Race: 2XU Compression Run 2017 Pt 3 – Carbo Loading

Hari subtwo eh silap, hari sabtu sebelum race tu saya berehat di rumah. Instead of keluar, saya mengasingkan diri dari family saya dan duduk di tingkat atas rumah saya untuk update blog. Maka terhasillah beberapa posting baru yang lepas. Update blog sebelum pergi race sedikit sebanyak bagi semangat untuk berlumba nanti.

Jam 8 malam saya keluar singgah Subway untuk beli 2 roti, satu untuk saya dan satu lagi untuk isteri saya sebelum mara ke Bandar Tasik Selatan untuk ambil En. Remin yang turun dari Sungai Petani. Kami kemudian ke Bandar Tasik Permaisuri untuk makan malam. En. Remin makan fish n chip kegemaran carbo loading beliau, manakala saya menghabiskan roti Subway Turkey, dengan air iso Gatorade yang saya beli di 7-11. Saya juga ada order otak-otak di Paparich sebagai tanda hormat dah menumpang makan kedai untuk teman En. Remin.

Bajet lepas makan balik dan terus tidur.

Isteri saya dah buat kira-kira peniduran. Untuk race pukul 5 pagi, kalau nak tidur 8 jam, kena mula tidur dari pukul 8 malam untuk bangun pukul 4 pagi. Namun disebabkan dah pergi ambik En.Remin, rancangan untuk tidur awal terpaksa dibatalkan. Anyway takpe pun sebab saya dah cukup rehat sebenarnya. 3 hari sebelum race saya dah tak lari. Kalau tidur awal tak dapat lepak dengan En. Remin sambil membincangkan isu-isu semasa selain daripada sembang Games of Thrones.

Tengah makan, tiba-tiba Mann isteri model datang dengan isteri dan anak. Anak beliau Rezki kuss semangat. Umur baru setahun lebih rasanya dan sekali dia keluar suara, nyata anak seorang penyanyi. Kami makan dan berbual-bual. Bila artis datang tempo perbualan berubah dari Games of Thrones kepada industri muzik negara.

Rasanya dalam pukul 11 malam saya sampai balik rumah. Buat flatlay lebih kurang, saya cepat-cepat naik untuk tidur. Mula-mula saya decide nak pakai baju race 2xu sebab warna dia cantik. Namun bila saya pakai agak besar dan bulu ketiak banyak terkeluar. Instead, saya tukar pakai baju lari Nike saya yang ada belang putih.

Tidur malam untuk hari race esok agak tidur-tidur ayam. Jam 3:30 pagi dah bangun dan rasa macam nak sambung balik tidur sampai pukul 4. Malangnya isteri saya cubit saya dan saya bangun dengan muka bosan pergi mandi.

IMG_2433

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *