Race : Bali Marathon 2016 Pt 5 – Running Fit test 1.6 KM / 1 miles

Ada satu lagi Fit test rupanya. Yang sebelum ini macam soal jawab saja atau macam kat sekolah dulu oral test. Yang ini lebih fizikal dan saya rasa yang ini lebih tepat. Take note that test ini adalah untuk mengetahui adakah kita boleh train marathon dalam masa 30 hari.

Nama test ini dalam bahasa Inggeris adalah Mile Speed Test. Kena lari dalam 1 miles (batu) atau 1.61 KM. Then tengok berapa catatan masa.

So sebelum nak buat test tu,

1. Make sure ada alat atau jam atau tau distance larian 1.6 KM > OK, saya pakai jam Suunto saya
2. Make sure tempat lari selamat dari traffic, anjing dan hantu
3. Make sure warm up betul-betul
4. Make sure slow jog dalam 2 – 3 minit

Objektif larian adalah bukan nak lari laju gila babi macam kena kejar anjing tapi cuba untuk lari pada pace yang laju. Pernafasan mesti moderate dan bukan termengah-mengah macam tak cukup oksigen sepanjang larian.

So daripada catatan masa :

  • Kurang 7 minit – Anda memang dalam persediaan kepantasan yang sangat bagus, hanya perlu fokus pada membina endurance. Atau, metaphor dia level kacak memang terbaik awek pandang dah basah.
  • 7 – 8:59 minit – Tahniah, anda berada dalam level speed fitness yang baik. Kacak juga la kalau jalan ramai-ramai tu awek pandang anda dulu.
  • 9 – 11 minit – Boleh tahan kacak la…. tapi kena tengok betul2 baru perasan
  • 12 -15 minit – Purata untuk seseorang yang dah lama berhenti lari. Tapi ada harapan. Ada harapan la awek nak senyum kat anda.
  • 15+ minutes – Tak payah nak cuba train 30 hari. Batalkan niat untuk masuk FM dalam masa 30 hari.

Ini yang saya rasa seram ni sebab nampaknya test ini lebih jitu. So saya nak keluar kejap dan lari dan tengok level kacak saya kat mana. EH, level fitness. Sorry.

A photo posted by khairulazizi (@khairulazizi) on

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *