Race : Bali Marathon 2016 Pt 16 – Race Kit Collection Day

img_1466
Sesampainya di Airport, ini adalah ucapan selamat datang dari team organiser

Jap saya nak ingat balik. Sampai Bali hari khamis petang. Jumaat pagi last #30hariabiangcuba. Jumaat tengahari (ponteng semayang) pegi amik Remin kat airport. Malamnya En.Udiey pengurus kelab sampai. Sabtu pagi jenjalan dan Sabtu petang pergi collect racekit.

Ok ini hal collect racekit. Saya bernasib baik sebab ada supir yang drive kesana – kesini. So taklah letih sangat nak tunggu teksi. Makanya kalau nak kemana-mana tu senang sikit. Kami semua bersetuju untuk pi collect racekit pada hari Sabtu petang. Bajet nak amik gambar sama-sama la kononnya. So sweet.

img_1467
On the way ke Westin

Perjalanan dari Kuta ke Westin tu saya ingat tak lama mana. Even Supir nak jimat tanak ikut highway. Rasanya dalam setengah jam ke 45 minit dah sampai Westin. Westin ni sebenarnya adalah convention centre. Kat belah belakang ada hotel. Masa sampai tu orang macam dah tak berapa ramai sebab saya kira datang collect Sabtu petang ni agak dah nak finisher.

img_1612

Bila tengok gambar yang saya upload ni baru saya perasan. Saya tak amik gambar bangunan Westin ni dari luar yang nampak penuh. Takpelah. Anda boleh google je kat internet.

35. Kontigen negara kedah sekarang baru sampai di westin untuk race kit collection #42yangsatukitab #lariansebuahkitab

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

img_1616
Dah nak masuk dalam dah. Rasa berdebar tu agak kuat. Walhal collect racekit je

36. Masuk dalam #lariansebuahkitab #42yangsatukitab

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

37. Beratur amik bib #42yangsatukitab #lariansebuahkitab

A video posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Saya ingat ramai runner dah amik dulu hari semalamnya atau pagi Sabtu tu. So kami masuk dalam beratur tak sampai berapa minit terus dipanggil ke kaunter untuk collect.

img_1623

Masa nak collect tu depa mintak IC dengan confirmation number yang ada dalam email. Saya dah print siap-siap dah manakala En.Udiey tak print. So terpaksalah dia cari dalam handphone dia dan nasib baik jumpa. Remin saya tak pasti dia camna tapi saya rasa dia dah print jugak.

Organiser bagi satu string bag kuning dan dalam dia ada macam-macam kupon dan kertas. Tak silap saya ada energy gel brand hammer satu. Tapi saya tengok perisa coklat yang saya punya. Tak berapa nak gemar sangat. Tapi orang dah bagi bersyukur jelah. Dari takde.

Lepas collect bib tu pergi check kat bib checker. Nak tengok sama ada bib tu function atau tidak. Ini En. Udiey pengurus kelab tengah buat semakan. Kalau perati betul-betul, mulut dia tu tengah senyum tapi diselindungi oleh kumis dia yang stylo tu.

img_1625

Ini saya check saya punya pulak. Bapak panjang nama. M pun hilang, nama abah saya pun tak habis.
img_1627

Selepas check bib tu saya pergi ke kaunter bas. Saya nak check sama ada saya amik bas kat mana. Saya tak ingat saya tanda ke tidak. Sebab saya check kat bib saya takde tulis tempat nak naik bas kat mana. En. Remin naik bas dari Ubud. Begitu juga dengan En. Udiey pengurus kelab.

Bila saya double check saya dapati yang memang nama saya takda untuk mana-mana bas di Bali pun. So options saya sama ada kena beli tiket atau pergi sendiri. Saya tanya dia kalau supir hantar boleh dihantar sampai mana. Yelah sebab hari tu mesti penuh jem bagai. Organiser kata boleh hantar sampai lagi 500 meter starting line. Saya kata OK la tu.

Tetiba organiser bagi macam bib tambahan. Saya ingatkan bib apa rupanya sticker kereta untuk letak dalam kereta. Yang ada sticker sahaja boleh masuk sampai dalam. Yang tak ada dia akan halang dan kena keluar jalan kaki. Saya kemudian ucap terima kasih sebab bagi saya sticker tu.

Lepas collect bib kami naik tingkat atas untuk tengok race expo. Race expo dia ada dalam satu floor. Seingat saya booth yang buka adalah booth Pocari Sweat (air iso), then ada macam booth insurans. Ada booth printing apa ntah. Booth Bali Safari. Ada booth Maybank, paling besar. Ada booth New Balance, kedua besar. Ada beberapa booth lain yang saya tak berapa nak amil perhatian sangat.
img_1644
Cewek sedang memberi ceramah tentang kebaikan minum air iso Pocari Sweat kepada En.Udiey Pengurus Kelab dan Ku_E

img_1634
Beratur buat tatoo

Kami pun bergambar sakan bagai. Mula cam nak cari nama sendiri dekat backdrop tu sebab biasanya untuk FM memang ada print nama kat backdrop. Tapi masalahnya depa print tak ikut alphabetical order so nak cari tu errrrrrrrr….

40. Team kedah bakhang. Dari kiri Sg.Petani, AOR dan Jitra, Taman Mawar. #42yangsatukitab #lariansebuahkitab

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Dah setel semua kami pun turun bawah. Amik gambar kat luar pulak. Oh, lupa saya nak bagitau, seorang lagi runner dari Kedah nama dia Ku_E. Bro hensem ni masih bujang dan menggunakan kekacakan untuk jalan kebaikan. Ku_E masuk HM sebab lepas tu dia nak pi diving. Ganas Ku_E ni. Tak cukup peluh kat atas tanah nak peluh dalam laut pulak.

img_1655


img_1651

Basically sebenarnya saya jarang collect racekit. Kalau race tu boleh hantar kerumah racekit dia, saya akan pilih yang tu. Tapi untuk race luar Malaysia ni masuk ni dah yang ke 3 yang kalau foreigner kena datang dan ambil. Memula dulu Tarutao Thailand gitu juga. Then Great Ocean Race. La ni Bali.

Maybe cost nak hantar luar negara mahal. So depa pilih untuk collect sendiri.

Pastu pulak menurut kata Ku_e, di Indonesia ni race kit dia memang semua kena datang collect. Tak ada yang pos ke rumah. Saya tanya kenapa. Dia pun tak tau sebab apa. Dengar kata kalau pakai pos memang tak akan sampai. Ntah ye ntah tidak, kalau nak tahu kena migrate duduk indonesia kalau macam tu.

Ok. Bib dah confirm, so next adalah race. Malam ni kena tidur awal sebab kalau tak cukup tidur kang macam tak best.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *