Race : Bali Marathon 2016 Pt 7 – Type of 30 days FM Training

Rupanya ada 2 kategori latihan untuk 30 days FM training. Pertama adalah kategori Marathon Runner. Yang ini kalau oral test anda sebelum ini dapat markah 11 dan lebih dan Mile Speed Test bawah 9 minit. Kondisi anda adalah boleh menghabiskan FM dan majoritinya anda habiskan dengan berlari tanpa berjalan langsung / sikit sahaja berjalan.

Makala kategori kedua pula adalah Marathon Survivor. Ini buat yang skor markah 4-10 dalam oral test manakala untuk Mile Speed Test 9 – 11 minit. Training ini adalah berfokus untuk menghabiskan FM dalam masa 6/12 jam atau lagi kurang.

Masalahnya Oral Test saya tak berapa nak cemerlang iaitu 8 markah tapi Miles Speed Test saya bawah 9 minit. Agak separauh Marathon Runner dan separuh Marathon Survivor. Hmmm… saya ingat petang karang nak gi jogging baru saya fikir dan minta gerak, yang mana satu nak buat. Anyway, di bawah ini adalah jadual perbezaan training antara kedua.

*** Saya post dulu posting ni sat lagi saya update dgn jadual

Saya baru habis kaji dan baca jadual yang diberi oleh website yang saya dok bacak pasal 30 hari FM Training. Setelah difikir balik secara mendalam, saya rasa saya akan buat sendiri jadual saya yang custom untuk diri saya.

Walaubagaimanapun, jika anda ingin ikut training schedule depa, boleh lihat sendiri di sini.

 

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *