Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 6 – Burung dan Tajul Olok

BAB 1 – Tentang Burung

Untuk seekor burung, boleh terbang, pasti, ia memerlukan sayap kiri dan sayap kanan. Tidak pernah lagi saya melihat burung terbang hanya menggunakan sebelah sayap sahaja atau pun terbang tanpa menggunakan sayap langsung. Kalau ada, ia bukan terbang. Tetapi mungkin dibaling dari bangunan yang tinggi, atau burung itu naik kapal terbang.

Untuk seekor burung, boleh terbang tinggi dan laju, pasti, ia memerlukan sayap kiri dan sayap kanan yang sihat dan kuat. Kalau sayapnya pendek, pasti ia tidak boleh terbang tinggi dan laju berbanding burung yang sayapnya panjang. Antara fakta burung, burung yang kepaknya panjang kebiasaannya adalah burung yang jenis migrate atau long distance punya burung, berbanding burung yang sayap pendek, adalah burung lokal.

Itu belum lagi cerita dari segi jenis bulu burung seperti, bulu burung hantu yang sangat lembut membantu burung hantu untuk terbang secara senyap atau stealth pada malam hari.

Bermacam jenis burung di dunia ini, setiap burung ada kerja masing-masing dan ada sebab kenapa sesetengah burung sayap atau kepaknya panjang, dan ada yang pendek. Kalau semua burung di dunia ini sama, susah juga menjadi manusia. Zaman dulu macam mana nak hantar surat kalau semua burung macam penguin.

BAB 2 – Tentang Tajul Muluk

Last last week, saya sudah menghabiskan race terakhir saya untuk tahun ini. Instead of berangan nak buat PB lagi, saya terbuat PW. Kalau PB adalah singkatan bagi Personal Best, maka PW adalah Personal Worst.

Seingat saya, last last week merupakan race 21K saya yang paling sayur. Saya kira, banyak faktor drama telah berlaku. Mungkin salah satu daripadanya adalah sebab minggu lepas saya baru balik Cameron Highlands dan makan banyak sangat sayur.

Bukan itu sahaja, (awas mula nak bagi alasan), disebabkan saya lari 10K di kawasan Cameron Highlands yang sejuk juga, telah menyebabkan saya demam dan batuk-batuk. Lalu ini membawa kepada ketidak-traning-ngan saya selama seminggu, yang juga menjadi antara faktor race semalam sayur kuasa dua.

Route : Tanah Rata – Brinchang, dan pulang

Tetapi bila saya fikir-fikirkan balik, selain dari faktor pemakanan tidak lengkap + faktor kesihatan fizikal, ada lagi satu faktor penting yang menjurus kesayuran kuasa dua, menjadi kesayuran kuasa tiga. Faktor ketiga ini saya namakan, faktor nombor bib suwey.

Ntah kenapa nombor bib saya kali ini saya ada merasakan ke-suweyannya. Bila collect racekit hari tu dah dan bila saya tengok nombor bib saya, saya berkata dalam hati…. “Alamak”.

Untuk rekod, nombor bib saya adalah 11387.

Kenapa saya kata ia suwey? Well. Itu sangat personal. Setiap orang ada nombor “ong” dia dan setiap orang ada nombor “suwey” dia. Contohnya begini. Ayah angkat saya ada bagitau. Kalau nak present atau pitch job, kalau kita boleh setkan hari, set ikut hari lahir kita. Contohnya kalau kita lahir hari khamis, so kita present hari khamis. Kalau kita lahir hari khamis tu petang, so kalau boleh present waktu pagi.

Saya tanya dia kenapa boleh jadi macam tu. Dia kata sebab hari itu adalah hari kita lahir kedunia. Hari kita lahir ke dunia ni macam special sikit la sebab hari tu kita diwujudkan dibumi. Sebelum tu kita tak officially wujud lagi.

Satu lagi yang ayah angkat saya bagitau adalah, untuk dapatkan nombor kita, campur semua tarikh lahir kita dan finalizekan hingga ke satu angka. Contohnya tarikh lahir saya 29.11.1979, maka,

= 2 + 9 + 1 + 1 + 1 + 9 + 7 + 9
= 11 + 2 + 10 + 16
= 2 + 2 + 1 + 7
= 4 + 8
= 12
= 1 + 2
= 3

Saya tanya kalau begitu boleh la saya beli nombor ekor dengan nombor 3 ni tapi jawapan ayah angkat saya, ia bukan macam tu. Dia lebih kepada sama ada serasi atau tidak. Misalnya nombor rumah saya sekarang adalah No 39. So 3 + 9 = 12 = 3.

Contoh lain, 2 kereta saya plate dia 219, so 2 + 1 + 9 = 3 + 9 = 12 = 3.

Saya ada tanya juga maka adakalah kalau nombor kita 3 maknanya kita kena kahwin dengan orang yang nombor dia 3 juga. Ayah saya kata kalau macam tu susahlah ko nak cari bini. Takkan setiap kali nak mengorat nak kena tanya tarikh lahir. Saya kata betul juga.

Dan, nombor tarikh lahir ini menentukan sama ada kita air, api, angin, tanah atau besi. Macam saya api. Yang itu tajul muluk 2.0 lain cerita.

Saya tanya ayah angkat saya, bukankah percaya pada nombor ini macam syirik ke apa ke. Dia jawab ringkas sahaja. Pertama, orang zaman dulu dah lama pakai ilmu numerikal ini. In fact, dalam agama pun ada implementasi dia misalnya nak tentukan hari raya. Sama ada tengok anak bulan, atau guna kiraan. Dan kalau kiraan itu, tak ke melibatkan nombor?

Kedua, semua ilmu pun ilmu dari tuhan. Atas manusia nak guna untuk kebaikan atau kejahatan. Ilmu potong sayur kalau salah guna dia jadi ilmu potong tangan orang.

So, dalam larian, saya melihat faktor nombor juga mainkan peranan. Lalu ini membuatkan saya terfikir sesuatu.

BAB 3 – Dimana letak kekuatan?

Umum mengetahui untuk lari kita perlukan dua kekuatan iaitu kekuatan fizikal, dan kekuatan spiritual. Kekuatan fizikal adalah body kita. Kaki kita. Pinggang kita. Tenaga kita. Apa kita makan, senaman apa kita selalu buat. Training kita macam mana. Semuanya yang zahir. Ini adalah kekuatan yang kita boleh ukur. Kita boleh semak. Cukup ke tak cukup. Lebih ke kurang. Threshold dia adalah sesuatu yang quantitative.

Manakala kekuatan spiritual pula, adalah kekuatan yang tidak boleh dikira. Sejauh mana will power kita. Sanggupkah kita? Beranikah kita? Adakah kita seorang yang risk taker atau seorang yang tak berapa nak risk taker yang hanya duduk dirumah main anak patung. Adakah kita mengembara keluar ke dunia melalui diri kita atau hanya sekadar mengembara didalam minda dari atas katil.

Kekuatan spiritual ini ada faktor dia. Ada yang trigger. Misalnya dalam kes saya ini, faktor atau catalyst dia adalah nombor bib yang suwey. Sudahlah kekuatan fizikal tak cukup, demoralised oleh nombor bib yang tak berapa nak ada seri.

Maksud saya begini. Kekuatan fizikal adalah kekuatan yang dibina mengikut proses. Ada step by step. Contohnya, seminggu nak race, awal minggu tiap-tiap hari dah start minum iso. Kalau cuma nak bergantung pada iso hari race, alamat dia mesti lagi senang kena cramp.

Manakala kekuatan spiritual pula adalah kekuatan yang tanpa proses. Unlimited threshold. Boleh jadi tiba-tiba power gila sebab mungkin tengah lari nampak awek cun dan nak kejar. Boleh jadi terus mandom bila baru nak lari, nampak runner mat salleh kaki panjang muka strava athlete terus jadi takut, panic attack dan lemah semangat.

Dan kalau kita faham kedua-dua kekuatan ini kat mana kita nak tweak dan manipulate supaya menjadi runner yang baik, saya kira satu hari nanti 100K is the new 42K. Tengoklah kalau tak caya. Pengetahuan manusia secara kelompok dan berkumpulan, akhirnya akan membawa kepada enhancement dan improvement dalam apa jua bidang, termasuk larian.

So, di mana letak kekuatan anda? Seperti burung terbang yang perlukan 2 sayap, runner juga perlukan 2 sayap kekuatan untuk lari lebih jauh dan laju. Saya sudah beri kategori kekuatan dan terpulang pada anda untuk identify agar anda boleh buat lebih banyak PB instead of PW.

Akhir kata, race 2XU seluar burung mengajar saya satu bab lagi. 2XU, bagi saya adalah 2 kali Unlimited. Unlimited pertama adalah melalui step by step iaitu kekuatan fizikal yang seseorang harus bina dan ambil masa yang lama manakala unlimited kedua adalah tanpa proses yang boleh menentukan PB atau PW dengan hanya beberapa susunan angka dalam sekelip mata!

unnamed-1screen-shot-2016-12-20-at-5-36-50-pm


Langkah seterusnya

Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 1 – Registration
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 2 – Burung apa yang paling laju dalam dunia?
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 3 – Aku Adalah Aku
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 4 – Tanya sama itu hud hud
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 5 – Kiraan Tajul Muluk
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 6 – Burung dan Tajul Olok
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 7 – Teori Takat Sayur

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *