Race: 2XU Compression Run 2017 Pt 5 – Cara pakai bib kasut

Saya sampai Padang Merbok pukul 4:15. Mulanya nak naik Grab. Tapi sebab pinjam HDISK EN.Remin untuk copy Games of Thrones season 7, saya decide untuk bawak Mat Fordy. Dalam hati berdoa agar janganlah ada road block sebab road tax Mat Fordy dah mati.

Petang tadi Fendy Management, syarikat renew road tax di Kuantan, melalui Aina, telah whatsapp saya kos nak renew road tax dan insurans Mat Fordy. Total dekat RM2000. Road tax saja RM598 sebab Mat Fordy 2.2 cc. Agak senak-senak kenny ni rasa kat perut. Macam side stich. Sebab dia bukan apa, dalam masa yang sama juga Mat Tigu saya road tax pun mati. Yang ni lagi jackpot. Total dia dekat RM2.2 K. Bulan ni duit insurans kereta je dah dekat RM4 K. Rasa macam nak demam.

Ok.

Bila dah park Mat Fordy tepi jalan, saya pun keluar siapkan diri. Pakai kasut bib bagai. Bib kali ni ada 2. Satu kat dada untuk baju, manakala satu lagi di kasut. Seingat saya, last time yang pakai kat kasut ni (race yang saya masuk) adalah race Nike yang first baju hijau. Baju oren dulu pakai cam banduan, gelang kaki.

2XU ada hantar email macam mana nak pakai bib ni. Boleh tengok sini.

unnamed

Kalau kurang jelas, boleh tengok video dia.

Dulu masa di Tokyo pun pakai bib kat kasut. Tapi bukan panjang macam penanda buku ni. Size dia lagi kecik macam kotak mancis dan tebal.

Pakai bib kat kasut ni style jugak. Rasa cam lain sikit. Nak pakai dia pun bukanlah susah sangat. Nampak macam susah. Tapi bila dah tau, senang je.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *