Race : Bali Marathon 2016 Pt 10 – Tiket Flight, Call Que & Debit Card

Ini adalah akibat kepada membeli tiket last minute. Patutnya awai hari tu dah beli tapi asyik tunda-tunda, inilah jadinya. Tiket patut murah, sudah jadi mahal. Apakan daya. Tahun ini tahun project kurang. Bila project kurang, maka pendapatan pun kurang. Bila pendapatan kurang, perbelanjaan perlu bijak dan hanya berlaku untuk hal yang priority. Hal ini telah berlaku buat kali kedua. Kali pertama dulu masa Great Ocean Australia. Ini untuk Marathon Bali. Tapi apapun saya bersyukur. Di kala ekonomi teruk, ada juga peluang saya bercuti. Kalau ekonomi kencang, haram nak bercuti pun tak senang.

Asalnya saya nak bawa anak isteri saya sekali ke Bali. Sebabkan ini first FM saya so agak manis kalau di finishing line itu ada anak dan isteri saya menunggu sambil bersorak. Namun bila saya buat bajet, flight pergi balik dekat nak 4 ribu lebih untuk 3 orang. Ini dah macam sama costing pergi ke Australia dulu. Lalu saya berterus terang sahaja dengan isteri saya dengan alasan sebegini :

1. Bajet lari (sedihkan……. seorang husband and father takleh nak bawak wife ngan anak pegi jalan T_T)
2. Hari tu kan baru pergi Australia
3. Dan Bali ni kita dah pergi 3 kali sebelum ni so nanti orang kat Bali marah sebab balik-balik muka kita semua.

Mujur isteri saya seorang yang faham dan boleh bertolak ansur. Wisdom level dia kadang-kala lebih tinggi dari saya dan pada setiap masa instinct dia lebih power dari saya. So dia kata OK je. Makanya bila saya ke Bali esok ni, dia akan fly balik ke Jitra dengan EL Lukh.

***

Now, ini perbandingan harga tiket antara semua flight. Pergi hari Jumaat 26.08 , balik hari Selasa 30.08. Pergi Flight paling awal, balik flight paling lambat.

MAS : RM1781.90

Screen Shot 2016-08-14 at 2.26.46 PM

AIR ASIA : RM1366.08

Screen Shot 2016-08-14 at 2.28.54 PM

Manakala untuk Malindo, semua tiket sudah sold out.

Screen Shot 2016-08-14 at 2.31.18 PM

Sekarang saya nak re-check dan nak memaksimumkan keuntungan sebabkan dah bayar tiket mahal berbanding orang lain yang dah beli awal. So saya akan pergi awal sehari, at least saya boleh lari dulu di Bali hari Khamis dan Jumaat. So bila saya recheck balik, ini harga tiket :

MAS : RM1375.90 (Call Hotline)
AIR ASIA : RM1290.08 (Online Web)

Oleh kerana harga lebih kurang dan beza cuma dalam RM85, saya pilih MAS.

***
BTW, saya beli tiket ni pukul 3 pagi semalam. Masa nak bayar online ikut web MAS, masa click nak pergi Maybank2u tu dia loading lama gila. Last sekali time out. Saya cuba 3 kali semua gagal. So saya call MAS dan beritahu masalah saya.

Screen Shot 2016-08-14 at 2.58.32 PM

Apa MAS buat, depa bookkan perjalanan yang sama untuk saya. Tapi yang saya pelik dia murah sikit. Instead of saya kena bayar hampir RM1,532.90, saya cuma bayar RM1375.90. Itu yang harga tiket boleh pergi hampir sama dengan Air Asia.

Screen Shot 2016-08-14 at 5.09.03 PM
Murah dalam RM157.00 walhal kalau add on insurans cuma RM72

Kenapa murah? Harga tiket tidak termasuk insurans dan charge lain untuk internet menyebabkan harga murah sikit.

Screen Shot 2016-08-14 at 2.59.33 PM

So ini adalah pelajaran terbaru membeli tiket daripada saya, rupanya beli tiket mahal sikit sebab lain kali boleh beli tiket murah sikit daripada biasa.

No 2, bila saya nak bayar pakai debit card Maybank saya, ada sedikit masalah. Rupanya sejak tahun ini, kita kena call Maybank dan aktifkan dulu debit card kita untuk Online transaction through call. Bila depa activate debit card kita, barulah kad kita boleh dicharge oleh orang lain dengan kebenaran kita. Kalau tak, cuba sejuta kali pun haram takkan boleh.

Dan selepas itu, alang-alang call, jangan lupa bagitau Maybank untuk increase limit kepada RM3000 atau RM5000. Sebab kalau tak increase limit, walaupun dah activate, masih tak boleh charge kalau harga pembelian tu besar.

Untuk increase limit boleh call Maybank ataupun masuk dalam Maybank2u. Caranya :

1. Login Maybank2u + Password
2. Pergi menu HOME > Debit Card Purchase Limit
3. Select purchase limit yang baru

Screen Shot 2016-08-14 at 4.45.04 PM

4. Klik continue, dan masukkan TAC number.
5. Anda patut dapat sms dari Maybank mengatakan yang limit anda sudah upgrade. TAMAT

Satu lagi hal yang saya rasa boleh saya kongsi adalah masa nak call MAS tu. Berbanding call Maybank2u yang kita boleh terus dapat cakap dengan operator, dengan MAS, saya ingat saya cuba call daripada jam 2 lebih siang hingga pukul 4 masih tak dapat lagi.

Oleh itu ada features dia dimana anda boleh masukkan nombor phone anda, anda tak payah tunggu, bila tiba que anda, dia call anda.

Average nak tunggu que untuk MAS adalah antara 30 minit hingga ke 1 jam. Saya ingat depa ni tak cukup staff nak handle. MAS kan merosot.

Anyway, finally semua sudah selesai. Next adalah untuk cari tempat tinggal.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *