tarikh event = 17.12.2016 = 1+7+1+2+2+0+1+ 6 = 2 = Y
3. X-Y = 0:27:02 – 2 = 0:25:02 = Z
4. Z + event yang keberapa saya masuk = 0:25:02 + 1 = 0:26:02 = K

So, Timing terakhir lari – K = Timing ramalan catatan race ini

= 02:42:28 – 0:26:02
02:16:26

Demmit. 2 kali kira pun sama juga. Haishhh….. dah tukar value variable dia bagi result yang sama? Biar betik. Takpelah. Kalau ini ketentuan dan ini rumus Tajul Muluk dia, kita tengok nanti. Betul ke tidak sama ada rumus Tajul Muluk ini boleh pakai atau sekadar penyedap hati.

BTW, lepas saya cerita pasal kiraan ini pada isteri saya, dia suh masukkan kiraan nombor BIB pulak kepada kiraan ini. Yang itu nantilah lepas race saya buat.


Langkah seterusnya

Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 1 – Registration
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 2 – Burung apa yang paling laju dalam dunia?
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 3 – Aku Adalah Aku
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 4 – Tanya sama itu hud hud
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 5 – Kiraan Tajul Muluk
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 6 – Burung dan Tajul Olok
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 7 – Teori Takat Sayur

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *