Race : Bali Marathon 2016 Pt 8 – Training Plan #30hariabiangcuba

Setelah mengkaji-kaji, baca-baca, custom-custom, dan discussion dengan En. Remin pelari muda dari Sungai Petani, maka ini adalah training plan (yang saya akan cuba ikut sedaya upaya) untuk Bali Marathon.

Screen Shot 2016-07-28 at 7.12.09 PM

Sifat atau fe’el training plan ini adalah :

  1. 30 hari ke Race Day, kira sebulan la tew
  2. 5 hari lari, 2 hari rehat diantara
  3. Kenaikan jumlah jarak setiap minggu
  4. Sekali Long Run setiap minggu
  5. Ada campur sikit swim dan #yangitumungkintipu
  6. Sekali Speed Run setiap minggu dan masa ni nak amik timing larian untuk project finishing time FM nanti
  7. Total jarak semua adalah 168 KM atau 4 kali Full Marathon (42 x 4 )

Manakala objektif training plan ini pula adalah :

  1. Cuba menghabiskan FM dengan catatan masa bawah 6 jam
  2. Cuba menghabiskan FM tanpa sebarang kecederaan
  3. Cuba menghabiskan FM dengan senyuman

Expectation agar tak kecewa sangat :

  1. Kemungkinan by week 4 tu dah agak letih sangat sebab dah lari lebih 100 KM sebulan walhal kalau ikut sejarah larian selama 3 tahun sebulan tak pernah cecah 100 KM pun
  2. Mungkin week 5 tak dapat lari pun sebab masa tu dah travel ke Bali dan rest 3 hari boleh menyebabkan level fitness turun sikit
  3. Training day mungkin adakalanya petang dan adakalanya malam bergantung pada cuaca di Bukit Jalil. Inconsistency waktu training boleh menyebabkan rehat yang tidak cukup dan boleh gagalkan matlamat training

Berbeza dengan semua training plan yang saya cuba buat namun semuanya gagal sebelum ini, ada kemungkinan sebab tak ada reward kepada diri sendiri. So itu yang buat pun sambil lewa sahaja. Maka kali ini saya akan memberi hadiah kepada diri saya sendiri kalau berjaya habiskan training plan ini walaupun pada kadar 80% atau jumlah jarak 134 KM. Reward itu adalah Nike Pegasus 33 yang saya baru nampak kat kedai semalam (alasan nak kasut baru). Saya rasa agak kritikal sebab Nike Pegasus 31 yang saya pakai ni dah 559 KM usia dia so agak nak berehat dan masuk muzium dah kasut saya yang ini.

nike-air-zoom-pegasus
Uja sikit diri sendiri tu….

All the best untuk diri saya sendiri dan harap #takgagallagi sebab last time saya cuba ikut training plan untuk  Nike 21K tak berjaya. Banyak betul cubaan tapi saya tetap tak putus asa.

Kongsi di :

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *