Race : Bali Marathon 2016 Pt 18 – Doa sebelum lari

Posting ni agak personal sikit dan agak sentimental. Ini adalah doa saya atau kata-kata semangat saya sebelum race. Waktu bangun jam 2:30 pagi itu, bersiap, dan tengok muka sendiri depan cermin.

45. Ok. Hang dah lari 3 tahun. Walaupun tak cukup KM hang training, hang pernah dpt top 30 tapi hang jgn lupa hang jugak pernah dapat no last dari semua beribu runner yg lari. Hang bukan atlit nak compete dgn org, tapi hang runner nak compete dgn diri hang. Ini 42k hang yang pertama. Dan tolong jangan jadikan ia yg terakhir. Hang tadak kaki. Hang pinjam kaki dan hang pinjam semangat ja maka hang jgn buat tak tentu hala. Hang toksah kalut buat kuat pun sebab bukan hang yang kuat. Kalau hang memang tak boleh. Sebab bukan hang la, semuanya boleh. Matlamat hang hari ni satu. Habis dengan senyuman. All the best utk hang. You r running in the island of gods. Find YOURSELF. #42yangsatukitab #lariansebuahkitab #katakatasemangatperutrasanakberak

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Basically, kalau saya imbas baliklah, journey saya dalam larian ini, saya mula-mula lari dulu adalah dalam race Kidney Fun Run 5K. Kalau ikut jurnal saya, tarikh race tu adalah pada 28.04.2013. Dan race FM Bali ini pula, tarikh dia 28.08.2016.

Race : World Kidney Day 2013 Fun Run

Ada 1218 sela hari dari hari pertama saya menjejak kaki dalam race 5K , hingga ke hari saya menjejak kaki ke dalam race 42 K. 1218 hari ini adalah sama juga dengan 3 tahun 4 bulan, atau 174 minggu, atau 29,232 jam.

Sepanjang tempoh itu, saya telah masuk 23 race dimana :

  • 3 Fun Run 5K (Satu jadi ghost runner)
  • 1 race 7K
  • 8 race 10 K
  • 5 race 12K ke 15K
  • dan 6 Half Marathon

Semua-semua race ini, termasuk training saya, average pace yang saya buat adalah 7:23 dengan jumlah jam larian 163:37:43, sejauh 1293.22 KM. Kalau ikut distance tu macam dah lari 30 kali FM kononnya. Maksudnya training saya tak berapa nak pulun dan banyak main dari berlatih dengan serius.

Merchandise : Run Tracking Spreadsheet

Anyway, terus terang saya cakap, Full Marathon yang pertama saya ini saya tak harap apa-apa pun. Yang saya harapkan adalah saya habis dengan senyuman. Tak cedera, tak pengsan, tak cramp tak luka, tak menangis dan habis dapat medal.

Dan, yang paling penting saya nak tahu, betulkah di dalam larian ini, saya akan menemui diri saya?

Betulkah, lagi jauh kita pergi, lagi kita akan menemui?

Find Yourself – Tema Race Bali tahun ini.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *