Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 7 – Teori Takat Sayur

Bila saya duduk diam-diam dalam jamban sambil buat anal-lisa pandang belakang pada race 2XU seluar burung saya hari tu, saya dapati yang (diri saya la) kalau tak training, saya masih lagi boleh bertahan pada 10K yang pertama.

Maksudnya, tanpa training yang proper, the first 10K saya boleh buat dalam area 1 jam. Tapi cukup je 10K, balance dia terus barai. Ini dari dashboard Strava.

screen-shot-2016-12-26-at-9-51-10-pm

Basically 5K saya ok lagi. Bawah 30 minit. 10K, acceptable lagi, 1 jam 6 minit. 15K? Sayur kangkung. 1 jam 53 minit dekat nak SUB 2 tu. 20K lagi barai… ambil masa hampir satu jam dari 15K nak pergi 20K. Result dia, tahniah. PW.

Ini memberi kesimpulan bahawa, dengan mengekalkan momentum kejap training, kejap tak training, kalau pulun anjing dalam race boleh dapat SUB1 untuk 10K. Tapi untuk achieve best time pada 21K jangan harap.

Maksudnya body saya dalam era larian baru lepas stage 2. Stage 1 untuk 5K memang ok, manakala Stage 3 untuk 21K tak lepas lagi. Stage 4 lagilah jangan mimpi. Mungkin runner-runner lain yang memang level otai-built kalau tak training pun senang-senang boleh dapat area SUB2 untuk 21K dia ataupun SUB4 untuk 42K dia.

Basically apa yang saya nak sampaikan atau relate adalah “Teori Takat Lebur”. Dulu kat sekolah teori ni maksud dia last point untuk pepejal bertukar menjadi cecair. Contohnya ais, beku. Takat lebur berapa baru jadi air.

Makanya “Teori Takat Lebur” saya atau saya namakan baru yang lebih relate dengan larian, “Teori Takat Sayur” adalah last point / KM terakhir bagi seseorang runner untuk perform sebaiknya. Kiranya kalau tak cukup training, dia tau yang Takat Sayur dia kat mana.

Dalam kes saya, 10K adalah Takat Sayur saya. Maybe kalau next year saya training lebih lagi saya boleh upkan Takat Sayur saya kepada 15K. Lagi lapan belas tahun mungkin Takat Sayur saya 42K. Itu pun kalau masih berlari. 😀

Oh ya. BTW, Teori Takat Sayur ini adalah hasil perbincangan & brainstorm saya dengan En. Remin pelari muda dari Sungai Petani. Masa tu lari LHKSNS masing-masing training kurang tapi pulun jugak 15K.


Langkah seterusnya

Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 1 – Registration
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 2 – Burung apa yang paling laju dalam dunia?
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 3 – Aku Adalah Aku
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 4 – Tanya sama itu hud hud
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 5 – Kiraan Tajul Muluk
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 6 – Burung dan Tajul Olok
Race : 2XU Compression Night Run 2016 Pt 7 – Teori Takat Sayur

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *