Race : Bali Marathon 2016 Pt 13 – ZIA Hotel, Seminyak

IMG_1360

Saya sebenarnya memang particular betul kalau nak pilih tempat tidur. Esp bila saya travel seorang atau dengan family. Bukan apa. Kita kerja penat-penat nak fikir untuk yang terbaik, so bila cuti kalau boleh kita nak experience suatu yang terbaik juga dan reward untuk diri dan juga family.

Tapi kalau pergi bujang dengan member saya tak kisah. Sebab bila pergi satu team, kita tak boleh fikir diri kita seorang sahaja. Kita kena fikir yang terbaik untuk semua. Untuk Marathon Bali ni, memang pergi dengan En.Remin dan En. Udiey tapi depa lain flight dan lain tempat tidur. So saya punya la cari tempat nak tidur kat Seminyak… last-last, saya cuma confirmkan tempat tinggal masa 3 minit lagi flight nak take off. So kali ni saya pilih Hotel Zia, Seminyak. Score Agoda 8.3. Hotel 3 1/2 Bintang.

Macam biasa, saya confirmkan dengan Agoda. Saya amik bilik JOY, bajet dia sehari Rp500K. Kalau convert jadi RM150.00 lebih kurang. Ini bilik dia, gambar dari agoda.

Screen Shot 2016-09-03 at 9.14.05 PM

Untuk bookings atau review, boleh baca sendiri di sini.

Mula-mula saya sampai tu bilik saya gelap tak ada lampu. Baru nak masuk landing…. kena tunggu kejap. So staff hotel panggil technician, agak setengah jam juga saya tunggu then semua ok. Saya ini orangnya penyabar so saya rilek je. Staff hotel beria mintak maaf sebab saya terpaksa menunggu saya katakan OK saja.

Sepanjang saya duduk di hotel ni so far tak ada masalah. Sangat selesa dan tidur tak pernah nak mimpi hantu. Bilik bersih.

Wifii bilik ni kejap laju kejap slow. Ada hari laju macam Usain Bolt. Ada hari slow macam Usain Bolt patah kaki. So tak tentu. Tapi ada wifii kira oklah tu.

Satu lagi insiden dimana saya terlupa nomor password peti besi dan passport saya lock kat dalam masa hari-hari akhir (macam tak bagi balik Malaysia jew) so staff dia onkan peti besi dari bawah.

Lain-lain saya ingat ok je.

Apa yang paling saya suka adalah hotel ni baru. Dikatakan baru 5 bulan. Biasa bila hotel baru ni dia punya cadar bantal semua kain dia masih sedap dan fresh. Selain daripada itu hotel ni dekat dengan kedai makan western. Ada satu kedai makan nama LivingStone nearby. So nak makan tak susah bagi saya. Satu lagi yang saya suka adalah dia ada swimming pool bila turun bawah sekali. So dekat. Boleh berenang. Agak 3 kali juga saya swim kat sini.

Kelemahan bilik ini bagi saya cuma satu iaitu takde tub mandi. Tapi pada la harga dia sehari berapa. Kebanyakkan hotel yang ada tub mandi di Bali mahal sikit. Saya bukan apa, tub mandi ni sebab saya plan lepas FM nanti nak berendam dalam air garam.

Design bilik modern minimalist. Bilik air dia design pun cun. Cuma satu pintu untuk tutup sama ada shower, atau tengah berak. Tapi saya tak amik lak gambar bilik air dia. Sorry.

Ini map hotel untuk rujukan anda.

Screen Shot 2016-09-04 at 8.42.13 AM

Ini pula gegambar yang saya ambil.

IMG_1351IMG_1352IMG_1353
Processed with VSCO with f2 preset

IMG_1824

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *