Race: 2XU Compression Run 2017 Pt 2 – Bib Collection

Semalam pi collect bib dekat shopping complex apa ntah nama dia sebelah IKEA baru tu. Tak pernah datang sini (IKEA tu pernah). So jenjalan dengan orang rumah dan EL Lukh. Agak besar juga shopping complex dia dan banyak kedai masih belum buka.

Lepas parking kereta saya terus cari tempat nak collect race bib. Masa sampai tu dah dekat pukul 6 lebih. Takut tak sempat amik sia-sia je kena datang semula esok. Saya pernah amik bib waktu arnab sakit perut. Seingat saya masa tu race Nike tapi tak ingat race tahun bila. Saya datang tu amoi tu dah tutup komputer dan packing nak balik rumah tidur. Berkat ayat manis dan wajah kesian, amoi tu layanla saya seikhlas hati dan dapat juga collect racekit. Kalau tak memang lega.

IMG_2403

Sejujurnya saya memang malas nak datang collect racekit. Kalau race tu ada delivery RPC ke rumah, saya akan tanda bab tu dan sanggup bayar lebih. Saya malas nak keluar time orang ramai. Nak parking bagai…. pening kepala. Faktor usia memainkan peranan.

Bila sampai shopping complex tu, cepat-cepat mata cari tempat collect. Dari jauh dah nampak bendera hitam 2XU. Masa saya sampai orang tak ramai mana. Saya masuk kedalam dan crew mula minta race slip.

Satu yang bagus tentang race 2XU ini adalah (yang organizer lain boleh tiru), depa ada hantar email pada kita sebelum hari collect RPC. Dalam email ini ada link untuk retrieve balik slip larian kita. Cara kan?

Screen Shot 2017-09-23 at 7.24.47 PM
Screenshot dari email

So bagi yang lupa letak slip kat mana tu sebab  banyak sangat race dah masuk, boleh terus click dan tunjukkan slip race pada crew utk RPC collection.

Screen Shot 2017-09-23 at 7.25.40 PM

Bila crew dah scan, dia akan print slip collection. Ini first time saya dapat slip kedua untuk collection selain dari yang kita bawak atau retrive dari web tadi.

IMG_2401

Kemudian, slip yang baru print ni kita bagi pada crew yang jaga baju dan bib, seterusnya depa amik baju dan bib bagi kepada kita. Depa check dulu tengok nama betul tidak dan size baju betul atau tidak. Lepas tu move ke next spot dimana depa bagi goodies bagai.

Yang depa tak bagi adalah beg untuk simpan semua barang ni. Nasib baik isteri saya bawak beg doraemon dia so, tak adalah masalah sangat bagi saya.


EL Lukh tolong bawak RPC abah dia

***
Esok race start pukul 5. Jam 4 dah nak kena ada kat sana. Sikit lagi saya akan keluar untuk jumpa En. Remin dan passkan racekit dia di Bandar Tasik Selatan. Dia mai dari SP naik bas sebab flight tiket dan train semua dah habis. Cuti panjang kut.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *