Race: 2XU Compression Run 2017 Pt 4 – Bukit Tunku

Kawan saya ada cerita tentang satu cerita kelakar. Ada seorang mamat ni, masa kecik, bapak dia bagitau dia bahawa “Knowledge is Power”. Cerita pasal “Knowledge is Power” ini keluar dalam diskusi teh tarik kami, adalah unjuran dari sebab ada satu scene dalam Games of Thrones. Masa Littlefinger Lord Baelish dengan Cersei. Lord Baelish bagitau yang “Knowledge is Power” untuk ugut Cersei yang incest, dan Cersei pula balas, “Power is Power” dan ugut nak bunuh Littlefinger sampai telur dia naik ke dagu. Ini scene detail.

Berbalik pada mamat yang bapak dia bagitau pasal “Knowledge is power” tadi, bapak dia bagitau dia begini : “Knowledge is Power, France is Bacon”. So bila dia besar, setiap kali orang kata “Knowledge is Power”, dia akan sambung, “France is Bacon”. Orang pun akan mengangguk tanda, ya betul. Seakan, pepatah ini diketahui umum.

Namun, dalam pada itu, bagi mamat ini, dia selalu berfikir dan mencari misteri antara kaitan, “Knowledge is Power, France is Bacon”. Apa kena mengena kuasa pengetahuan dengan negara france yang dikatakan daging babi? Dia pernah tanya cikgu sekolah dia namun tidak pula cikgu itu bagitau kaitan antara pengetahuan dan babi. Oleh kerana tidak pernah dapat jawapan tentang kaitan itu, akhirnya dia menerima pepatah ini seadanya.

Sehinggalah satu hari, setelah 12 tahun lamanya, baru dia tahu akan kebenaran dan misteri kaitan pepatah tersebut. Hakikatnya, “Knowledge is Power – Francis Bacon”. Francis Bacon adalah ahli falsafah yang mengeluarkan quote tersebut, bukannya France, is Bacon.

Boleh baca kisah ini secara detail disini. http://knowyourmeme.com/memes/france-is-bacon

***
Masa saya di MMU dulu, ada ramai kawan-kawan saya buat kerja gila. Selain daripada main game Counter Strike selama seminggu tanpa henti, ada geng mencabar kekuatan diri dengan mencari hantu di Bukit Tunku.

Ada satu malam tu, 4 sahabat ini pergi ke Bukit Tunku menaiki kereta salah seorang sahabat Mitsubishi FTO. Kereta ini adalah kereta sport 2 pintu. Yang pergi ini semuanya size gergasi tinggi macam pemain basketball.

Bila sampai di satu jalan yang sunyi dikawasan rumah tinggal, mereka keluar dan lepak di dalam gelap sambil hisap rokok. Entah macam mana, tiba-tiba dari jauh mereka dengar suara pontianak mengilai dan suara ini secara laju datang dari arah gelap dan jauh, menghampiri mereka dengan pantas. Ini memberikan idea kepada mereka bawah pontianak mengilai terbang ke arah mereka secara speed. Takutkan hantu, semua orang sekelip mata sudah berada di dalam kereta.

Namun anehnya, semua 4 orang yang tinggi lampai ini besar gajah masing-masing semua berada di dalam kereta di seat belakang. Dalam keadaan cemas, barulah si driver pergi depan dan pusing kereta melarikan diri.

Bila saya tanya sebenarnya nampak ke tidak hantu itu, kawan saya kata tak nampak, tapi suara mengilai tu masih dia ingat sampai hari ini. Suara itu tak tahu sama ada suara lelaki, atau suara perempuan.

***
Seorang kawan saya lagi, pernah menceritakan kisah hantu yang agak aneh juga kepada saya namun terdapat unsur kesian dalam cerita ini. Satu hari beliau jalan kaki malam di kawasan Highlands Towers, turun bukit.

Ntah macam mana, tiba-tiba ada seorang perempuan dengan kain batik tepi jalan tegur beliau. Beliau ini hatinya agak kering juga. Mengetahui yang perempuan ini bukan manusia, beliau terus saja bertanya, “Ha, apa kau nak ni?”

Perempuan ini menangis minta tolong kepada dia. Katanya mayat beliau ada di dalam hutan mereput dan tidak ada orang jumpa. Perempuan ini minta tolong agar disempurnakan jasadnya sebab dah lama di situ tidak ada orang bantu. Kisahnya, masa Highlands Tower itu runtuh, perempuan ini melompat keluar dari tingkap untuk menyelamatkan diri dan menajdikan kain batiknya sebagai parachute. Oleh kerana dia melompat keluar, agaknya mayat beliau tercampak jauh dari tempat kejadian menyebabkan orang tak jumpa mayatnya.

Saya tak tahu sama ada nak rasa seram atau kelakar atau kasihan atas kisah sebegini. Yang saya bayangkan adalah, banyak betul hantu duduk kat Bukit Tunku dan Highlands Tower.

***

Saya memang tak pernah pergi Bukit Tunku. Saya tak pernah lari di Bukit Tunku. Selama ini, sejak dari MMU sampai ke saat ini, saya ingat Bukit Tunku terletak di kawasan jalan Ulu Kelang di mana letaknya Highlands Tower. Ini adalah kerana kaitan cerita hantu yang berlaku di kawasan ini. Rupa-rupanya, Bukit Tunku terletak jauh dari Highlands Tower.

Ada juga pengajaran tersirat masuk race 2XU ini. Kalau tak masuk, agaknya sampai tua saya ingat yang Bukit Tunku dan Highlands Tower adalah tempat yang sama.

Betul punya “Knowledge is Power, France is Bacon”. No wonder mak mertua saya pernah kata, “Mama tak harap sangat zizi ni kalau pasal jalan”.

Screen Shot 2017-09-26 at 11.02.05 PM

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *