Race : Bali Marathon 2016 Pt 15 – Outfit Race

Since Bali ini adalah virgin Marathon saya, atau, marathon saya yang pertama, makanya saya anggap ia adalah satu race yang sangat bermakna dalam hidup saya. Bagaimana saya translate “bermakna” ini dari “rasa” dan terjemah kepada “sifat”, salah satu daripadanya adalah dengan persediaan outfit untuk race ini sendiri.

1. Baju
Saya tak pernah lari pakai baju warna putih. In fact, lama saya fikir untuk ini. Sebenarnya saya sudah beli sehelai T-shirt Running Nike warna kelabu untuk Bali tapi hati saya berkata, bukan yang itu. Akhirnya T-Shirt kelabu itu saya pakai untuk larian myBuddies.

Saya terfikit, kalau pakai baju putih, dibuatnya puting tetek berdarah masa FM, agak dramatik dan ketersiksaan yang sangat disitu. Orang tengok pun ngeri tapi yang kena tu lagi mental. So decision untuk memakai baju putih untuk larian panjang adalah berisiko.

nipple-chafing

Namun ada tips dimana untuk elakkan dari puting berdarah, lumur vaselin pada puting (tapi jangan usap lama sangat kang lain jadinya) atau tampal dengan handplast. Puting berdarah adalah disebabkan geseran yang lama dengan baju itu sepanjang larian, lalu melecet dan berdarah.

2-3 kali saya singgah Nike Store untuk cari baju yang sesuai. Saya ada juga singgah Nike Store iOi City. Last sekali, saya jumpa di Nike Sunway. Ketika saya memegang T-Shirt warna putih bersih itu, hati saya berkata – “Pakai yang ini”.

Lagi muka ada sinyum dan untung, isteri saya yang bayarkan sebagai tanda support dan kasih dia kepada saya. TQ anda. Muahciked.

T-Shirt Nike yang saya beli ni logo dia dekat lengan warna kelabu. Dekat dada kosong takde apa. Lepas tu dia ada poket kecik kat belah kanan. Dri-fit, bukan compression, dan saya rasa T-Shirt ni jatuh kategori untuk training. Tapi I don’t care. Saya cuba cari gambar kat Nike web tapi tak jumpa pulak. Takpelah.

Bagi saya memakai t-shirt putih untuk FM virgin ini adalah simbolik macam malam pertama lepas baru nikah. Semua mau putihkan? 😀 Itu kalau orang tanya dan jelas nada saya jawab itu adalah secara berseloroh. Namun hakikat sebenarnya kenapa saya pilih t-shirt putih adalah ini:

First 42K saya yang pertama telah saya tunggu selama 4 tahun lamanya. Daripada 2013 hingga ke 2016. Sebelum ini, macam-macam warna T-shirt saya dah pakai untuk lari. Lalu, untuk race yang paling saya tunggu ini, memilih “putih” adalah lambang kepada kesempurnaan larian saya yang bermula dari Fun Run 5K hinggalah ke 42 K FM. Macam balik asal la lebih kurang. Orang mati kan kena kapan. Kapan kan warna putih. Dan mati adalah titik tamat seseorang untuk pulang menemui pencipta.

So dari 5 K ke 42 K, saya anggap telah complete dan cukup dari segi jarak bagi seseorang yang berlari untuk bertukar dari runner kepada marathoner. Menjadi marathoner, bukan mudah untuk semua orang. Bukan mudah juga untuk saya.

Memakai T-Shirt warna putih untuk first FM, perasaannya kelak mungkin begini.

“I’m Ready”.

2. Serkup Kepala
Saya biasa lari mesti mau pakai serkup kepala. Nak kata imej, mmm bolehla. Saya tak pernah lari pakai topi lagi maka saya tak tahu apa feeling dia. Kenapa saya suka pakai serkup kepala? Satunya sebab ringan. Nombor dua, sebab bila peluh, saya boleh buka dan lap peluh tu. Dan no 3, saya boleh pilih warna atau corak yang ada pada serkup kepala itu.

Kebanyakkan serkup kepala saya brand Buff. Tapi untuk FM Bali ini, saya cari yang design dia reflects Bali itu sendiri. Mesti mau ada macam design batik Bali, atau kerawang Bali, atau dewa-dewa Bali. Brand Buff takda pulak yang ada corak-corak seni. Cari punya cari, saya jumpa juga dan inilah dia :

unnamed

Ini kalau gambar dekat muka tapi letak kat mulut nak tahan bau runner lain kentut waktu lari.

barroc-12066
Ini web dia.

Brand WDX. Tapi kalau beli tu hati-hati sebab ada untuk lelaki dan ada untuk perempuan. Bila saya tanya kedai tu dia kata size beza sikit. Kalau pergi Sunway Pyramid, ada satu kedai kat hujung, bawah dari level wayang. Kedai outdoor.

36wdx1
Saya pilih design ni selain dari sebab dah takda design lain yang sangat Bali, adalah kerana dia ada dual-layer color satu gelap dan satu cerah. Ada highlight sikit.

3. Knee Strap
Pengikat kepala lutut jangan dilupakan. Atau nama mat sallehnya Patella Tendon Strap. Yang ini untuk orang tua macam saya la. Orang muda tak payah. Yang saya pakai selama ni brand Dr.Med. Agak dah bertahun juga dan macam nak lunyai dah. Tapi still OK.

So untuk FM Bali, saya ada belli satu lagi yang baru, brand AQ. Saya ingat china made ni. Saya beli last minute di farmasi dekat dengan rumah saya.

tb2biuvxvxxxxc7xxxxxxxxxxxx_2181532435-jpg_430x430q90-jpg protect-the-patellar-tendon-with-shock-absorbing-pads-american-aq-patella-patella-knee-pads-with-pressure

Beza dengan Dr.Med punya, yang AQ ni dia dua pcs, so 2 pcs cantum jadi satu. Dr.Med punya memang satu sahaja. Nak pakai yang AQ ni first time macam blur juga tapi bila dah test-test baru tau cara pakai dia. Beza dengan Dr. Med punya, yang ni pakai lagi selesa dan span dia agak tebal.

4. Stokin
Stokin pun saya beli yang baru juga. Dulu saya pakai stokin Nike yang macam licin sikit tu apa ntah nama dia. Dia punya material macam plastik tak plastik tapi kain. Dia ada contour untuk kaki, dan kalau pakai, dekat belakang tumit tu macam terjuih sikit keluar dari kasut.

Balik dari Australia dulu saya ada beli yang design lain so bila saya pakai yang tu cam sedap sikit. Ini design dia. Kali ni nak pi BALI, saya beli lagi dan  saya beli hitam semua.

screen-shot-2016-09-09-at-12-38-05-pm
Tapi tu la dia. Beli stokin baru untuk first FM. Ada cerita dia… nanti saya tulis

5. Kasut
Yang ni of course kalau anda baca posting saya sebelum ni anda dah tahu. Kasut untuk race Bali ni saya pakai Pegasus 33. First time pakai adalah masa 21K SCKLM dan saya buat PB. Untuk FM Bali ni, kalau saya merangkak pun PB juga sebab first time la katanya.

But anyway, saya nak tengok sama ada Pegasus 33 feel dia apa bila pergi 42 K. Tengok tapak dia tu dah tau untuk Long Distance.

image1

 

Kesimpulan
Preparation outfit macam nak dapat podium dalam FM. Tapi, sebab confirm tak dapat podium tulah preparation “macam”…. 😀 Takpela sekali sekala. Ada race kita lek-lek kul… ada race kena spend sikit. Esp. yang ada significant dalam hidup.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *