Race: 42K SCKLM – Route Preview

Esok adalah hari race SCKLM yang ditunggu semua. Bagi runner yang bakal berlumba esok, saya ucapkan good luck dan all the best untuk PB anda. Saya tidak menyertai 42K, sebaliknya hanya masuk HM.

28424097_959247247563734_541531461252213256_o
Gambar dari ActionpixMalaysia

Walaubagaimanapun, beberapa minggu sudah, saya ada turut serta dalam rombongan naik bas untuk preview route 42K atas tiket Media. Saya cuba sedaya upaya untuk salin balik tentang ulasan Coach M. William semasa route preview tersebut. Semoga bermanfaat.

ROUTE LARIAN

Berikut adalah route 42K untuk esok. Jika anda nak race 42K, sudah pasti anda dah tengok route ini. Boleh download dari web scklm disini. Ini pula screenshot route.

Screen Shot 2018-04-07 at 3.28.44 PM

Semasa media preview lalu, bas ada tersalah masuk jalan. So rekod untuk route tersebut tak berapa tepat. Anyway, salute untuk driver bus yang memang dasyat memandu ada yang melawan arus semata-mata untuk make sure team media membuat coverage terbaik.

ROUTE PREVIEW

Berikut adalah road preview yang sempat saya salin. Perlu diingatkan, saya salin bukan sebijik-sebijik dan saya cuma ambil key point sahaja berdasarkan coach cakap. Ulasan Coach yang saya italic tu. Yang tak italic tu saya tambah berdasarkan apa yang saya tengok dan saya agak. Harap bermanfaat.

FIRST 10K

KM1, KM2  – Dataran Merdeka ke Jalan Raja Laut. Jalan nice & Flat. Maka permulaan larian yang bagus.
KM 3 – Jalan Pahang. Masih Flat
KM 4 – Jalan Raja Muda Abd. Aziz
KM 5 – Jalan Raja Abdullah. Pemandangan cantik disini, “a beautiful route” dimana boleh tengok dari jauh KL Tower dan suasana Kampung Baru.
KM 6 – Jalan Sultan Ismail
KM 7 – Jalan Dang Wangi. Lalu dekat dengan KL Tower
KM 8 – Jalan Ampang. Lalu KLCC
KM 9 – Jalan P. Ramlee.
KM 10 – Lalu Bangunan Standard Chartered. Maksudnya, masa anda lari esok, kalau dah sampai bangunan ini, anda dah settle first 10K

Antara yang sempat saya salin untuk 10K pertama ini, Coach M.W cakap bahawa, sesiapa yang boleh lari FM SCKLM, maksudnya dia boleh lari mana-mana FM di bandar di dunia. “If you can finish this FM, you can finish any FM in a city”. Ini adalah kerana faktor humidity dan heat di Malaysia. Bila dah biasa dengan aras kepanasan FM SCKLM, mana-mana FM bandar yang lain patut tak ada masalah.

Coach juga bagitau yang 10K pertama ini ibarat warm up sahaja. Maksudnya, badan baru nak panas. Beliau pesan, kalau beliau, beliau hanya akan ambil air iso selepas 10K yang pertama atau maksudnya, “no iso before 10K“.

2ND 10K

KM11 – KM12 – Jalan Bukit Bintang / Kampung Pandan. Dah keluar dari bandar. Disini jalan agak construction. Tak silap saya disini adalah construction Tun Razak Exchange. So kiri kanan mungkin penuh dengan bangla dan pemandangan pembangunan sedang dijalankan. Sila awas dan hati-hati takut terpijak paku ke apa ke. Ending KM12 adalah masuk bulatan kampung pandan.
KM 13 – KM 15 – Jalan Tun Razak. Ini adalah stretch panjang sejauh 2 KM. Jalan dari Prince Court sampai Intermak sebelum belok ke simpang kanan ke Jalan Ampang. Awas jangan mengelamun sebab bila jalan lurus ni mula rasa panjang.
KM15 – KM 16 – Jalan Ampang. Di sini pun ada construction sikit.
KM17 – KM 19Jalan Jelatek sampai setiawangsa. Satu lagi stretch panjang. Ada naik bukit sikit, incline. Hujung jalan ni nak masuk ke Highway DUKE.

Berbanding 10 K yang pertama, 10K yang seterusnya jalannya lebih panjang. Suasana bangunan tidak terlalu padat berdanding 10K pertama. Jalan pun semakin besar berbanding 10K pertama, namun 10K kedua ini banyak construction view.

3RD 10K

KM 20 – KM 27 – Sekarang dah masuk highway DUKE. Jalan dah jadi lagi lebar dan sepatutnya dah ada rasa release. Maksudnya, tadi jalan kecik so ramai – ramai lari. Vibe keramaian akan rasa berkurangan di sini. Mengikut Coach, “Disini nanti matahari akan terbit, maka waktu gelap (subuh) sudah berakhir”. Maknanya kalau anda sampai kat sini masih subuh, anda memang speed demon la. Saya rasa, stage neraka bermula disini. Pertama, jalan yang panjang sejauh 7 KM. Bila jalan panjang ni kita lari dan rasa tak habis-habis. Mula nak marah, rasa, bila nak sampai ni. Kedua pulak, since coach kata sini matahari terbit, hari mula makin panas. Bila panas, mula lagi nak marah. So saya simpulkan, ini adalah jalan pengujian jalan lurus anda. Jika anda pass kat sini, anda akan pass seterusnya. Dalam erti kata lain, anda akan diuji gila-gila bila anda start masuk Highway Duke. Ingat tu. Syaitan akan berkumpul di muka pintu Highway ini. Nama pun DUKE. Orang melayu baca “Duka”. Jangan berduka disini.

KM 28 – KM 30 – Jalan Kuching. Tadi anda dah diuji dengan jalan yang panjang dan hari yang semakin panas. Sekarang anda akan diuji dengan lebih up lagi, naik lagi satu stage dimana anda akan lari bertentang dengan matahari. Ibarat lari menuju terus ke Neraka. Tadi macam lari warm up ke neraka. Coach kata, “Disini matahari akan menentang anda”. Tapi kalau nak hiburkan hati, disini anda akan nampak KL Tower balik, so agak deejavu la.

4TH 10K

KM 31 – Sekarang dah masuk stage hampir habis. Anda dah lari 30 KM. Ada lagi 12 K nak habis. Elok tadi jalan besar sekarang dah masuk jalan kecik balik. Perlu diingatkan, suasana berubah disini. Di sini hint kepada bukit dah nak bermula. So anda akan diuji dengan bukit sikit masa nak buat pusingan. Sini area Seri Puteri dan ending dia anda akan jumpa PWTC.

KM 32 – KM 33 – Selamat datang ke neraka lagi dasyat. Ini adalah bukit syaitan yang pertama. Kata Coach, “Welcome to the suffering hills“. Tadi kena game panas. Sekarang kena game bukit. Good lucklah.

KM 33 – KM 35 – Apa yang naik mesti turun. Sekarang, turun bukit. Lega sikit no.. ujung dia ni Bank Negara.

KM 35 – KM 36 – Jalan Sultan Salehuddin. Naik bukit lagi. Tahniah dan syabassssss
KM 36 – KM 38 – Turun bukit. Yay!!
KM 38 –  KM 39 – Naik bukit balik. Dem.
KM 39 – KM 40 – Turun bukit balik. Yay balik.

Sebagai pedoman, saya sertakan screenshot bukit-bukit di 4TH 10K ini. Ada 3 kali memanjat tapi okla, sebab ada 3 kali menurun jugak. Bestkan?

Screen Shot 2018-04-07 at 4.22.25 PM

Last 2KM

KM 40 – KM 41 – So kalau anda dah nampak Hilton dan Meridian, atau Muzium Negara maksudnya anda dah lari 40 K, means, ada lagi 2 K tinggal. Biasanya 2K akhir ni adalah masa untuk anda naikkan semangat gila-gila will power paling power mengalahkan syaitan dan malaikat, untuk anda habiskan race sebab hanya lagi 2K. Boleh start nak tambah kelajuan disini.

KM 41 – KM 42 – Bila nampak Stesen Keretapi belah kanan, maknanya tinggal lagi 1 KM nak habis. Kat sini mesti anda dah nampak muka anda sendiri tengah senyum. So kat sini anda dah kena full blast full throttle semua full lah untuk speed kali terakhir sebab lepas ni, race dah tamat. So kalau nak PB pun, kat sini yang akan membezakan antara anda balik senyum muka bangga atau balik dengan kesedihan. Perlu diingat, last 1KM ini adalah antara route tercantik dimana entrance dia adalah bangunan Merdeka Square. Ibarat macam lari ke zaman merdeka pun ada ni dia bagi feel. Ending dia memang betullah, merdeka. Fehhh…. bila tulis preview ni cam nyesal lak tak masuk FM. Takpelah, lain tahun boleh cuba.

KESIMPULAN

Berikut adalah kesimpulan yang boleh saya cadangkan untuk bekal anda lari esok.

STAGE 1 : 1st 10K – THE JOY OF WARM UP. Menikmati pemandangan KL dalam gelap. Warm up, jangan push sangat. Jangan minum iso. Sini hati masih senyum dan ketawa2. Ending dia bangunan Standard Chartered aka, sendiri mau ingat sapa yang banyak sponsor ini race.
STAGE 2 : 2nd 10K – THE MOOD TRANSITION Transition dari kesempitan, kepada keluasan, scene pulak berubah dari indah, kepada tak berapa nak megah (construction site). Begitulah jua mood yang ada. Mula nak rasa sesak nafas dan pressure. Ending dia, masuk highway Duke.
STAGE 3 : 3rd 10KTHE LOST SPACE, Jalan luas dan panjang, matahari menjadi musuh, syaitan berada di kiri dan kanan ibarat semayang di masjid saf tak rapat. Kekosongan yang anda rasa, boleh menjurus kepada kelalaian dan cuai. Kekuatan fokus anda diuji disini, jangan tewas kepada keadaan. Ending dia, Sekoalah Sains Puteri
STAGE 4 : 4th 10KDAMN THE DEVIL THE HELL (HILL) , Bukit, Panas, hanya yang beriman akan melalui dengan senyuman. Stage sebelum ni diduga dengan ruang kosong, stage ini diduga dengan “sanggupkan anda mendaki untuk sampai ke puncak”. Ending dia, Muzium Negara.
FINAL STAGE : Last 2K – THE SPEED OF FREEDOM , Last speed untuk kebebasan abadi.  Ending dia, anda muka ada sinyum, sama ada lega gembira, atau, lega, legaaaaaaa. Apapun, Selamat pulang wahai pemenang.

VIDEO

Semasa route preview ini, disebabkan saya tak berapa nak pandai amik gambar, so saya minta bantuan runner L.J untuk rekod video route. Boleh ke youtube channel beliau untuk amati pemandangan. Terima kasih kepada L.J atas rekodan video ini. Handphone dia power. Space banyak. L.J siap MC nak siapkan video ni. Dasyat pengorbanan majulah sukan untuk negara beliau.

DATA ROUTE

Data ini diambil dari web rasmi SCKLM. 

Screen Shot 2018-04-07 at 4.53.17 PM

AKHIR KATA

Terima kasih kepada Dirigo Events atas jemputan route preview FM SCKLM. Kalau depa tak jemput, tadak content saya nak tulis untuk race ni. Terima kasih banyak2.

Good luck untuk anda yang menyertai FM ini. Semoga anda peroleh apa yang anda capai. Personally, saya rasa setelah lalu route FM SCKLM ni saya rasa ia adalah route yang cantik dan mencabar. “THE BEAUTY OF THE BEAST”. Dalam erti kata lain, route yang power. Sebab dia, pecahan route dia sangat unik dan memberi makna dalaman kepada anda yang bakal lari esok. Ada klimaks turun naik dan ada drama yang anda kena lalui, untuk habiskan route ini. ALL THE BEST!

Screen Shot 2018-04-07 at 4.39.00 PM
Gambar dari Mr. Chan WK

CATATAN LAIN

Di IG, klik tepi gambar untuk tengok gambar lain.

Pagi sat ni abiang pi naik bas @scklmarathon bersama kumpulan media. Ada preview route race 42k. Coach Mark W. lead bagi tips kat mana nak speed kat mana santai kat mana bukit bagai. Abiang ada rekod pakai Suunto abiang sat lagi kalau tak tidur abiang update blog. Ari tu nak update tapi tertido harap maaf. Kesimpulan abiang adalah : route 42k kali ni mewah dgn bukit. All the best utk hangpa yg gatai sign up 42k. Neraka bermula pada km-32. Tapi la ni br abiang perasan. Route KL ni cantik no bangunan dia pelbagai. Ada moden ada klasik. Coach Mark W. habaq, kalau hangpa dah laghi scklm maknanya hangpa boleh laghi mana2 marathon dalam city kat dunia. Tq @scklmarathon / Dirigo Event ataih invitation. #lariansebuahkitab #scklm2018 #mediapreview #marathon #runner #run

A post shared by khairulazizi (@khairulazizi) on

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *