Race : Bali Marathon 2016 Pt 1 – Nak 10 atau lebih untuk group registration

En.Remin subuh-subuh dah mesej saya tentang ini. Bali Marathon 2016. Website dah update, dan ini sedikit summary untuk Race tersebut.

Tarikh : Sunday, 28 August 2016
Kategori : FM, HM, 10K, Children’s Sprint
Lokasi : Bali, Indonesia (route belum keluar)

Harga Tiket :

FM – Early Bird RM188.84, Normal RM289.16
HM – Early Bird RM141.63, Normal RM193.26
10K – Early Bird RM94.42, Normal RM144.58

Screen Shot 2016-04-04 at 12.25.35 PM

Early Bird sampai 1 May.

Now, untuk pemegang kad kredit Maybank, kalau anda reg, dapat less dalam 40K rupiah untuk setiap kategori kecuali 10K diskaun 20K rupiah. Ini harganya :

Screen Shot 2016-04-04 at 12.27.12 PM

Bila boleh register?
13 April 2016 untuk pemegang kad kredit Maybank
15 April 2016 untuk yang lain
Tarikh tutup penyertaan 24 July 2016

SO NOW, YANG PALING PENTING JIKA ANDA NAK PERGI RACE INI

1. Kalau anda pemegang kad kredit Maybank, ok fine. Anda boleh register bermula 13 April 2016 dan anda akan dapat diskaun less than 10%. Sebagai contoh, untuk tiket HM Early Bird 480K rupiah dan kalau anda register anda dapat 440K rupiah. Diskaun 40K rupiah sahaja. Diskaun dalam 8.5% sahaja.

2. Saya nak pergi race ini. En.Remin pun nak pergi. Tapi kami bukan pemegang kad kredit maybank. Maka kami nak kumpulkan dalam 10 – 20 runner agar dapat group discount at least sebanyak 10%. Kalau lagi ramai yang join, lagi banyak discount dia sampai 25%. Ini table dia.

Screen Shot 2016-04-04 at 12.33.53 PM

Maksudnya, kalau tiket HM Early Bird 480K atau RM141.63, kalau 10% discount dapat harga  432K rupiah which is sama dengan RM127.47. Jimat RM14.16. Itu kalau 10 – 20 runner yang join. Kalau lebih dari 31 orang, dapat 25% maksudnya tiket HM Early bird jadi 360K which is sama dengan RM106.22 maka jimat RM35.41. Banyak tu.

SO, JIKA ANDA NAK PERGI RACE INI DAN DAPAT GROUP DISCOUNT, BOLEH EMAIL NAMA PADA SAYA AGAR KITA BOLEH SUBMIT AS A GROUP UNTUK DAPAT DISCOUNT. LAGI RAMAI LAGI BAGUS.

Saya akan submit group registration pada 25 APRIL 2016 atau dah cukup 10 orang untuk dapatkan harga Early Bird. Sebab kalau submit lewat nanti takut tempat dah habis dan discount pun bukan atas Early Bird. Rugi le wok.

Please take note :

1. Saya cuma bantu submit registration as a group untuk dapat discount sahaja.
2. Tiket, tempat penginapan semua itu sendirian berhad atau boleh bincang kemudian kalau group ni besar.
3. Sila email nama, no telefon, kategori race kepada saya dengan title email “Kitab ke Bali” jika berminat join group ini.  Email : penulis@lariansebuahkitab.com
4. Jika anda join group ini saya beri discount 25% kalau berminat nak beli Running Poster Log #365 Eye saya.

Saya ingat itu saja, so ini video untuk kasi panas.

Langkah Seterusnya
http://www.balimarathon.com/race/race-category-and-registration-fee

 

 

Kongsi di :