Race: 2XU Compression Run 2017 Pt 1 – Registration

“That woman deserves her revenge. Yeah. We deserve to die….”

En. Remin message saya dengan text yang pendek tadi, “race PW hg last year….”. Saya membuka web dan mula membaca dari sisipan image yang diberi. Poster yang besar di wajah pertama laman web ini mempunyai tagline yang sangat mengujakan.”Let your heart, set the pace”.

Screen Shot 2017-05-30 at 12.04.21 PM

Race 2XU tahun lepas saya gagal SUB2. Sudahlah begitu, catatan masa pula paling buruk dalam sejarah larian hidup saya. Ada banyak faktor ke arah kecelakaan itu.

Bagi yang mencipta PW (personal worst) untuk race itu tahun lepas tentu akan faham yang tagline seperti ini ibarat menyuakan minyak tanah pada kayu yang sedang terbakar di dalam hutan yang gelap yang jauh dari bandar. Dan lagi kerana ia bermain dengan hati, ini membuatkan saya terus sahaja register race ini tanpa berfikir panjang. Kata saya dalam hati : tahun lepas mungkin aku biarkan hati aku melemah dan mengsayuri, tapi tahun ini aku akan kembali dengan taktik licik yang kejam dan berbeza.

Oleh kerana saya telah melawat restoran Kill Bill di Tokyo tempoh bulan (dem, baru teringat yang trunvelogue dah lama tak update), saya dapat agak yang race ini akan membawa satu anjakan paradigma baru dalam arena larian saya kelak. Saya akan membawa semangat Kill Bill dalam larian ini demi SUB 2 yang dah berapa kali race saya gagal.

Ada 116 hari lagi untuk bersedia untuk tidak kecewa lagi. “Memecah kebuntuan dua”, itu next challenge yang akan saya hadapi.

Screen Shot 2017-05-30 at 12.54.08 PM

Challenges accepted, Klik untuk register

 

_ _

Update terkini

Saya menulis hampir setiap hari. Selain hal random larian, antara tumpuan saya adalah,

Short term target : Kajian serius tentang tidur, heart rate dan mengemas blog.
Medium term target : Dalam training 5K bagi mencapai SUB25 sambil mengkaji reverse aging.
Long term target : Menyelesaikan misi #siri7m.

Akhir kata, terima kasih kerana sudi meluangkan masa membaca blog saya.

Semoga ada manfaatnya.
_

Tentang Penulis

Saya mula lari tahun 2013 depan rumah, tak sampai 1 KM. Tiga tahun selepas tu saya buat first FM saya di Bali dan pada tahun keempat, saya lari di Tokyo Marathon.

Setelah berehat 3 tahun, tahun 2020 merupakan tahun restart saya, so saya mula balik dari 5K. Boleh baca pengembaraan larian saya di sini.
_

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *