Race : Bali Marathon 2016 Pt 4 – Sila jawab soalan adakah anda sekarang cergas atau lemau

Now, Bali Marathon adalah pada 28 Aug. Hari ni 27 July. Ada lebih kurang 30 hari lagi dan kalau masih lagi tak buat apa-apa memang lega. So hari ni saya nak cari dulu ada tak cara atau training plan yang macam mana untuk AT LEAST boleh habiskan Full Marathon Bali nanti.

So baca punya baca, memula saya jumpa SOALAN KECERGASAN dimana kita boleh check dulu adakah diri kita fit untuk masuk FM yang lagi sebulan. Ini adalah soalan-soalan dia, boleh jawab dan check dengan diri sendiri.

Tapi sebelum itu, ada beberapa hal yang perlu diketahui sebelum nak masuk FM yang lagi 30 hari.

1. Kalau ada penyakit esp. jantung maka lupakan saja.
2. Kalau mental manja, maka lupakan saja.
3. Kalau jiwa tak kental, maka lupakan saja.

Ini yang saya baca dari web tu la. Bukan saya kata. Saya ni memang manja esp. dengan bini saya. Jiwa kental ke tak? Emmm tengok la keadaan macam mana. Kalau lipas lari bawah kaki memang saya tak kental jiwa nak-nak bila lipas start terbang. Memang BABIS. Jantung? Alhamdulillah rasanya takde masalah.

OK. Ini soalan-soalan dia.

Sila jawab dengan skala 0 hingga 3.

  • Adakah anda telah melakukan aktiviti larian dalam tempoh beberapa bulan lepas?
    (0 = Tak Pernah, = Sekali sebulan, 2 = 2 kali sebulan, 3 = sekali seminggu atau lebih)
    Jawapan :
    Beberapa bulan lepas saya ada lari paling last di Melbourne Australia iaitu pada hujung May. Itu 21K Great Ocean manakala yang race 10 K Melbourne saya buat PB. So saya kira jawapan saya 3.
  • Adakah anda ada melakukan aktiviti fizikal yang tidak melibatkan larian dalam tempoh beberapa bulan lepas?  (i.e. biking, swimming)
    (0 = Tak Pernah, = Sekali sebulan, 2 = 2 kali sebulan, 3 = sekali seminggu atau lebih)
    Jawapan :
    Memang takde. So 0.
  • Apakah jenis pekerjaan anda?
    (0 = duduk dekat meja mengadap laptop, 1 = berdiri lebih sejam atau seharian, 2 = berdiri dan bergerak kesana kesini 3 = kerja berat macam bangla)
    Jawapan :
    Kerja saya memang depan laptop. Nama pun penulis. 0
  • Berapa jumlah jarak anda berjalan dalam masa seminggu?
    (0 = tak tahu, 1 = bawah 8 KM, 2 = 8 hingga 16 KM 3 = Lebih 16 KM) 

    Jawapan : Yang ni saya tahu sebab saya pernah pakai fitibit dulu. Tapi kalau iPhone ada apps iHealth tu boleh check. Kejap saya check.

    unnamed

    Nampaknya average sehari 2216 steps so seminggu 2216 x 7 =  15,512. Biasa rumus dia 10 ribu steps baru 8 KM. So kalau 15,512 maknanya lebih 8 KM. Nampaknya jawapan = 2

  • Kalau anda naik ke tingkat 3, anda akan :
    (0 = sangat letih sampai senak perut,  1 = bernafas kencang tapi ok = bernafas kencang tapi masih boleh naik tingkat lain 3 = ok tak ada masalah)

    Jawapan : Semalam saya pergi hospital ada checking wife saya. So sebabkan lif ramai orang, saya naik tangga hingga ke tingkat 7. Agak pernafasan juga tapi masih OK. So saya ingat jawapan saya 3.

    So total semua adalah 3+0+0+2+3 = 8

    Ini skala kecergasan dia :

  • 0 – 3 : Anda tidak ada base untuk kecergasan fizikal. Training FM dalam masa 30 hari adalah MUSTAHIL
  • 4 – 7: Anda ada base kecergasan fizikal yang kecil. Training FM dalam masa 30 hari adalah SUKAR tapi tidak mustahil.
  • 7 – 11: Anda ada base kecergasan yang OK. Training FM dalam masa 30 hari adalah membolehkan anda menghabiskan FM.
  • 12 – 15: Anda ada base kecergasan yang baik. Training FM dalam masa 30 hari adalah membolehkan anda menghabiskan FM malah menghabiskan dengan steady.

So saya kategori yang ketiga. Training FM dalam masa 30 hari adalah membolehkan anda menghabiskan FM.

Feh. Tiba-tiba rasa lega. At least boleh habiskan FM kira dah besar rahmat dah tu. Ini FM saya yang pertama so kalau based on FIT TEST ni tak DNF, itu pun dah seronok x 2.6 Billion.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *